Kredit foto: Youtube Astro Shaw
Filem yang dinanti-nantikan tahun ini, Kahar: Kapla High Council bakal menjengah pawagam seluruh negara pada 28 November 2024.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Sebagai peminat kisah yang diadaptasi daripada siri popular Projek: High Council ini, berikut adalah 10 fakta menarik yang wajib anda tahu!
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
1. Filem ini merupakan prekuel kepada siri popular Projek: High Council yang bakal membawa penonton menyusuri kisah lalu Kahar dan bagaimana dia menapak sebagai 'kapla' yang digeruni di sekolah berasrama itu. Penonton bakal mengikuti perjalanan hidup lampau Kahar dan cabaran-cabarannya sehingga namanya diangkat dalam hierarki tersebut.
Kredit foto: Youtube Astro Shaw
Bagi yang belum sempat menonton siri asal atau ingin mengimbas semula perjalanan dramatik ini, Projek: High Council tersedia untuk distrim di platform online, Netflix, Astro Go dan Sooka.
Kredit foto: Instagram Netflix Malaysia
2. Kahar: Kapla High Council hadir dengan genre aksi dan drama yang mendebarkan, dengan turut diselit dengan seni pertarungan Muay Thai sebagai elemen yang menghidupkan lagi perjalanan ceritanya.
Kredit foto: Youtube Astro Shaw
3. Karya ini mengambil durasi tayangan selama 1 jam 42 minit.
4. Menampilkan barisan watak utama yang dikekalkan, Amir Ahnaf kembali sebagai Kahar, kali ini disertai oleh watak-watak baharu yang menambah warna dalam jalan ceritanya. Watak Beja diberi nafas oleh pelakon popular Aedy Ashraf, sementara Sky Iskandar menghidupkan karakter Megat.
Kredit foto: Youtube Astro Shaw
Selain itu, watak Li dan Jojo dipilih menerusi sesi uji bakat yang menampilkan bakat segar iaitu Thompson Goh, bekas peserta Hero Remaja 2020, yang membawa watak Li, serta Khenobu yang diberikan peranan Jojo.
Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd
Tidak cukup dengan kehadiran watak-watak baru, peminat pasti teruja untuk melihat kemunculan semula wajah-wajah asal yang telah menawan hati penonton dari Project: High Council. Bagi menghidupkan lagi nostalgia dan keterujaan, produksi mengembalikan pelakon Nadhir Nasar, Naim Daniel, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Yusof Hashim (Ucop), Hasnul Rahmat, Sathisvaran, Hushairy Hussain dan Ameer Asyraf.
Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd
5. Selepas pengumuman daripada Astro Shaw awal tahun ini mengenai pembikinan filem itu, mereka telah mengadakan sesi uji bakat terbuka bagi memberi peluang kepada sesiapa yang ingin turut serta dalam produksi ini. Sambutan yang diterima difahamkan amat menggalakkan sehingga Astro Shaw terpaksa melanjutkan sesi uji bakat untuk memenuhi keperluan watak-watak tambahan.
Kredit foto: Instagram Aedy Ashraf
6. Pelakon Aedy Ashraf, yang sebenarnya lahir dan membesar di Kelantan, meluahkan keterujaannya apabila diberi peluang menghidupkan watak anak jati Kelantan.
Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd
Aedy, yang sudah 23 tahun bergiat dalam dunia seni, mendedahkan bahawa ini kali pertama dia diberi peranan yang memerlukannya bertutur dalam dialek Kelantan, sesuatu yang akhirnya terlaksana dalam filem ini.
Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd
7. Penggambaran telahpun diselesaikan pada 25 Julai 2024 lalu, sebelum memasuki fasa suntingan dan dipersembahkan di layar perak.
Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd
8. Menambah keterujaan peminat, koleksi barangan rasmi Kahar: Kapla High Council seperti hoodie, beg tote dan pin enamel turut dipasarkan di Gempak Official Store melalui platform Shopee, yang mana sesuai untuk peminat yang ingin mengumpul cenderahati istimewa sebagai tanda kenangan.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
9. Lebih daripada sekadar sebuah filem, Astro Shaw turut memperkenalkan dunia sinematik ‘Project Universe’ – sebuah alam yang menghimpunkan karya-karya genre coming-of-age, yang menyelami konflik, cabaran dan isu-isu sosial yang mengisi kehidupan remaja masa kini. Projek ini merangkumi siri-siri popular seperti Project: Anchor SPM, Project: High Council, Project: Exit dan yang terbaru, Kahar: Kapla High Council yang dijangka membawa fenomena baru di pawagam.
Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd
10. Sebelum menemui penonton, Kahar: Kapla High Council bakal ditayangkan terlebih dahulu dalam episod khas berdurasi 30 minit yang boleh diakses di On Demand, Astro Go dan saluran khas Kahar: Kapla High Council, bermula 11 November.
Episod istimewa ini membawa penonton menelusuri kisah di sebalik tabir dari sesi uji bakat, bagi membuka ruang kepada peminat menyaksikan perjalanan para pelakon sehingga mereka beraksi di layar perak.
Sinopsis Kahar: Kapla High Council
Berlatar tahun 2005, filem Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan gemar menyendiri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Dibebani harapan besar bapanya, Dato’ Abu Yamin, hidup Kahar terasa penuh tekanan dan terkekang.
Namun, satu kejadian tak terduga mendorong Kahar untuk mencalonkan diri dalam ‘Pilihanraya’ — pertembungan sengit antara calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bagi merebut gelaran 'Kapla', ketua kepada High Council, iaitu “pemerintah” tidak rasmi seluruh pelajar.
Dalam keghairahan mengubah dirinya, Kahar sedikit demi sedikit melalui transformasi besar. Niat mulia yang dimulakannya beransur-ansur berubah, membawanya ke jalan gelap yang penuh penindasan. Pencapaian baharunya ini lantas mengundang ancaman dari musuh di setiap penjuru.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project: Exit (Astro Originals)
Baca: Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis (2024) Arahan Syafiq Yusof, Kini Di Astro First
Baca: 8 Filem Melayu Terbaru (2024) Mesti Tonton!
Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek High Council (Astro Go, Astro Ria)
Syarikat produksi / penerbitan: Pasal Productions, Alpha 47 Films
Diedarkan oleh: Astro Shaw
Tarikh tayangan: 28 November 2024 (Malaysia)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: 18 (Untuk penonton yang berumur 18 tahun ke atas sahaja)