Oleh pada 21 Jul 2019 kategori

"Biped" adalah kategori binatang yang menggunakan dua kaki untuk bergerak. Ada yang tersangat pantas, sesetengah yang lain mampu melompat dengan begitu jauh dan yang lain berasal dari keturunan yang mengerikan.

Tapi, persoalannya, adakah bergerak dengan dua kaki lebih baik daripada 4 kaki? Ia bergantung kepada siapa yang anda tanyakan.

Bipedalisme bukanlah satu persoalan tentang yang mana satu lebih baik, tetapi ia tentang tenaga dan evolusi. Sebagai contoh,

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apabila ia tidak terbang, burung akan melompat, berjalan kaku atau berlari menggunakan dua kaki. Mengapa hal ini berlaku?

lakaran eoraptor

(Eoraptor)

Pernah tak anda dengar tentang Eoraptor? Eoraptor adalah dinosaur berkaki dua yang berlegar-legara di Bumi sekitar 230 juta tahun yang lalu dan dikatak sebagai nenek moyang semua dinosaur.

Hal ini menjelaskan mengapa begitu banyak dinosaur adalah biped dan oleh kerana burung dikatakan merupakan evolusi dinosaur, jadi spesis ini juga berjalan menggunakan dua kaki yang ada.

Bagi mamalia pula, tak banyak yang betul-betul tergolong dalam kategori biped.

Kangaroo berevolusi untuk melompat menggunakan dua kaki sejak 45 juta tahun yang lalu, namun apabila ia bergerak dengan kadar yang lebih perlahan ia akan menggunakan keempat-empat kaki.

kangaroo adalah haiwan biped

(Kangaroo adalah antara salah satu mamalia biped)

Cicak dan lipas juga menggunakan cara yang sama. Cicak terpantas di dunia iaitu iguana berekor pintal mencatat kelajuan terpantas menggunakan dua kaki dan bukannya 4 kaki.

Namun ini tidak bermakna bipedalisme lebih pantas daripada haiwan lain.

Walaupun iguana berekor pintal mampu berlari sepantas 34.6 kilometer, namun cheetah yang berlari menggunakan 4 kaki mampu mencapai kelajuan melebihi 100 kilometer sejam.

iguana berekor pintal adalah cicak paling laju di dunia

(Iguana berekor pintal adalah cicak paling laju di dunia)

Jadi, dari segi pecutan, cheetah lebih pantas daripada iguana.

Namun, bagi jarak jauh, biped adalah terbukti sebagai pelari yang lebih pantas. Ini kerana menggunakan 2 kaki untuk berlari memerlukan tenaga yang lebih rendah.

Dalam kajian terbaru, para saintis meletakkan manusia dan cimpanzi di atas treadmill dan membandingkan penggunaan tenaga mereka.

Hasilnya menunjukkan bahawa manusia menggunakan 75% tenaga lebih rendah berjalan tegak berbanding cimpanzi yang menggunakan kaki dan tangan.

manusia vs cimpanzi

Walaupun cimpanzi adalah "saudara" moden yang paling dekat dengan manusia, namun kita telah berubah jauh daripada apa yang kita fikirkan.

Sekitar 4 hingga 7 juta tahun yang lalu, tulang kaki manusia tumbuh lebih panjang dan lebih tebal, sementara struktur pinggul kita disesuaikan untuk menampung bipedalisme.

Peralihan evolusi ini bukan sahaja menjimatkan tenaga, tetapi membebaskan manusia daripada tugasan untuk bergerak sebaliknya boleh digunakan membuat alat, mengumpul makanan, dan mengangkat trofi!

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)