Sepertimana yang kita ketahui terdapat ratusan jenis fobia atau ketakutan yang dialami oleh manusia di seluruh dunia. Kebanyakan di antara kita pernah mendengar claustrophobia (fobia berada di tempat sempit),xenophobia (fobia dengan orang asing) danacrophobia (fobia tempat tinggi).

Namun terdapat juga beberapa jenis fobia yang jarang kita dengar. Ada di antaranya yang boleh dikatakan agak unik. Kami ingin kongsikan bersama anda beberapa di antara fobia unik di dalam senarai di bawah ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Ablutophobia - Takut mandi atau membersihkan diri

ablutophobia ablutofobia

Fobia ini pada satu masa dahulu adalah perkara biasa di Eropah sebelum zaman moden. Para saintis berkata pada kurun ke-16, kebanyakan orang Inggeris, Perancis dan negara Eropah yang lainnya mempunyai simptom ablutophobiaini.

Ratu Elizabeth pertama dikenali sebagai orang yang paling 'bersih' di Eropah kerana pada masa itu dia mandi sebulan sekali. Kajian juga menunjukkan fobia ini menjadi penyumbang terbesar kepada industri minyak wangi.

2. Globophobia - Takut kepada belon

globophobia globofobia

Seorang lelaki bernama Hunter Ewen dari Amerika Syarikat menderita akibat globophobia, iaitu ketakutan kepada belon atau bunyi belon meletup. Akan tetapi yang anehnya dia juga berjaya mencipta rekod di dalam Guinness World Records dengan meniup belon sehingga meletup paling banyak dalam masa satu jam.

Dia berkata bahawa dia selama 15 tahun dia tidak pernah meniup belon jadi dia ingin mengatasi ketakutannya itu dengan cara yang menyeronokkan.

3. Porphyrophobia - Takut kepada warna ungu

porphyrophobia porfirofobia

Walaupun porphyrophobia ini merupakan kes terpencil, namun ianya sememangnya wujud. Kes fobia seperti ini wujud akibat beberapa sebab, salah satunya ialah kejadian trauma semasa kecil seperti penderaan atau kemalangan yang melibatkan warna ungu atau warna lainnya.

4. Sesquipedalophobia - Takut kepada perkataan panjang

sesquipedalophobia sesquipedalofobia

Sesqui di dalam bahasa Latin bermaksud (satu setengah), Pedal di dalam Latin bermakna (kaki) dan phobia di dalam bahasa Greek (takut). Walaupun fobia ini merupakan kes yang terpencil, ia sebenarnya agak kejam bagi penghidap fobia ini untuk menyebut namanya kerana ia agak panjang. Yang lebih mengejutkan ialah nama lain bagi fobia ini ialah Hippopotomonstrosesquippedaliophobia!

5. Chiroptophobia - Takut kepada kelawar

chiroptophobia chiroptofobia

Sebenarnya fobia kepada kelawar ini terjadi akibat salah faham tentang vampire yang boleh bertukar menjadi kelawar dan juga ketakutan kepada kelawar penghisap darah. Sedangkan vampire tidak wujud manakala hanya 3 spesis kelawar sahaja menghisap darah dan hanya terdapat di Amerika Latin. Propaganda melalui cerita dan filem yang mengsensasikan ketakutan ini.

6. Macrophobia - Takut kepada beratur panjang atau lama

macrophobia makrofobia

Bagi mereka yang mengalami macrophobia ini selalunya berakhir dengan kekecewaan. Simptom akibat fobia ini ialah berpeluh, rasa ingin melarikan diri, pengsan dan juga rasa seperti terlalu sesak. Kebiasaannya penghidap fobia ini lebih gemar membeli-belah secara atas talian.

7. Lachanophobia - Takut kepada sayur-sayuran

lachanophobia lancofobia

Fobia ini sebenarnya banyak terjadi kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Ia berbeza dengan tidak gemar memakan sayur. Penghidap fobia ini biasanya akan diserang panik sehingga ada kes yang dikesan di mana penghidap fobia ini sanggup mengelak untuk melalui kawasan sayur yang dijual di pasaraya.

8. Anthophobia - Takut kepada bunga

anthophobia antofobia

Fobia kepada bunga ini hanya dihidapi oleh beberapa orang sahaja di dunia. Kebanyakan mereka juga takut kepada alam semulajadi. Kanak-kanak dikenalpasti majoriti penghidap fobia ini dan penyebabnya ialah kejadian trauma yang berulang-ulang samada disengat lebah atau sebagainya. Kejadian ini mengakibatkan pemikiran negatif sepertimana tanggapan kita apabila memegang cerek yang panas.

9. Hippophobia - Takut kepada kuda

hippophobia hipofobia

Kebanyakan mereka yang menderita fobia ini juga akan takut kepada kuda yang jinak atau dilatih. Biasanya ia berlaku apabila pesakit pernah mengalami tragedi jatuh atau ditendang kuda.

10. Omphalophobia - Takut kepada pusat

omphalophobia omfalofobia

Anda mesti berasa hairan mengapa ada manusia yang takut akan pusat perut mereka sendiri. Ada sesetengah kes penghidap fobia ini juga takut kepada pusat orang lain juga. Salah seorang penghidap fobia ini yang terkenal ialah penyanyi Jenny Frost dan Khloe Kardashian.

Rujukan:

Peculiar Phobias

The Ultimate List of Phobias and Fears




Hakcipta iluminasi.com (2017)