Oleh pada 18 Jun 2020 kategori

Masalah perhambaan walaupun sudah berjaya dihapuskan sejak abad ke 19, masih lagi terus membelenggu mentaliti masyarakat dunia.

Apatah lagi apabila melibatkan masyarakat kulit hitam, bukan saja di benua Afrika sendiri malahan turut sama terus memberi kesan kepada persepsi masyarakat lain terhadap waris berketurunan Afrika, yang kini berada di serata dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Stigma ini bukan saja menyebabkan menyebabkan ada kelompok melihat maruah etnik kulit hitam lebih rendah berbanding manusia lain, malahan ada yang terang-terangan menghina mereka dengan bermacam stereotaip dan buruk sangka.

Kita mungkin agak jauh untuk memahami situasi mereka, tetapi lima filem ini sekurang-kurangnya dapat membantu menjelaskan apa yang mereka rasa.

1. 12 Years a Slave

12 years a slave solomon northup

Diasaskan daripada sebuah sebuah memoir karangan seorang lelaki bernama Solomon Northup yang membawa judul serupa, filem '12 Years a Slave' memaparkan hidup Northup yang berubah selepas dia diculik dan dijual sebagai seorang hamba.

Semasa diculik, Northup merupakan seorang pemuzik yang berkelana ke sana ke mari mencari rezeki. Penculikannya berlaku pada tahun 1841i didalangi dua orang lelaki kulit putih.

papan tanda solomon northup

Selama lebih 12 tahun Northup terpaksa meninggalkan kehidupannya sebelum itu, terpaksa melakukan kerja-kerja beratladang di Lousiana, sebelum berjaya diselamatkan dengan bantuan Gabenor New York.

Selepas diselamatkan, Northup bergerak aktif sebagai seorang aktivis bagi memastikan pengalaman yang telah ditempuhinya, tidak lagi menimpa orang lain. Tidak diketahui pada tahun berapa Northup meninggal dunia.

2. Just Mercy

adegan daripada filem just mercy

Selepas ditahan pihak polis dalam sekatan jalan raya, Walter McMillian mendapati dirinya didakwa dan dibuktikan telah terlibat dalam kes bunuh seorang wanita kulit putih pekerja kedai dobi bernama Ronda Morrison pada 1 November 1986.

Morrison ditembak mati beberapa kali di kedai dia bertugas. Apa yang menghairankan, saksi kejadian mendakwa McMillian yang ketika itu sedang memasak untuk persiapan majlis di gereja - dituduh dalam insiden itu.

walter mcmillian sebenar

Walaupun bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa McMillian langsung tidak terlibat dengan pembunuhan itu, beliau disabitkan kesalahan selepas diberikan perbicaraan berat sebelah yang disertai saksi palsu. Hasilnya - McMillian dijatuhkan hukuman mati.

Selepas campur tangan seorang peguam muda bernama Bryan Stevenson - barulah terdedah bagaimana McMillian sebenarnya telah dijadikan kambing hitam dalam kes tersebut, ekoran daripada pelbagai taktik yang telah dilakukan pasukan penyiasat.

3. Fruitvale Station

fruitvale station oscar grant

Kematian Oscar Grant, seorang pemuda berusia 22 tahun akibat daripada tembakan ke bahagian belakang tubuhnya selepas dia ditiarapkan oleh polis - menjadi kontroversi kerana ramai yang merekodkan insiden itu dengan telefon peribadi.

Grant sebelum kejadian terpaksa berhadapan dengan ancaman sekumpulan samseng yang mabuk, selepas menghadiri sambutan tahun baru tepat pada awal pagi 1 Januari 2009.

video tembakan oscar grant

Ekoran daripada pertengkaran mereka dalam keretapi bawah tanah, laporan kepada polis dibuat dan polis bantuan hadir di Stesen Fruitvale, cuba mengenalpasti dan menangkap suspek - dianggarkan 20 orang kesemuanya, termasuklah Grant sendiri yang terlibat akibat provokasi.

Semasa kejadian, Grant sedang bekerja sebagai tukang potong daging sambil menjalani tempoh parol selama 16 bulan, akibat memiliki senjata api tanpa kebenaran.

4. BlacKkKlasnman

blackkklansman adegan

Di antara semua filem dalam senarai ini, 'BlacKkKlansman' memaparkan premis yang penulis rasakan paling unik sekali.

Kisah ini memaparkan liku-liku yang perlu dihadapi Ron Stallworth, pegawai polis Afrika- Amerika kulit hitam pertama yang berkhidmat di Colorado, Amerika Syarikat. Impiannya bukan sekadar mahu menjadi anggota polis biasa, Stallworth mahu menjadi seorang pengintip.

Atas permintaannya sendiri, Stallworth bersetuju untuk menyusup masuk menjadi salah seorang ahli kumpulan rasis ultra-kulit putih Ku Klux Klan - bagi membolehkan pihak polis memahami pergerakan organisasi itu dengan lebih baik.

Penyiasatan yang dijalankan selama hampir satu tahun sejak 1979 sehinggalah tahun 1980 berjaya mengenalpasti ramai individu dalam organisasi rahsia itu, turut melibatkan ramai individu berpengaruh dan berpangkat yang bergerak secara subversif mahu membawa ideologi kulit putih.

ron stallworth ku klux klan

Hanya pada tahun 2006, Stallworth membuka kisah ini, menceritakan penglibatannya dalam pertubuhan tersebut secara terbuka.

Walaupun dia diberikan arahan untuk menghapuskan semua bukti yang telah dikumpulkan dalam siasatan tersebut - Stallworth tetap menyimpan beberapa buku nota yang merekodkan banyak perkara tentang Ku Klux Klan di situ, sebelum diambil menjadi asas kepada filem 'BlacKkKlansman' yang terbit pada tahun 2018.

5. Amistad

amistad adegan filem

Selepas tidak tahan menanggung derita diculik dan dijadikan hamba, 53 orang etnik Mende yang ditangkap di Sierra Leone mengambil keputusan melawan dan merampas kapal 'La Amistad', yang sedang dalam perjalanan ke Cuba.

Bagaimanapun, ekoran ketiadaan kapten yang telah dibunuh, kapal itu diminta agar dipandu kembali ke arah Afrika dengan bantuan jurunavigasi asal kapal tersebut. Bimbang keselamatan mereka terancam, dua jurunavigasi itu akhirnya membawa mereka ke Amerika Syarikat sebelum dipintas sebuah kapal bernama 'USS Washington.'

ilustrasi anak kapal amistad rampasan kapten

Berdasarkan undang-undang tempatan ketika itu, ekoran ketiadaan kapten dan tuan punya, kumpulan hamba tersebut serta seluruh barangan yang ada diisytiharkan milik kapten kapal 'USS Washington' bernama Leftenen Thomas R. Gedney yang menemui mereka dulu.

Apa yang berlaku selepas itu adalah salah satu perbicaraan paling unik dalam sejarah perhambaan manusia, apabila 53 orang etnik Mende terpaksa melalui proses mahkamah untuk membebaskan diri mereka daripada sistem dan tuntutan yang menganggap mereka adalah harta milik individu kulit putih.




Hakcipta iluminasi.com (2017)