Apabila memperkatakan tentang Antartika atau Kutub Selatan, kita pastinya terbayangkan cuacanya yang sangat sejuk, kawasan yang sangat luas dan dipenuhi salji. Selain itu, kita pastinya terbayangkan hidupan yang terdapat disini seperti penguin dan anjing laut seperti yang biasanya dipaparkan dalam filem dokumentari.

Walau bagaimanapun, sebenarnya terdapat banyak lagi hidupan unik yang telah ditemui oleh para saintis dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Menariknya, ada hidupan ini yang hanya ditemui di kawasan ini sahaja dan tidak dapat ditemui di kawasan lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 haiwan unik yang terdapat di kawasan Antartika. Kami percaya semakin banyak kajian yang dibuat, makin banyak penemuan menarik yang akan ditemui oleh para saintis di kawasan Antartika yang penuh dengan  misteri dan keajaiban ini.

1. Ctenophores

ctenophore

Ctenophores adalah sejenis haiwan yang lembut dan mempunyai tubuh yang transparent.  Ianya haiwan halus yang menggunakan lapan silia yang terdapat padanya untuk berenang. Silia merupakan bahagian mikroskopik yang seakan-akan berbulu seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas.

Haiwan ini boleh ditemui di bahagian pesisir pantai Antartika dan dapat ditemui dalam pelbagai saiz dan bentuk dimana kebanyakannya berbentuk sfera atau loceng. Haiwan ini juga adalah bioluminescent, iaitu menghasilkan warna seakan-akan hijau dan biru. Haiwan ini biasanya terdapat di permukaan lautan diamana ianya lebih asidik dan panas kerana kandungan karbon dioksida yang lebih tinggi.

2. Ketam Hoff

ketam hoff

Ketam Hoff juga dikenali dengan nama saintifiknya, Kiwa tyleri. Haiwan ini mempunyai badan dan anggota badan yang berbulu. Nama Hoff diberi sempena nama pelakon dan penyanyi popular Amerika Syarikat, David Hasselhoff yang mempunyai dada yang berbulu.

Haiwan ini ditemui di kawasan Lautan Selatan dimana kawasan ini mempunyai suhu 0 darjah Celsius. Keadaan ini dikatakan terlalu sejuk untuk haiwan ini maka ketam ini biasanya berada di kawasan lantai lautan yang mempunyai lapisan hidrothermal, iaitu lapisan panas yang terhasil berhampiran gunung berapi.

3. Labah-labah laut

labah labah gergasi

Haiwan ini adalah labah-labah gergasi yang mempunyai purata diameter 35 sm, iaitu 100 kali ganda labah-labah yang biasa anda temui. Para saintis begitu teruja menemui labah-labah sebesar ini dan sedang mengkaji faktor-faktor yang menyebabkannya mampu membesar sebegitu sekali.

Antara teori kerana saiznya yang besar ini adalah fenomena yang dikenali sebagai "polar gigantism". Mengikut fenomena ini, sesuatu haiwan yang hidup di kawasan ekstrim sejuk akan mempunyai kadar tumbesaran yang lebih besar daripada haiwan sama spesis dengannya yang hidup di kawasan suhu biasa. Haiwan ini turut dapat ditemui di kawasan Artik.

4. Cacing gergasi Antartika

cacing antartika

Melihat pada rupa bentuk cacing ini sahaja sudah cukup menakutkan. Dikenali dengan nama saintifik Eulagisca gigantea, cacing ini boleh membesar sehingga 10 sm panjang dan 8 sm lebar.

Cacing ini boleh ditemui di permukaan lantai Launtan Selatan. Badan cacing ini diliputi lapisan khas yang dikenali sebagai elytra. Berbanding cacing biasa, saiz cacing ini jauh lebih besar.

5. Babi Laut

babi hutan 848

Babi laut ada sejenis haiwan unik yang biasanya membesar sehingga 10 - 15 sm panjang. Haiwan ini biasanya hidup berkelompok dan hidup di kawasan pesisir laut Antartika. Haiwan ini biasanya ditemui di kawasan laut dalam Lautan Selatan.

Walaupun nampak hodoh, haiwan ini memainkan peranan penting kepada ekosistem dimana ianya akan memakan lumpur dan tumbuh-tumbuhan mati yang terdampar di lantai lautan. Haiwan ini sangat beracun dan buat masa kini jangka hayat dan proses pembiakannya masih menjadi misteri.

Kredit:

  1. BBC
  2. Smithsonian
  3. Popular Mechanics
  4. CBC



Hakcipta iluminasi.com (2017)