Dalam dunia ini, terdapat banyak jenis ketakutan atau fobia yang dialami oleh manusia. Apa yang bisa kita dengar adalah fobia terhadap tempat tinggi, fobia terhadap kucing dan juga fobia terhadap ular. 

Namun, terdapat juga beberapa fobia yang pelik dan tak masuk akal dialami oleh manusia. Bagi mereka yang tidak mengalami fobia ini, mereka akan beranggapan ia mustahil untuk berlaku dan tidak akan pernah faham mengapa ia boleh berlaku, namun, ia tetap wujud.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 5 jenis fobia yang anda tak tahu ia wujud.

5. Euphobia

euphobia

Boleh dikatakan kebanyakan daripada manusia mempunyai rasa takut atau fobia apabila mendengar atau mengetahui sesuatu berita buruk. Namun, ia tidak berlaku terhadap mereka yang mengalami Euphobia.

Fobia ini berlaku melalui pengalaman buruk masa lalu dalam hidup seseorang. Sepatutnya mereka berasa gembira, namun sebaliknya mereka yang mengalami euphobia akan berasa takut dan cemas apabila mendengar berita baik, dan biasanya berada di dalam kumpulan yang mempunyai banyak sifat negatif.

4. Ortographobia

ortographobia

Penulis rasa penulis sendiri mengalami fobia ini. Ortographobia adalah fobia terhadap melakukan kesalahan ejaan. Ia berasal daripada perkataan Orthography yang bermaksud sistem ejaan biasa.

Mereka yang mengalami fobia ini kemungkinan mempunyai kebolehan bertulis yang aga teruk dan berasakan sukar untuk mendapat markah yang baik dalam penulisan. Apa yang boleh mereka lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah melakukan banyak latihan.

3. Venustraphobia

gadis

Kalau biasanya naluri jejaka-jejaka akan suka apabila melihat gadis-gadis cantik, tapi lain pula bagi mereka yang mengalami Venustraphobia.

Pernahkah anda berasa gugup dan gementar apabila melihat wanita cantik? Pernahkah tangan anda berpeluh dan lidah terkelu apabila didatangi seorang gadis jelita? Jika ya, anda mengalami Venustraphobia.

Dalam tak sedar, ramai yang mengalami masalah ketakutan yang tak masuk akal ini terhadap wanita ini. Tetapi jangan risau, fobia ini boleh diubati dengan menjalani terapi.

2. Ergophobia

ergophobia

Penulis yakin fobia yang ini paling ramai yang berlaku di antara umat manusia di atas muka bumi ini, kerana sangat jarang ada yang menyukai bangun pagi pada hari Isnin dan pergi kerja.

Ergophobia adalah ketakutan berterusan terhadap kerja atau mencari kerja. Ia boleh terjadi akibat kebimbangan atau fobia terhadap bersosial, namun mereka yang mengalami fobia ini tahu bahawa ketakutan ini tidak masuk akal. Ia merupakan gabungan beberapa kebimbangan, sama ada dari segi emosi, psikologi dan juga psikologi.

1. Nomophobia

nomophobia

Boleh dikatakan fobia ini dialami oleh kebanyakan golongan muda dan ia hanya berlaku kepada manusia zaman moden dan tidak kepada golongan terdahulu, setelah wujudnya telefon pintar serta media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Singkatan "Nomophobia" datang daripada No Mobile Phone Phobia. Terlalu ramai di antara kita akan menjadi cemas dan tak keruan jika telefon pintar hilang, kehabisan bateri atau tiada line. Baru beberapa minit tak pegang telefon, dah seperti cacing kepanasan. Adakah anda rasa anda mengalami Nomophobia?




Hakcipta iluminasi.com (2017)