Kredit foto: Instagram Netflix Malaysia
Netflix memperkayakan katalog mereka dengan judul 'How To Make Millions Before Grandma Dies', pilihan terkini yang dihidangkan buat para penonton penstriman.
Gandingan Putthipong Assaratanakul bersama Usha Seamkhum memberikan sentuhan kepada watak utama filem ini.
Ia mengisahkan tentang M, seorang penggemar permainan video yang berusaha menjaga neneknya yang tidak sihat dengan harapan mewarisi kekayaan keluarga, namun dia akhirnya memahami bahawa nilai sebenar terletak pada kasih sayang dan hubungan, bukan pada harta.
Sinopsis
Filem ini diilhamkan daripada kisah benar keluarga pengarahnya, mencerminkan fenomena sosial dalam kalangan masyarakat Thai masa kini.
'How to Make Millions Before Grandma Dies' mengisahkan tentang M, seorang kaki game yang menganggur, yang mahu menjaga neneknya, Amah. Amah tinggal di sebuah rumah kedai usang di Thailand dan walaupun usianya sudah mencecah 79 tahun, dia masih tabah menjalani kehidupan meskipun disahkan menghidap kanser kolon tahap akhir. Doktor meramalkan Amah hanya ada setahun lagi untuk hidup.
Anak-anak Amah sering mengelak daripada tanggungjawab dan meninggalkannya sendirian menjual bubur di tepi jalan sebagai punca rezeki. Di tengah kekecewaan itu, Amah bertuah memiliki M, cucu yang setia bersamanya. Namun, di sebalik keikhlasan M, terselit niat tersembunyi; dia mengidamkan harta pusaka Amah. Dengan latar belakang pendidikan kolej yang terhenti separuh jalan dan cita-cita mahu menjadi streamer terkenal, M mahu merebut hati Amah agar harta jatuh ke tangannya, yang dipengaruhi oleh sepupunya, Mui.
M nekad menjadikan dirinya pewaris utama, bersaing dengan keluarganya sendiri. Namun, semakin lama bersama Amah, M mula merasai kasih sayang sejati terhadap neneknya. Pertemuan mereka berubah menjadi lebih daripada sekadar harta; ia mengajar M bahawa nilai hidup sebenar terletak pada hubungan dan kenangan bersama insan tersayang, bukan pada kekayaan.
Baca: Info Dan Sinopsis The Frog - Netflix Kdrama 2024
Baca: 10 Filem Seram Thailand 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Drama Thailand (Thai Drama) Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Pelakon / Cast
Menampilkan Putthipong Assaratanakul bersama Usha Seamkhum, filem ini membawa mereka sebagai watak utama yang menggerakkan jalan ceritanya.
Sokongan kepada watak utama diserikan oleh barisan watak tambahan yang dilakonkan oleh Sanya Kunakorn, Sarinrat Thomas, Pongsatorn Jongwilas, Tontawan Tantivejakul, Himawari Tajiri, Duangporn Oapirat, Wattana Subpakit, Phichai Prommate, Sumalee Suteeratham dan Buppa Suttisanon, memberikan lebih dimensi kepada cerita ini.
Watak Pelakon
Putthipong Assaratanakul (Billkin) sebagai M
Usha Seamkhum (Taew) sebagai Mengju (Amah)
Sanya Kunakorn (Duu) sebagai Kiang
Sarinrat Thomas (Jear) sebagai Chew
Pongsatorn Jongwilas (Phuak) sebagai Soei
Tontawan Tantivejakul (Tu) sebagai Mui
Himawari Tajiri sebagai Rainbow
Duangporn Oapirat sebagai Pinn
Wattana Subpakit sebagai Abang Amah
Phichai Prommate sebagai Agong
Sumalee Suteeratham sebagai Kakak Agong
Buppa Suttisanon sebagai Ngek
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Pat Boonnitipat yang mengemudi pengarahan filem ini turut menyumbang dalam penulisan bersama Thodsapon Thiptinnakorn, yang seterusnya direalisasikan oleh produksi GDH 559.
Tarikh Tayangan
Filem ini telah melakar tayangannya di layar perak, bermula di Thailand pada 4 April 2024, kemudian ke Indonesia pada 15 Mei, Malaysia dan Singapura pada 30 Mei, Hong Kong dan Macau pada 13 Jun dan akhirnya di Taiwan pada 21 Jun 2024.
Netflix menjadi destinasi seterusnya buat filem ini, yang boleh distrim secara dalam talian bermula 12 September 2024.
Kutipan
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak GSC Cinema, filem ini secara rasmi mengambil alih kedudukan sebagai filem Thai paling laris di Malaysia, mengatasi rekod yang pernah dipegang oleh ‘Bad Genius’ pada tahun 2017.
Pada 24 Jun 2024, GSC turut mengemaskini bahawa filem ini setakat itu berjaya mencatat kutipan hampir RM17 juta.
Kejayaan ini bukan sahaja dilihat dari segi kutipan, malah filem ini turut mendapat sambutan hangat di media sosial, dengan ramai pengguna memberikan review yang sangat positif.
Judul: How To Make Millions Before Grandma Dies
Genre: Drama
Bahasa: Thai
Durasi: 2 jam 5 minit
Klasifikasi: P12 (Tayangan ini sesuai untuk semua lapisan usia, namun bagi mereka yang berumur di bawah 12 tahun, kehadiran dan bimbingan ibu bapa adalah diperlukan)
Platform Online: Netflix
Kredit video: Film How to Make Millions Before Grandma Dies | Full Official Movie Trailer | English Sub | Netflix