Penyalahgunaan dadah adalah satu kesalahan yang amat berat di kebanyakan negara. Namun, pengedaran dadah dilihat sebagai kesalahan yang lebih berat kerana ia menggalakkan penyalahgunaan dadah.
Di Malaysia, hukuman mati boleh dikenakan kepada pengedar dadah yang memiliki dadah tertentu dalam jumlah yang ditetapkan.
Dan di beberapa negara yang lain, hukuman yang agak dahsyat dan kejam dijatuhkan bagi pesalah dadah. iluminasi.com kongsikan 10 negara dengan hukuman yang dahsyat bagi kesalahan dadah.
BESARKAN TEKS A- A+
9. Jepun
Jepun kaya dan berteknologi tinggi serta terpengearuh dengan budaya Barat. Namun, ini tidak bermakna mereka bersetuju dengan perang salib liberal yang berlaku.
Sikap Jepun terhadap dadah sudah cukup untuk membuatkan mereka sangat berbeza dengan Barat.
Sebagai permulaan, senarai perkara-perkara yang dianggap sebagai 'dadah rekreasi' telah lama wujud di Jepun. Ubat-ubatan anti-alergi dan ubat penahan sakit yang boleh dibeli di farmasi semua dianggap sebagai tidak bermoral seperti ekstasi dan heroin.
Membawa masuk secara tak sengaja ke negara ini membolehkan anda berhadapan dengan hukuman penjara yang panjang.
Pemeriksaan rawak juga merupakan satu realiti dan bukan hanya di tempat kerja. Pihak polis di Jepun terkenal dengan tindakan menahan pelancong di luar bar dan meminta sampel air kencing segera.
Memandangkan polis Jepun yang agak menakutkan, anda mungkin terkencing secara tak sengaja. Jepun mungkin kelihatan sopan dan baik, tetapi polis mereka agak ganas.
Saspek boleh ditahan tanpa jaminan, panggilan telefon atau peguam selama 30 hari, dan sering diseksa melalui kekurangan tidur dan penderaan lisan dalam usaha mereka mendapatkan tandantangan terhadap pengakuan.
Kadar sabitan Jepun adalah sekitar 99.9%. Jika anda dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan dadah, anda akan berhadapan dengan hukuman yang berat.
8. Vietnam
Dari luar, dasar dadah Vietnam kelihatan hampir progresif. Walaupun jiran-jiran sering mengenakan hukuman mati kepada pasalah dadah, Vietnam menghantar mereka ke pusat pemulihan.
Bunyi macam agak santai, bukan? Jangan terburu dengan tanggapan anda, kerana Vietnam agak brutal apabila ia melibatkan dadah.
Di Vietnam, "pusat pemulihan" pada dasarnya adalah kod bagi 'kem buruh paksa'. Penagih ditahan di dalam sel-sel "neraka" ini tanpa mengetahui tarikh dibebaskan dan tidak ada yang boleh dilakukan kecuali kerja keras yang menghasilkan produk-produk bagi syarikat-syarikat antarabangsa.
Jika mereka menolak untuk bekerja secara percuma, pesalah akan dibelasah dengan begitu teruk sehinggakan badan amal hak-hak pekerja mengkategorikannya sebagai satu penyeksaan.
Boleh difahami bahawa terkurung dalam lubang neraka dan dikerah untuk bekerja secara percuma membuatkan sesetengah pesalah berasa begitu berang. Hasilnya, rusuhan ganas adalah satu perkara biasa di kem-kem seperti ini.
7. China
Tidak lama dahulu, China mengetuai dunia dalam melaksanakan hukuman mati bagi pesalah dadah. Mereka masih menembak peniaga dadah secara rutin, namun sikap China terhadap pesalah dadah menjadi semakin progresif secara perlahan-lahan.
Ketika ini, Beijing seolah-olah mengikuti model Vietnam ke tahap yang lebih ganas.
Walaupun memiliki dadah secara teknikalnya merupakan kesalahan kecil, namun negara ini masih akan memutuskan sendiri sama ada anda seorang penagih atau tidak.
Sekiranya anda gagal, ujian "bukan perubatan" akan mempersiapkan diri anda untuk dunia yang menyakitkan. Penagih diberi tiga tahun dalam 'pusat detoksifikasi' yang lebih teruk berbanding penjara.
Selepas itu, pesalah perlu menjalani tiga tahun lagi dalam "pemulihan masyarakat". Dan menjelang waktu anda dibenarkan kembali ke dalam masyarakat tanpa pengawasan, anda telah kehilangan lebih daripada setengah dekad daripada hidup anda.
Dan ini juga bukannya tertakluk kepada penangkapan berkaitan dengan dadah sahaja. Semasa operasi khas di wilayah Guangdong pada tahun 2013, hampir 100,000 pengguna ditahan. Daripada jumlah itu, hampir separuh dihantar ke pusat detoksifikasi.
6. Singapura
Singapura adalah salah satu negeri paling bersih, paling selamat dan terkaya di dunia. Masalahnya ialah hasil positif ini datang dengan harga negatif yang tinggi.
Undang-undang negeri adalah ketat sehinggakan ke tahap gila. Dan ia lebih teruk jika melibatkan dadah.
Singapura kerap melaksanakan hukuman mati terhadap pengedar dadah. Walau bagaimanapun, siapa yang mereka kelaskan sebagai 'pengedah' sering bertentangan dengan seluruh dunia dan realiti asas.
Anda akan disenaraikan sebagai pengedar jika anda ditangkap dengan memiliki sekecil-kecil jumlah dadah, seperti 15 gram ganja atau 3 gram kokain.
Polis tidak perlu membuktikan bahawa anda benar-benar mengedar dadah itu atau berniat untuk mengedar, membuatkan anda kemungkinan berhadapan dengan hukuman mati.
Dan walaupun anda mungkin terlepas daripada hukuman mati, anda akan dipenjara dalam tempoh yang begitu lama.
Terdapat juga kerumitan dalam mengkategorikan bukti. Jika dadah ditemui di dalam premis anda, anda secara undang-undang akan disenaraikan sebagai pemilik, melainkan anda boleh membuktikannya tanpa ragu bahawa ia bukan milik anda.
Ini merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan.
5. Dubai
Secara teknikal, Emirat Dubai bukanlah negara, tetapi mempunyai beberapa undang-undang yang sangat keras berkenaan pemilikan dadah.
Walaupun anda mungkin tidak akan dihukum mati, anda dengan mudah boleh dipenjarakan selama bertahun-tahun di dalam penjara yang kejam.
Jadi jawapan mudah adalah jangan sesekali memiliki dadah, kan? Malangnya, ia bukanlah begitu mudah. Apa yang Dubai kelaskan sebagai "pemilikan" sangat luas dan tidak munasabah.
Jika anda tiba di negara ini dengan dadah dalam aliran darah anda, ia dikelaskan sebagai pemilikan dan hukuman akan dikenakan dengan sewajarnya.
Dubai menganggap segala-galanya dari ubat penghilang rasa sakit biasa ke biji popi sebagai dadah.
Ini bermakna anda mungkin memakan dua biji paracetamol dalam penerbangan anda untuk menghilangkan sakit kepala, dan akhirnya dihumbankan ke penjara sebaik sahaja mendarat.
Terdapat kes-kes di mana individu dipenjarakan kerana memiliki 3 biji popi pada pakaian mereka dan dengan memakan roti yang mempunyai biji ini ketika di lapangan terbang sebelum berlepas. Gila kan?
Akan tetapi, Dubai biasanya melepaskan orang asing sebelum mereka menjalani hukuman penuh. Pada sisi negatifnya, ini masih boleh bermakna anda akan menghabiskan tujuh bulan hingga setahun dalam penjara yang sangat tidak selesa.
4. Korea Utara
Kerajaan terpencil ini telah menghasilkan beberapa gelombang baru-baru ini apabila Vice melaporkan bahawa ganja pada dasarnya adalah tidak melanggar undang-undang di Pyongyang.
Dan walaupun ia kedengaran seperti satu berita baik kepada rakyat negara ini, realitinya agak berlainan.
The Guardian mengatakan menghisap ganja secara terang-terangan di Korea Utara secara teknikalnya boleh membunuh anda, walaupun dasar ini jarang dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang Korea Utara daripada mempunya "hubungan cinta" yang aneh dengan dadah. Sehingga baru-baru ini, kerajaan negara ini menghasilkan, menghantar dan menjual jenama methamphetamine sendiri.
Ya, Kim Jong Il pada dasarnya adalah Walter White, hanya sedikit gemuk dan tidak menghidap kanser.
Di bawah pengawasannya, Korea Utara menghasilkan begitu banyak methamphetamine sehinggkan menawarkannya kepada pelawat di rumah anda menjadi standard seperti mana menawarkan teh atau kopi.
Namun, hari-hari itu sudah lama berlalu, mungkin kerana masalah yang timbul akibat penangkapan pengedar syabu Korea Utara oleh China di sempadan kedua-dua negara ini.
3. Indonesia
Apabila anda terbang ke Jakarta, tanda-tanda yang memberitahu bahawa anda mempunyai dadah dalam darah anda boleh menyebabkan anda berhadapan dengan hukuman.
Begitulah penekanan oleh Indonesia terhadap dadah, negara yang langsung tidak bertolak ansur dengan najis yang merosakkan manusia ini.
Pengguna dadah, apatah lagi pengedah, boleh berhadapan dengan hukuman penjara selama berdekad-dekad atau hukuman mati dengan skuad penembak.
Malah, anda tak perlu mengambil dadah untuk berhadapan dengan masalah besar. Undang-undang yang digubal pada tahun 2009 memaksa ibu bapa melaporkan jika anak mereka mengambil bahan haram ini.
Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan hukuman kejam terhadap seluruh keluarga.
Kemudian, ada cara negara ini layanan terhadap ketagihan. Ketagihan itu sendiri adalah jenayah yang dalam beberapa kes boleh membawa kepada hukuman mati.
Anda perlu percaya bahawa Indonesia tidak akan teragak-agak untuk menjatuhkan hukman mati terhadap orang asing atau orang yang dianggap tidak layak (tidak sihat) untuk dibicarakan.
Pada tahun 2015, negara ini telah melaksanakan hukuman mati dengan skuad penembak terhadap dua orang warga Australia (kes Bali 9) dan lelaki Brazil yang sakit mental.
Rayuan daripada kerajaan kedua-dua negara ini tidak mampu untuk membantu mereka.
2. Iran
Seperti kebanyakan perkara di Iran, undang-undang dadah negara ini boleh menjadi sangat keras dan dalam masa yang sama, progresif.
Iran menghukum mati pengedar dadah dalam jumlah yang agak mengejutkan setiap tahun. Antara 60% hingga 70% populasi penjara yang luas di Iran adalah daripada kesalahan berkaitan dadah.
Namun, Iran juga mempunyai lebih banyak pusat rawatan daripada kebanyakan negara lain di dunia, dan dalam kes ini, ia bukan bukan istilah bagi kem buruh paksa.
Dan Iran juga mempertimbangkan untuk menghalalkan semua jenis dadah.
Majlis Kebajikan negara ini yang sangat berpengaruh baru-baru ini mencadangkan agar negara ini harus menghentikan perang ke atas dadah dan mula menamam ganja dan candu, lalu mengenakan bayaran kepada rakyat yang menggunakannya.
Ini akan menghapuskan hukuman mati tahunan Iran dan mengurangkan jumlah pasalah yang dipenjara dengan mendadak. Ia agak penting kerana Majlis Kebajikan tidak perlu tunduk kepada parlimen Iran.
Ia mempunyai kawalan penuh ke atas undang-undang dadah di negara ini. Jika mereka memutuskan untuk menghalalkan dadah, tak ada siapa yang boleh menidakkannya.
Jadi, walaupun Iran kini berada di kedudukan yang sangat tinggi di dalam senarai ini, namun ia mungkin untuk tempoh yang tidak lama.
Dalam beberapa tahun akan datang, negara ini munkin berada di senara teratas bagi "tempat terbaik untuk pengguna dadah untuk dilawati".
1. Arab Saudi
Apabila ia melibatkan dadah, Arab Saudi sangat kejam dan benar-benar gila.
Hukuman biasa jika anda ditangkap dengan dadah adalah pelaksanaan hukuman mati di tempat awam. Pesalah akan diheret ke tepi jalan dan kepala akan dipenggal di hadapan orang ramai.
Jika anda sangat tidak bernasib baik, mayat anda akan dipamerkan sebagai amaran kepada orang lain. Arab Saudi akan menyeksa anda dalam mendapatkan pengakuan.
Dalam enam bulan pertama pada tahun 2015 sahaja, kerajaan Arab Saudi telah melaksanakan 100 hukuman mati dan hampir separuh daripadanya disebabkan oleh kesalahan dadah tidak ganas.
Rujukan:
1. HRW
2. The Diplomat
3. World Nomad