Sejak beberapa bulan ini, "ChatGPT" telah menjadi bualan ramai pihak terutamanya peminat teknologi di seluruh dunia. ChatGP adalah perkhidmatan chatbot dengan teknologi kecerdasan buatan yang dihasilkan oleh syarikat OpenAI pada November 2022.

Idea chatbot bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ChatGPT ini adalah lebih baik daripada model lain kerana ia berinteraksi dengan pengguna dalam cara perbualan. Ia boleh menjawab pertanyaan, merangka esei, menulis kod dan pelbagai lagi fungsi menarik yang lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi kemunculan ChatGPT telah menimbulkan kebimbangan orang ramai. Adakah ChatGPT akan mengambil alih beberapa tugasan dan pekerjaan manusia pada masa hadapan? Kali ini, mari lihat beberapa kontroversi yang telahpun timbul akibat penggunaan ChatGPT tanpa etika. 

1. Penggunaan ChatGPT untuk nasihat penghakiman

penghakiman chatgpt

Seorang hakim di Colombia menjadi tajuk utama pada Februari 2023 selepas mengaku menggunakan ChatGPT untuk membuat keputusan penghakimannya. Juan Manuel Padilla, yang bekerja di Cartagena, beralih kepada penggunaan ChatGPT semasa membuat penghakiman kes insurans kesihatan kanak-kanak autisme.

Hakim terpaksa memutuskan sama ada pelan perubatan itu harus menampung kos penuh rawatan perubatan dan pengangkutan pesakit. "Adakah kanak-kanak autistik dikecualikan daripada membayar yuran untuk terapi mereka?" pertanyaannya kepada ChatGPT.

Bot itu memberitahunya, “Ya, ini betul. Menurut peraturan di Colombia, kanak-kanak di bawah umur yang didiagnosis dengan autisme dikecualikan daripada membayar yuran untuk terapi mereka”. Padilla memutuskan bahawa pihak syarikat insurans harus membayar semua kos kanak-kanak itu.

Tetapi tindakannya mencetuskan perdebatan tentang penggunaan AI dalam urusan mahkamah. Pada 2022, Colombia meluluskan undang-undang yang menggalakkan peguam menggunakan teknologi jika ia membantu mereka bekerja dengan lebih cekap. 

Juan David Gutierrez dari Universiti Rosario mengkritik Padilla atas pilihan beliau mendapatkan padangan tentang kes penghakimannya. Beliau mengesyorkan agar kesemua Hakim di negara tersebut menerima latihan segera agar lebih "celik digital".

2. Sokongan kesihatan mental

bantuan kesihatan mental

AI mempunyai pelbagai jenis kegunaan, tetapi nampaknya idea menggunakan ChatGPT untuk sokongan kesihatan mental agak meresahkan kebanyakan orang. Sekurang-kurangnya, itulah yang ditemui oleh startup "Koko" selepas mereka mencuba konsep itu pada Oktober 2022.

Syarikat itu memutuskan untuk menggunakan ChatGPT untuk membantu pengguna berkomunikasi antara satu sama lain tentang kesihatan mental mereka. Koko Bot mereka menjana 30,000 komunikasi untuk hampir 4,000 pengguna tetapi mereka menariknya balik  selepas beberapa hari kerana ia terasa seperti tidak membantu pesakit.

Rob Morris, pengasas bersama Koko, kemudian telah berkongsi melalui Twitter tentang eksperimennya, menulis, "Setelah orang belajar mesej-mesej tersebut dicipta bersama oleh mesin, ia tidak berfungsi”. Mesej ini menerima respon yang serius daripada pengguna Twitter mengenai etika sokongan AI.

Idea menggunakan AI untuk membantu dengan kesihatan mental menimbulkan beberapa teka-teki, termasuk soalan tentang sama ada pengguna tahu mereka bercakap dengan bot dan risiko mencuba teknologi sedemikian pada subjek hidup.

3. Lambakan penghantaran artikel dijana ChatGPT

artikel dijana chatgpt

Kebanjiran artikel yang ditulis oleh AI memaksa majalah sci-fi Clarkesworld berhenti menerima penghantaran artikel baru. Majalah itu mengumumkan ia akan menghentikan penerimaan artikel pada 20 Februari, di mana editor mengatakan mereka telah menerima 500 artikel yang dipercayai ditulis oleh mesin AI.

Ramai penggunakan dipercayai telah menjana artikel-artikel tersebut menggunakan mesin AI seperti ChatGPT. Majalah seperti Clarkesworld yang membayar penyumbang artikel telah menjadi sasaran untuk percubaan membuat wang dengan mudah.

Terdapat beberapa buah laman web yang memberi idea kepada pengguna untuk menjana artikel menggunakan ChatGPT dan menghantarnya kepada beberapa majalah yang membayar setiap artikel yang diterbitkan dalam majalah mereka dan malangnya "Clarkesworld" merupakan salah satu majalah yang disenaraikan untuk aktiviti mudah menjana wang sebegini. 

4. ChatGPT memberikan tips penyeludupan dadah

penyeludupan dadah 595

OpenAI mendakwa chatbot mereka mempunyai jawapan kepada hampir semua soalan yang boleh anda lemparkan. Tetapi apa yang berlaku apabila soalan itu berkaitan kegiatan jenayah seperti "Bagaimanakah saya menyeludup kokain ke Eropah?".

Apabila seorang pakar narkotik membuat pertanyaan tersebut, ChatGPT mempunyai beberapa nasihat mendalam yang mengejutkan tentang tips menjalankan rangkaian dadah bawah tanah. Wartawan Max Daly mendakwa ia mengambil masa hanya 12 jam sebelum AI mula bercakap tentang kegiataan jenayah.

Pada mulanya, ChatGPT enggan menjawab soalan tersebut. Walau bagaimanapun, dengan memanipulasi dan menstruktur semula ayat-ayat soalan tersebut, beliau telah mendapat jawapan dari ChatGPT bagaimana hendak menyeludup dadah ke Eropah.

5. Penulisan esei pelajar kolej

chatgpt kantoi

Salah satu kontroversi utama yang menyelubungi ChatGPT ialah penggunaannya oleh pelajar kolej. Ramai Profesor telah melahirkan kebimbangan bahawa bilangan pelajar yang semakin meningkat menggunakan sistem AI untuk membantu mereka menulis esei mereka.

Dan apabila teknologi chatbot menjadi semakin maju, terdapat kebimbangan bahawa ciri-ciri mereka akan menjadi semakin sukar untuk dikesan untuk plagiarisma. Darren Hick, yang mengajar dalam bidang falsafah di Universiti Furman, berjaya menghidu seorang pelajar yang telah menggunakan alat AI.

"Perkataan demi perkataan, ia adalah esei yang ditulis dengan baik," katanya kepada pemberita tetapi semakin curiga apabila tiada kandungan yang masuk akal. "Kesalahan yang ditulis dengan baik adalah tanda besar esei tersebut telah ditulis oleh robot AI".

Isu yang agak baru dalam bidang akademik, plagiarisma menggunakan  chatbot sukar dibuktikan. Pengesan AI pada masa ini tidak cukup maju untuk berfungsi dengan ketepatan yang tepat. Oleh itu, jika pelajar tidak mengaku menggunakan AI, kesalahan itu hampir mustahil untuk dibuktikan.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)