Oleh pada 02 Aug 2017 kategori

Jika dihitung, terdapat 118 elemen yang diketahui yang mana 94 daripadanya terhasil secara semulajadi termasuklah besi, perak dan juga emas. Yang lainnya adalah sintetik seperti kurium dan juga californium.

bar emas

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan jika ditanyakan kepada anda apakah elemen atau logam yang paling mahal, pasti anda akan menjawab emas, kerana emas adalah satu logam yang sangat terkenal dan juga dianggap sebagai sangat mahal. Emas merupakan elemen yang paling terkenal di dunia dan yang paling banyak digunakan, terutamanya sebagai perhiasan.

emas

Hampir semua peradaban kuno menganggap logam ini sebagai sesuatu yang sangat berharga. Sains telah membuktikan bahawa ciri-ciri yang ada pada emas sangat bagus dan sempurna dalam penggunaan elektronik, namun disebabkan harganya terlalu mahal, ia digantikan dengan elemen lain.

gold nugget

Dengan harga yang selalu turun naik, harga maksima bagi 1 gram emas pada masa kini adalah RM200. Dengan harga serendah ini, emas tidak tersenarai dalam logam yang termahal di dunia.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 elemen atau logam yang sangat jarang ditemui yang mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi dan membuatkan logam-logam ini menjadi elemen yang paling mahal di atas muka bumi.

5. Scandium - RM1150 setiap gram

scandium

Scandium adalah salah satu logam bumi yang sangat jarang ditemui yang mana mempunyai nilai wang yang sangat tinggi. Scandium dikenalpasti mempunyai kesan positif terhadap aloi aluminium pada tahun 1970-an dan sehingga kini penggunaannya hanya dalam aloi masih kekal sehingga hari ini.

Kos bagi scandium adalah sekurang-kurangnya RM1150 bagi 1 gram dan perdagangan global scandium oksida adalah sebanyak 10,000 kilogram setiap tahun.

4. Plutonium - RM17,000 setiap gram

plutonium

Anda pasti pernah mendengar nama elemen ini, plutonium. Kegunaan utama plutonium adalah untuk menghasilkan senjata nuklear dan reaktor nuklear. Kedua-dua plutonium-239 dan juga plutonium-241 adalah "fissile" yang mana mereka mampu mengekalkan tindakbalas rantai nuklear. Plutonium adalah sangat berbahaya untuk dikendalikan kerana ia sangat radioaktif.

Jika anda ingin membeli plutoniom, sila siapka wang anda kerana harga untuk 1 gram plutonium adalah sekurang-kurangnya RM17,000.

3. Karbon - RM280,000 setiap gram

karbon

Elemen ini sangat mudah ditemui dalam kehidupan harian dan antara yang paling penting. Terdapat banyak jumlah karbon dalam badan kita, dan juga, arang serta grafit tidak lah semahal mana pun.

Namun jika atom karbon disusun dalam susunan tertentu ia boleh menjadi sangat mahal. Dan dalam bentuk berlian, harga karbon boleh mencecah sehingga RM280,000 bagi 1 gram.

2. Californium - RM115 juta setiap gram

californium

Pada tahun 1950, elemen ini pertama kali dihasilkan oleh University of California Radiation Laboratory dengan kaedah membedil kurium denga zarah alfa. Semenjak itu, hanya beberapa gram sahaja californium dihasilkan. Penghasilan californium secara global adalah hanya 0.5 gram setiap tahun dan dianggarkan nilai bagi 1 gram californium adalah sebanyak RM115 juta.

1. Francium

francium

Half-life bagi elemen francium adalah 22 minit yang mana setiap kuantiti francium yang dapat dilihat akan lenyap dengan sangat cepat. Namun diandaikan bahawa francium akan wujud sebagai logam yang sangat reaktif. Jumlah francium yang paling banyak pernah dihasilkan di dalam makmal adalah lebih daripada 300,000 atom.

Harganya tidak dianggarkan namun jika anda mahu membeli, perlu sediakan wang beberapa billion ringgit terlebih dahulu, dan tidak ada sesiapa pun yang sanggup untuk membayar wang sebanyak itu untuk memperolehi benda yang hanya akan lenyap begitu sahaja dalam masa beberapa minit.




Hakcipta iluminasi.com (2017)