Bola sepak Eropah adalah saingan yang paling kompetitif untuk kelab-kelab bertanding. Merangkumi seluruh benua - dan dikuasai kebanyakannya oleh enam negara. Semua kelab berjuang untuk kejayaan peringkat domestik dan Eropah setiap tahun. Namun, terdapat hanya segelintir kelab yang telah berjaya dan telah benar-benar mengukuhkan status mereka sebagai gergasi Eropah yang sebenar.
Berikut adalah sepuluh pasukan yang unggul di dalam negara masing-masing dan di Eropah berdasarkan piala utama yang dimenangi:
(Tidak termasuk trofi perlawanan tunggal seperti FA Community Shield dan Piala Super UEFA)
#10 AC Milan – 34 kejuaraan
BESARKAN TEKS A- A+
Satu daripada hanya dua pasukan Serie A yang termasuk dalam senarai ini adalah gergasi Milan iaitu AC Milan. Setelah melahirkan beberapa pemain hebat seperri Paulo Maldini dan Franco Baresi, Rossoneri adalah kelab bola sepak Eropah kesepuluh paling berjaya dengan memenangi 34 trofi utama.
Jumlah itu termasuk 18 takhta Serie A, 7 gelaran Liga Juara-Juara UEFA (atau Piala Eropah), 5 Piala Itali dan 4 Piala Dunia Kelab FIFA. Gelaran Serie A yang terbaru dimenangi pada 2010/11 dengan gelaran Liga Juara-Juara UEFA terakhir adalah pada musim 2006/07.
Mereka kekal menjadi salah satu pasukan hebat sepanjang masa dan sebuah kelab yang mempunyai sejarah yang kaya, warisan dan menghubungkannya dengan peminat lebih dari hanya bola sepak.
#9 Manchester United – 41 kejuaraan
Pasukan 'raksasa' daripada Liga Perdana Inggeris dan salah satu daripada hanya dua pasukan Liga Inggeris dalam senarai ini adalah Manchester United. Lagenda pasukan bola sepak - dan kini salah satu antara yang terkaya di dunia - dimana kejayaan mereka telah 'diperbaharui' dalam dekad kebelakangan ini terima kasih kepada bekas pengurus mereka, Sir Alex Ferguson. Mereka kekal mencabar dalam saingan domestik walaupun kehilangan pengurus lagenda mereka.
Pembangunan belia yang bagus dan pendapatan yang mereka miliki setiap musim, mereka kekal sebagai salah satu daripada pesaing utama di dunia - sentiasa menarik perhatian pemain terbaik untuk menyertai mereka.
Manchester United telah memenangi 41 trofi utama di mana 20 daripadanya adalah dari saingan domestik Inggeris. Mereka telah memenangi 12 Piala FA, 4 Piala Liga, 3 Liga Juara-Juara Uefa(atau Piala Eropah) dan 2 Piala Kelab Dunia FIFA.
#8 Liverpool – 41 kejuaraan
Sebuah lagi pasukan Inggeris dalam senarai ini selepas Manchester United adalah saingan utama mereka, Liverpool. Kelab Merseyside ini yang sedang di ambang kebangkitan tidak memenangi Liga Perdana Inggeris - tetapi tetap menjadi salah sebuah pasukan yang hebat sepanjang masa berdasarkan apa yang telah mereka capai pada masa lalu.
Jumlah trofi utama yang dimenangi dengan Manchester United adalah sama dengan 41 kejuaraan, namun kenapa Liverpool berada di atas pesaing mereka adalah kerana mereka telah memenangi lebih banyak Liga Juara-Juara UEFA atau Piala Eropah.
Dengan 18 trofi Liga Inggeris, 7 Piala FA, 8 Piala Liga, 5 Piala Eropah dan 3 Piala UEFA, mereka masih menjadi pasukan yang kuat untuk diperhatikan tetapi hanya kerana masa lalu mereka.
#7 FC Porto – 47 kejuaraan
Tidak menghairankan untuk melihat FC Porto dalam senarai ini, memandangkan mereka telah menguasai musim-musim baru di Eropah dan di dalam negara. Sejak tibanya milenium, mereka telah memenangi 9 dari 16 gelaran domestik dan itu cukup untuk menggambarkan tentang bagaimana mereka menguasai liga Portugal.
FC Porto telah memenangi 47 trofi utama dengan 27 takhta Liga Portugal di dalam koleksi. Digabungkan dengan 16 kejuaraan domestik, 2 gelaran Liga Juara-Juara UEFA dan 2 Piala UEFA, mereka merupakan pasukan Portugal kedua yang paling berjaya dalam sejarah sukan ini.
Kejayaan Liga Juara-Juara UEFA terbaru yang mereka kecapi adalah pada 2003/04 di mana mereka mengalahkan Monaco 3-0 di perlawanan akhir. Jose Mourinho adalah pengurus mereka ketika itu dan mengukuhkan reputasinya pada malam tersebut membimbing sebuah pasukan yang tidak diberi harapan untuk mencapai kejayaan itu.
#6 Juventus – 50 kejuaraan
Kelab bola sepak Itali paling berjaya dalam sejarah adalah Juventus. Bianconeri telah memenangi sebanyak 50 trofi utama dan telah berjaya menjadikan semuanya tentang mereka di Serie A dalam dekad yang lalu.
Kelab Turin ini telah memenangi Liga Itali sebanyak 32 kali - setelah memenanginya dalam lima tahun terakhir secara berturut-turut - dan menjuarai Piala Itali sebanyak 11 kali. 2 takhta Liga Juara-Juara, 3 Piala UEFA dan 2 Piala Dunia Kelab FIFA menjadikan mereka kelab keenam yang paling berjaya dalam bola sepak Eropah.
Walaupun mereka diselubungi dengan rasuah dalam dekad yang lalu, mereka telah bangkit semula dan kini menjadi salah satu destinasi yang paling diidamkan untuk sesetengah pemain paling elit di dunia.
#5 FC Bayern Munich – 53 kejuaraan
FC Bayern Munich dari Jerman adalah kelab yang memiliki banyak rekod yang hebat. Mereka merupakan satu-satunya pasukan Bundesliga dalam senarai ini dan kekal sebagai salah satu daripada pasukan bola sepak terbaik dalam dunia bola sepak. Dengan 53 trofi utama, mereka merupakan pasukan kelima paling berjaya di Eropah.
Bayern telah memenangi takhta Bundesliga dengan rekod sebanyak 26 kali dan Piala Jerman 18 kali. Di peringkat kontinental, mereka telah memenangi Liga Juara-Juara UEFA(atau Piala Eropah) 5 kali, Piala Kelab Dunia FIFA 3 kali dan Piala UEFA sekali.
Mereka juga satu-satunya pasukan dalam bola sepak Eropah untuk melengkapkan semua jenis tiga kejuaraan semusim(treble): Continental Treble (Bundesliga, DFB-pokal, UEFA Champions League) pada 2012/13, Domestic Treble (Bundesliga, DFB-Pokal, DFB-ligapokal) pada 1999/00 dan European Treble (European Cup Winners' Cup, European Cup, UEFA Cup) pada 1966/67.
#4 AFC Ajax – 56 kejuaraan
Satu-satunya kelab Belanda dalam senarai ini tidak lain daripada pasukan penuh bersejarah AFC Ajax yang berpusat di tengah-tengah bandar Amsterdam.
Ajax dikenali sebagai pasukan yang sentiasa bergantung kepada pembangunan belia yang berbakat dan bukannya melalui perbelanjaan yang terlalu tinggi untuk menandatangani pemain asing. Ajax adalah kelab dengan gelaran liga utama kedua tertinggi dalam senarai ini setelah memenangi Eredivisie sebanyak 33 kali. Tambahan 18 Piala Belanda, 4 Liga Juara-Juara UEFA dan 1 Piala UEFA dan tidak hairan mengapa mereka begitu dihormati dalam dunia bola sepak.
Gergasi Belanda ini memenangi liga domestik empat tahun berturut-turut dari 2011 hingga 2014 di bawah Pengurus Frank de Boer. Kali terakhir mereka memenangi Liga Juara-Juara UEFA adalah pada musim 1994/95.
#3 FC Barcelona – 61 kejuaraan
Mungkin kelab bola sepak kedua paling dikenali dalam dunia pada hari ini dan yang ketiga paling berjaya dalam sejarah sukan ini adalah pasukan La Liga, FC Barcelona. Gergasi Catalan ini sentiasa berada di tahap kejayaan tertinggi sepanjang lima dekad yang lalu dan kekal salah satu daripada dua destinasi utama untuk pemain terbaik di dunia.
Barcelona telah memenangi gelaran La Liga 24 kali, Piala Sepanyol 27 kali, Liga Juara-Juara UEFA 5 kali, Piala UEFA 3 kali dan Piala Kelab Dunia FIFA 2 kali. Dengan kehadiran pemain seperti Neymar (kini di PSG), Lionel Messi, Luis Suarez dan ramai lagi pemain hebat yang lain, ia kelihatan seperti mereka berpotensi mengatasi pasukan lain untuk berada di kedudukan nombor 1 dalam senarai ini dalam beberapa tahun yang akan datang.
Titik perubahan mereka adalah di bawah bekas pemain dan pengurus Johan Cruyff dan menjadi sebuah pasukan yang boleh dianggap terbaik pernah dilihat sepanjang sejarah bola sepak di bawah kendalian bekas pengurus Pep Guardiola.
#2 SL Benfica – 62 kejuaraan
Gergasi Portugal, SL Benfica, mungkin bukan yang sangat terkenal dalam dunia bola sepak dunia pada hari ini tetapi kelab ini telah memenangi gelaran Liga domestik terbanyak dalam senarai ini yang sukar dibayangkan iaitu 35 kejuaraan Liga Portugal. Bukan itu sahaja, mereka juga telah memenangi Piala Portugal dengan rekod sebanyak 25 kali dan tidak hairan mengapa mereka berada di kedudukan yang tinggi dalam senarai ini.
Masih gagal menterjemahkan kehebatan domestik ke peringkat Eropah, mereka hanya memenangi Piala Eropah sebanyak 2 kali dan ia adalah pada 1960/61 dan 1961/62. Benfica dan Porto kekal dua pasukan terbaik di Eropah yang sentiasa menghasilkan beberapa pemain muda terbaik Amerika Selatan. Sistem pencarian bakat mereka di Liga Amerika Latin tidak dapat ditandingi dan mereka berkembang maju di dalam negara dengan wang yang dihasilkan selepas menjual pemain yang sangat berbakat.
#1 Real Madrid - 68 kejuaraan
Kelab bola sepak paling terkenal di dunia, kelab bola sepak yang paling berharga di dunia, kelab bola sepak terkaya di dunia dan merekalah kelab yang paling berjaya di dunia.
Los Blancos memiliki 68 trofi kejuaraan utama, 32 daripadanya ialah gelaran domestik Sepanyol . Mereka telah memenangi Piala Sepanyol 19 kali dan Liga Juara-Juara UEFA dengan rekod sebanyak 11 kali. 4 kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA Kelab dan 2 Piala UEFA menjadikan mereka kelab yang paling 'mesra' dengan kejayaan.
Mereka telah memenangi Liga Juara-Juara dua kali dalam tempoh tiga musim terakhir dan mereka mampu untuk menambah lagi koleksi kejuaraan di dalan kabinet trofi mereka di masa hadapan.
Rujukan: m.sportskeeda.com