Kredit foto: Instagram Syad Mutalib
Syad Mutalib, seorang pelakon baru yang serba boleh dan berbakat, kini menjadi wajah yang sering muncul di kaca televisyen. Pada bulan Mei ini, dia membintangi dua drama yang ditayangkan serentak, iaitu 'Aku Bukan Ustazah' dan 'Bunga Salju'.
Daripada seorang graduan Kejuruteraan Mekanikal yang menghadapi kesukaran mencari pekerjaan, Syad berjaya menukar haluan kerjayanya ke dunia peragaan dan hiburan, sekaligus mencipta nama sebagai model, pengacara dan pelakon.
Biodata
Nama penuh: Syadiyatul Qistina binti Abdul Mutalib
Nama komersial: Syad Mutalib
Umur: 27 tahun (2024)
Tempat lahir / Asal: Shah Alam, Selangor
Pendidikan: Kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang
Pekerjaan: Pelakon, Model, Pengacara, Personaliti Media Sosial
Instagram (IG): @syadmutalib
Tiktok: @syadmutalibb
Latar Belakang
1. Syad merupakan anak kepada Abdul Mutalib bin Ali (bapa) dan Bibi Aisah binti Jamada Ali (ibu).
2. Dia memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang.
3. Selepas tamat pengajian, dia berdepan kesukaran mencari pekerjaan dalam bidang tersebut, terutamanya disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Kerana masalah ini, Syad memutuskan untuk menceburi bidang peragaan, pengacaraan dan lakonan.
4. Pada mulanya dia bekerja dalam pemasaran dan media sosial, di mana minatnya terhadap penciptaan kandungan digital mula berkembang. Ini membawa Syad kepada dunia peragaan secara separuh masa, dan akhirnya sepenuh masa apabila pendapatannya semakin lumayan.
5. Dia berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Adil Fahmi pada 27 April 2024.
Fakta Menarik
1. Syad menjadi model untuk beberapa jenama tempatan terkenal seperti Al Humaira dan Ariani RTW.
2. Dia turut berlakon dalam beberapa drama seperti Aku Bukan Ustazah, Bunga Salju, I Love You Stupid (ILYS) dan Hijrah Jannah. Selain itu bergelar pengacara rancangan Makan Viral di saluran TV9 dan membintangi video muzik lagu Bisik nyanyian Irfan Haris.
3. Pada masa lapangnya, Syad gemar bertinju, yang dilakukannya dua kali seminggu. Aktiviti ini membantunya mengekalkan berat badan dan memberikan kepuasan diri.
4. Ketika menuntut dalam bidang kejuruteraan, dia berdepan dengan pandangan masyarakat yang skeptikal terhadap wanita dalam bidang ini. Ramai yang menganggap kejuruteraan lebih sesuai untuk lelaki dan semasa latihan industri, dia berasa direndahkan kerana jantinanya.
5. Kini, kembali ke bidang kejuruteraan bukanlah satu pilihan kerana dia sudah selesa dengan kerjaya barunya.
Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (TV3) Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: 10 Fakta Mengenai MK K-Clique Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Erysha Emyra, Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (TV3)
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (Slot Akasia TV3)
Foto
Keluarga Syad
Kredit foto: Instagram Syad Mutalib
*Drama adaptasi novel karya Lyna Masud, "Aku Bukan Ustazah" ditayangkan di slot Akasia TV3 dan aplikasi Tonton, serta turut dibintangi oleh Erysha Emyra, MK K-Clique, Shaza Bae, Fikhree Bakar, Qistina Khaled, Husna Mustaffa, Ahmad Syafiq dan Haneesya Hanee.
Manakala dalam siri Bunga Salju yang disiarkan di slot Tiara saluran Astro Ria, Astro Go dan Sooka, pelakon Hisyam Hamid, Amyra Rosli, Hariz Hamdan dan Arabella Ellen antara yang diketengahkan.
Kredit video: [HIGHLIGHT] Aku Bukan Ustazah (2024) | Episode 1 - Aminah Terjumpa Siapa Tu? | Tonton | Drama Sangat | TV3 Malaysia
Sumber:
1. Syad kuat berangan, mahu jadi pelakon profesional