Oleh pada 18 Sep 2017 kategori

ballon d or 820

2 negara mendahului senarai ini dengan masing-masing memenanginya sebanyak 7 kali

10. Sepanyol - 2

alfredo di stefano luis suarez

kiri: Alfredo Di Stefano dan kanan: Luis Suarez

BESARKAN TEKS     A-  A+

Orang Sepanyol pertama yang memenangi anugerah itu ialah Alfredo Di Stefano pada tahun 1957. Walaupun DI Stefano adalah kelahiran Argentina , dia menjadikan Sepanyol sebagai negara angkatnya pada tahun 1956 dan selepas itu dia memenangi Ballon d'Or. Dia juga menjadi pemain Real Madrid yang pertama dan keseluruhan yang kedua untuk memenangi anugerah itu. Di Stefano memenangi anugerah tersebut buat kali kedua pada tahun 1959.

Pemain kedua dan terakhir untuk memenangi anugerah itu ialah Luis Suarez pada tahun 1960. Ya, ada seorang lagi Luis Suarez yang bermain untuk Barcelona.

Selepas Suarez memenangi anugerah itu pada tahun 1960, tiada pemain Sepanyol yang memenangi anugerah ini lebih dari setengah abad. 

PemainPasukanTahun
Alfredo Di StefanoReal Madrid1957 & 1959
Luis SuarezBarcelona1960

9. Soviet Union - 3

l to r lev yashin oleg blokhin and igor belanov

Kiri ke Kanan: Lev Yashin, Oleg Blokhin dan Igor Belanov

Sehingga tahun 1991, terdapat sebuah negara yang dipanggil Kesatuan Soviet. Pada tahun 1991 negara ini telah berpecah kepada negara-negara yang berbeza disebabkan alasan politik. Tetapi ketika Kesatuan Soviet wujud, tiga pemain dari negara itu memenangi anugerah tersebut.

Pemain pertama dari Kesatuan Soviet untuk memenangi anugerah tersebut ialah Lev Yashin yang dianggap ramai sebagai penjaga gol terhebat dalam sejarah bola sepak. Pada tahun 1963, apabila Yashin menerima anugerah tersebut, beliau menjadi penjaga gol pertama untuk memenanginya dan sehingga hari ini masih satu-satunya penjaga gol yang memenangi anugerah tersebut.

Dua lagi pemain Soviet yang memenangi anugerah itu ialah Oleg Blokhin dan Igor Belanov masing-masing pada tahun 1975 dan 1986. Kedua-dua pemain ini bermain untuk Dynamo Kyiv, yang kini menjadi kelab profesional di Ukraine, sementara kelab yang diwakili Lev Yashin kini berada di Rusia.

PemainPasukanTahun
Lev YashinDynamo Moscow1963
Oleg BlokhinDynamo Kyiv1975
Igor BelanovDynamo Kyiv1986

8. Argentina - 5

messi 351

Messi menang dari tahun 2009 hingga 2012

Ballon d'Or telah dimenangi oleh pemain Argentina sebanyak lima kali tetapi pemenang dalam empat tahun berturut-turut ialah Lionel Messi.

Messi memenangi Ballon d'Or pertama pada tahun 2009. Ini juga merupakan anugerah terakhir sebelum ia dinamakan semula sebagai FIFA Ballon d'Or. Tidak ada pemain yang memenangi anugerah ini lebih banyak daripada pemain Argentina ini dan dia juga memenanginya dalam empat tahun berturut-turut.

Pada tahun 2015, dia menjadi pilhan untuk memenanginya untuk rekod kali ke-5 dan dia ternyata berjaya melakukannya.

PemainPasukanTahun
Lionel MessiBarcelona2009, 2010, 2011, 2012, 2015 

7. England - 5

l to r stanley mathews bobby charlton kevin keegan and michael owen

Kiri ke kanan: Stanley Mathews, Bobby Charlton, Kevin Keegan dan Michael Owen

Pemain pertama yang memenangi penghormatan berprestij tersebut adalah seorang yang berbangsa Inggeris. Stanley Mathews dari Blackpool merupakan pemenang Ballon d'Or sulung pada tahun 1956 dan dia mengalahkan Alfredo Di Stefano untuk anugerah tersebut.

Sepuluh tahun kemudian pada 1966, legenda Manchester United, Bobby Charlton menjadi orang Inggeris kedua untuk memenangi anugerah itu. Pada tahun 1978 dan 1979, bekas pengurus Newcastle United dan England Kevin Keegan memenangi anugerah tersebut ketika bermain untuk Hamburg di Jerman.

Walaupun Keegan memenangi anugerah itu dengan Hamburg, dia banyak diingati semasa bermain untuk Liverpool. Orang Inggeris terakhir yang menerima anugerah itu ialah Michael Owen pada tahun 2001 ketika bermain untuk Liverpool.

PemainPasukanTahun
Stanley MatthewsBlackpool1956
Bobby CharltonManchester United1966
Kevin KeeganHamburg1978 & 1979
Michael OwenLiverpool2001

6. Brazil - 5

l to r ronaldo rivaldo ronaldinho and kaka

Kiri ke kanan: Ronaldo, Rivaldo, Ronaldinho dan Kaka

Walaupun pemain Brazil tidak layak menerima anugerah itu sehingga tahun 1995, pemain Amerika Selatan masih kelima dalam senarai. Pemain Brazil yang pertama memenangi anugerah itu adalah tidak lain daripada Ronaldo. Penyerang yang produktif itu memenangi anugerah ini untuk pertama kalinya pada tahun 1997 ketika bermain untuk Inter Milan dan kemudiannya kali kedua pada 2002 ketika bermain untuk Real Madrid, tapi pertunjukannya ketika di Piala Dunia 2002 yang membantunya untuk memenangi anugerah tersebut.

Rivaldo adalah pemain Brazil kedua yang memenangi anugerah tersebut pada 1999 ketika bermain untuk Barcelona. Pada 2005, Ronaldinho menjadi pemain ketiga Brazil untuk memenangi anugerah itu, juga semasa bermain untuk kelab Catalan tersebut.

Pemain Brazil terakhir yang memenangi anugerah itu adalah Kaka bersama AC Milan pada tahun 2007. Menariknya, semua empat pemain Brazil yang memenangi anugerah itu adalah sebahagian daripada pasukan Brazil yang memenangi Piala Dunia pada tahun 2002. 

PemainPasukanTahun
RonaldoInter Milan1997 & 2002
RivaldoBarcelona1999
RonaldinhoBarcelona2005
KakaAC Milan2007

5. Itali - 5

l to r omar sivori gianni rivera paolo rossi r

Kiri ke kanan: Omar Sivori, Gianni Rivera, Paolo Rossi, Roberto Baggio dan Fabio Cannavaro

Pemain-pemain Itali telah memenangi anugerah tersebut sebanyak lima kali dalam tempoh berlainan dan lima pemain yang berbeza. Pemain pertama yang memenanginya ialah Omar Sivori dari Juventus pada tahun 1961 dan Gianni Rivera dari AC Milan memenanginya kali kedua untuk Itali pada tahun 1969.

Dua pemain Itali seterusnya yang memenangi anugerah itu juga adalah pemain Juventus. Yang pertama ialah Paolo Rossi pada tahun 1982 dan yang kedua ialah Roberto Baggio pada tahun 1993.

Warga Itali yang terakhir memenangi anugerah itu ialah Fabio Cannavaro pada tahun 2006. Walaupun Cannavaro adalah pemain Real Madrid ketika menerima penghargaan itu, dia telah bermain separuh pertama 2006 dengan Juventus. Menariknya Juventus dan AC Milan juga merupakan kelab yang telah memenangi Ballon d'Or yang paling banyak.

PemainPasukanTahun
Omar sivoriJuventus1961
Gianni RiveraAC Milan1969
Paolo RossiJuventus1982
Roberto BaggioJuventus1993
Fabio CannavaroReal Madrid2006

4. Portugal - 6

portugal 1420800780

Kiri ke kanan: Eusebio, Luis Figo and Cristiano Ronaldo

Tiga pemain Portugal yang berbeza telah memenangi anugerah itu dan mereka bertiga jelas adalah tiga nama terbesar dalam bola sepak negara ini. Pemain Portugal pertama yang memenangi anugerah itu ialah Eusebio pada tahun 1965. Selepas Eusebio, pemain kedua Portugal yang memenangi anugerah tersebut ialah Luis Figo pada tahun 2000 dimana dia mengalahkan Zidane untuk penghargaan itu.

Pada tahun 2008, Cristiano Ronaldo memenangi Ballon d'Or pertama ketika bermain untuk Manchester United untuk menjadikannya tiga untuk Portugal dan dia memenangi lagi anugerah tersebut secara berturut-turut pada 2013 dan 2014 untuk Real Madrid sebelum memenanginya sekali lagi pada 2016.

PemainPasukanTahun
EusebioBenfica1965
Luis FigoReal Madrid2000
Cristiano RonaldoManchester United & Real Madrid2008, 2013, 2014, 2016

3. Perancis - 6

l to r raymond kopa michel platini jean pierre

Kiri ke kanan: Raymond Kopa, Michel Platini, Jean-Pierre Papin dan Zinedine Zidane

Raymond Kopa adalah pemain Perancis pertama, pemain kedua Real Madrid dan keseluruhan ketiga untuk memenangi anugerah tersebut apabila dia memenanginya pada tahun 1958.

Ia mengambil masa seperempat abad untuk pemain Perancis kedua untuk memenangi Ballon d'Or. Bekas presiden UEFA Michel Platini adalah pemenang pada tahun 1983, 1984 dan 1985. Platini merupakan pemain pertama yang memenangi hatrik anugerah tersebut dan dia memenangi ketiga-tiganya ketika bermain untuk Juventus.

Pada tahun 1991, Jean-Pierre Papin memenangi anugerah tersebut semasa bermain untuk Marseille dan setakat ini dia ialah satu-satunya pemenang dari Ligue 1 Perancis.

Pemain Perancis yang terakhir memenangi anugerah tersebut ialah tidak lain tidak bukan Zinedine Zidane pada 1958 dan dia juga memenangi anugerah itu ketika bermain untuk Juventus.

PemainPasukanTahun
Raymond CopaReal Madrid1958
Michel PlatiniJuventus1983, 1984, 1986
Jean-Pierre PapinMarseille1991
Zinedine ZidaneJuventus1998

2. Belanda - 7

l to r johan cruyff ruud gullit and marco van ba

Kiri ke kanan: Johan Cruyff, Ruud Gullit dan Marco van Basten

Anugerah tersebut telah dimiliki Belanda tujuh kali walaupun hanya tiga pemain yang berbeza memenanginya.

Johan Cruyff adalah warga Belanda pertama yang memenangi anugerah tersebut. Kali pertama Cruyff merangkulnya adalah pada tahun 1971 ketika bermain untuk Ajax dan dia memenanginya sebanyak dua kali pada tahun 1973 dan 1974 ketika bermain untuk Barcelona. Dia adalah orang pertama yang memenangi anugerah tersebut sebanyak tiga kali.

Pada tahun 1987, Ruud Gullit dari AC Milan memenangi anugerah tersebut dan menjadi pemain kedua Belanda untuk memenangi penghormatan itu. Marco van Basten memenangi anugerah tersebut pada tahun 1988 dan 1989 untuk menjadikannya hatrik untuk AC Milan. Dia memenanginya untuk kali ketiga pada tahun 1992 dan menjadi pemain ketiga untuk memenangi anugerah itu tiga kali selepas Johan Cruyff dan Michel Platini.

PemainPasukanTahun
Johan CruyffAjax & Barcelona1971, 1973, 1974
Ruud GullitAC Milan1987
Marco Van BastenAC Milan1988, 1989, 1992

1. Jerman - 7

l to r gerd muller franz beckenbauer karl henz

Kiri ke kanan: Gerd Muller, Franz BeckenBauer, Karl-Henz Rummenigge, Lothar Matthaus dan Matthias Sammer

Pemain Jerman telah memenangi anugerah tersebut tujuh kali dan terikat untuk tempat pertama dengan Belanda. Tetapi lima pemain Jerman yang berbeza telah memenangi anugerah tersebut berbanding tiga pemain berbeza untuk Belanda.

Pemain Jerman pertama yang memenangi anugerah tersebut ialah Gerd Muller pada tahun 1970. Muller bermain untuk Bayern Munich ketika dia memenanginya dan dua tahun kemudian pada 1972, seorang lagi pemain Bayern Munich memenangi anugerah tersebut - Franz Beckenbauer dan dia memenanginya sekali lagi pada tahun 1976 untuk menjadikannya tiga kali untuk Jerman.

Karl-Heinz Rummenigge adalah pemain Jerman ketiga untuk memenangi anugerah tersebut dan dia juga bermain untuk Bayern Munich ketika memenanginya. Rummenigge memenangi anugerah tersebut dua tahun berturut-turut pada tahun 1980 dan 1981.

Lothar Matthaus memenangi anugerah tersebut pada 1990 ketika bermain untuk Internazionale. Matthaus adalah pemain Bayern Munich sebelum dan selepas khidmat dengan Internazionale.

Warga Jerman yang terakhir memenangi anugerah itu ialah Matthias Sammer. Sammer memenangi anugerah tersebut pada 1996 ketika bermain untuk Borussia Dortmund dan dia adalah satu-satunya pemain Jerman yang memenangi anugerah itu dan tidak bermain untuk Bayern Munich. Tetapi menariknya, beliau menjadi pengarah sukan di Bayern Munich.

PemainPasukanTahun
Gerd MullerBayern Munich1970
Franz BeckenBauerBayern Munich1972 & 1976
Karl-Henz RummeniggeBayern Munich1980 & 1981
Lothar MatthausInter Milan1990
Matthias SammerBorussia Dortmund1996

Rujukan : sportskeeda.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)