Kredit foto: Instagram Erysha Emyra , Instagram Shaza Bae
Drama Aku Bukan Ustazah yang disiarkan di slot Akasia TV3 telah mencetuskan fenomena dan mendapat sambutan yang sangat hangat daripada penonton.
Kredit foto: Instagram Erysha Emyra
10 fakta menarik yang mungkin tidak diketahui oleh ramai mengenai siri yang sedang panas diperkatakan ini, adalah seperti berikut:-
Kredit foto: Instagram Erysha Emyra
1. 'Aku Bukan Ustazah' merupakan sebuah naskhah yang mengangkat nilai-nilai kekeluargaan dan menyampaikan konsep Islamik yang memberikan banyak pengajaran serta iktibar kepada penonton.
Kredit foto: Instagram Zahiril Adzim
2. Pengarah Idora Abdul Rahman akui cabaran dalam menyampaikan naskhah ini agar diterima oleh masyarakat kerana isu sensitifnya. Bagi memastikan penceritaan tidak melanggar garis agama, produksi telah mendapat pandangan daripada golongan agamawan.
Kredit foto: Instagram Erysha Emyra
3. Pelakon-pelakon baru dan sedikit kurang dikenali di kaca TV memainkan peranan utama seperti Erysha Emyra, MK K Clique, Shaza Bae, Qistina Khaled, Ahmad Syafiq, Haneesya Hanee, Syad Mutalib dan Danial Dashuki.
Namun, drama ini turut diserikan dengan kehadiran pelakon-pelakon senior yang sinonim dengan dunia drama Melayu seperti Zahiril Adzim, Azhar Sulaiman, Fikhree Bakar, Husna Mustaffa, Razak Ahmad, Fadilah Mansor dan Mas Anizan.
Aku Bukan Ustazah merupakan sebuah adaptasi novel karya penulis Lyna Masud. Kredit foto: Instagram Zahiril Adzim
4. Kerana wataknya dalam drama ini, Erysha menerima kecaman kerana tidak memakai tudung labuh dan berniqab, disifatkan ramai kurang sesuai dengan norma agama. Namun, dia jelaskan drama itu menyampaikan realiti seseorang yang berusaha kekal istiqamah ketika berhadapan ujian.
Kredit foto: Instagram Zahiril Adzim
5. Selain daripada 'Aku Bukan Ustazah', Erysha juga menjadi tumpuan kerana penampilannya dalam drama yang disiarkan pada masa yang sama, iaitu 'Cinta Untuk Sekali Lagi' di Astro, beraksi sebagai Anne Dahlia bersama aktor Meerqeen.
Kredit foto: Instagram Erysha Emyra
6. Watak 'Doktor Omar' yang dimainkan oleh Zahiril Adzim menyebabkan penonton setia drama ini kebanyakannya membenci beliau. Watak tersebut ialah suami kepada Aminah yang sering bertindak kasar dan berkahwin lain sebulan selepas perkahwinan mereka kerana cintanya tidak berbalas.
Kredit foto: Instagram Erysha Emyra
7. Haneesya Hanee menerusi TikTok menyatakan bahawa dia hampir menolak tawaran peranannya sebelum ini disebabkan adegan di kelab malam yang mungkin membangkitkan ingatan netizen tentang gosip masa lampaunya. Namun, dia gembira dengan reaksi positif penonton selepas menyaksikan drama tersebut.
Kredit foto: Instagram Haneesya Hanee
8. MK mendedahkan bahawa pengakhiran bagi setiap watak akan berlaku dengan cara yang tidak diduga oleh penonton!
Kredit foto: Instagram Shaza Bae
9. Siri ini juga menarik minat pelbagai kaum, termasuk bangsa India, terbukti dengan sebuah video tular di TikTok yang menunjukkan sebuah keluarga India menikmatinya di hadapan televisyen.
Kredit foto: Instagram Erysha Emyra
10. Akses awal untuk menonton 'Aku Bukan Ustazah' diberikan kepada penonton di platform Tonton, yang mana mereka boleh menyaksikan episod baharu 24 jam lebih awal daripada di TV.
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!
Baca: Biodata Syad Mutalib, Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (TV3)
Baca: 10 Fakta Mengenai MK K-Clique Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Pelakon Erysha Emyra!
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (Slot Akasia TV3)
Kredit video: [HIGHLIGHT] Aku Bukan Ustazah (2024) | Episode 1 - Aminah Terjumpa Siapa Tu? | Tonton
Tajuk cerita? Aku Bukan Ustazah
Berapa episod? 28 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat
Bila tayang? Pukul 7 petang
Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton
Sumber:
2. [DI SEBALIK TABIR] Aku Bukan Ustazah (2024) | Tonton Malaysia