Kita sudah terlalu biasa terdedah dengan teknologi moden sehingga kita kurang mengambil berat berkenaan teknologi-teknologi asas yang menyumbang kepada apa yang kita perolehi sekarang. Berikut adalah senarai yang 5 asas teknologi paling penting kepada dunia moden.
1. Kompas
BESARKAN TEKS A- A+
Tanpa kompas, kita akan kehilangan arah. Walaupun pada mulanya pengembara laut menggunakan susun atur bintang sebagai panduan, ini membuatkan mereka tidak mampu berjalan ketika hari siang. Kaum Cina yang menetap di Tanah Besar China memperkenalkan kompas pada dunia sekitar abad 900 ke 1100 masihi.
2. Mesin pencetak
Johanned Guternberg memperkenalkan mesin cetak yang berfungsi secara mekanikal pada tahun 1440 walaupun ada percubaan untuk melakukan perkara yang sama di Korea dan China. Guternberg berjaya mencipta mesin pertama yang memindahkan dakwat dari blok pencetak ke kertas secara mekanikal dan selaras dengan pengenalan teknologi itu, proses percetakan menjadi semakin mudah dan buku semakin banyak mampu dihasilkan.
3. Telefon
Apabila bercerita berkenaan telefon, kita akan bercerita mengenai Alexander Graham Bell tetapi tahukah anda, Bell bukanlah satu-satunya orang yang mencipta bagaimana maklumat boleh disalurkan melalui wayar? Bell adalah orang pertama yang membuat permohonan paten untuk teknologi itu pada tahun 1876. Hasil ciptaan beliau yang telah dipatenkan itu merevolusikan bagaimana manusia berhubung dan kini perhubungan jarak jauh tanpa watar menjadi kenyataan.
4. Mentol
Sebelum wujudnya mentol, orang zaman dahulu terpaksa bergantung kepada bantuan lilin untuk menyambung tugas pada waktu malam ataupun terpaksa mengentikan terus aktiviti mereka. Walaupun nama Thomas Edison terkenal sebagai pencipta mentol, dia sebenarnya adalah salah seorang daripada ramai pencipta yang mengkaji teknologi tersebut. Edison pula adalah orang pertama yang berjaya mencipta mentol pertama yang berfungsi dengan sempurna. Ini membolehkan perubahan pada jadual hidup ramai orang kerana kini orang ramai dapat berjaga lebih lama berbanding sebelumnya.
5. Internet
Sebenarnya terlalu ramai penyelidik yang membanungkan teknologi yang dinamakan internet ini tetapi Bapa Kepada Internet selalunya merujuk kepada seorang saintis bernama Lawrence Roberts. Pada sekitar tahun 1960-an, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat melalui sebuah bahagian yang dinamakan ARPA atau Advanced Research Projects Agency mencipta sejenis sistem komunikasi data menerusi pengkalan komputer yang menghubungkan kesemua komputer dalam agensi tersebut. Lawrence Roberts adalah salah seorang ahli kumpulan ARPA dan ARPANET adalah pemangkin kepada teknologi internet yang menghubungkan berbilion komputer pada zaman sekarang.