Kredit foto: Instagram Suhan Movies , Instagram Nur Fazura , Instagram Sofia Dendroff , Instagram Rafique Iskandar
TV3 kekal menjadi pilihan utama peminat drama dengan siri-siri menarik dalam bahasa Melayu. Dari kisah-kisah yang menyentuh hati hingga plot yang mendebarkan, penonton terus dihiburkan dengan karya-karya hasil produksi tempatan.
Kredit foto: Instagram Rafique Iskandar
Siri-siri ini tidak hanya menjadi tumpuan di TV, malah juga menarik minat penonton secara dalam talian.
Berikut adalah antara 10 drama Melayu TV3 yang menjadi pilihan dan menggerakkan hati peminat pada tahun 2024.
Nuh Dan Nayla (Slot Akasia TV3)
Kredit foto: Instagram Suhan Movies
Drama ini berkisarkan tentang Nuh dan Nayla yang diuji dengan takdir yang menyatukan mereka dalam sebuah perkahwinan rahsia. Selepas berpisah dua tahun, pasangan ini bertemu semula di rumah Tuan Ibrahim, tempat Nayla bekerja sebagai tukang masak. Meskipun Nayla menolak perasaannya pada Nuh, dia kemudian menghalang pernikahan Nuh dengan Fatimah. Rahsia yang disembunyikan oleh Nayla perlahan-lahan terbongkar.
*Akan datang di TV3.
Lelaki Itu (Slot Samarinda TV3)
Kredit foto: Instagram Nur Fazura
Kisah ini menyoroti Syed Mirza dan Sharifah Qaidah, pasangan suami isteri dengan tiga anak perempuan. Sharifah Qaidah, wanita kaya dan berpengaruh, mendominasi rumah tangga, menyebabkan Syed Mirza berasa terkongkong. Ketidakmampuan Syed Mirza untuk menjadi ketua keluarga mendorongnya bertindak di luar jangkaan. Ketegangan memuncak apabila Sharifah Qaidah menghadapi kesulitan menuntut harta sepencarian selepas kematian suaminya.
Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Lelaki Itu (TV3 & Tonton) Yang Ramai Tak Tahu!
Syurga Yang Tersia
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Arman diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi yang melanda syarikatnya. Dia berusaha keras mencari pekerjaan baru, namun tidak berjaya. Keadaan ini menyebabkan isterinya, Zahira, yang seorang wanita berkerjaya, terpaksa menanggung beban kewangan keluarga. Tekanan kewangan yang dialami Zahira mengubah sikapnya, mengakibatkan dia mula membentak dan mendera Arman secara fizikal dan emosi.
*Sebuah drama dalam format telefilem.
Racun Rihanna (Slot Samarinda TV3)
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Mengisahkan tiga sahabat dari zaman universiti, Marya, Fateni dan Ayumi yang menjadikan Rihanna sebagai adik angkat. Suatu malam, gurauan mereka berkaitan dadah menyebabkan Rihanna diragut maruahnya beramai-ramai, sekaligus memusnahkan hidupnya. Bertahun kemudian, Rihanna kembali dengan misi menebarkan racun dendam atas tragedi silam, membongkar satu-persatu rahsia tiga sahabatnya.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna
Khilaf Yang Tertulis (Slot Samarinda TV3)
Kredit foto: Instagram Rafique Iskandar
Khilaf yang Tertulis mengisahkan tentang Misha, seorang ibu dan isteri yang penyayang, namun menjadi lalai kerana terlalu asyik dengan media sosial hingga membuat kesilapan besar. Akibatnya, anak-anaknya terpaksa menanggung akibat daripada kesalahannya. Drama ini juga menyentuh tentang seorang lelaki penyondol yang menjadi punca permasalahan dalam sebuah keluarga.
*Akan datang di TV3.
My Lovely Driver (Slot Akasia TV3)
Kredit foto: Instagram Mawar Adriana
Adli masih trauma memandu selepas kemalangan lima tahun lalu dan menggunakan perkhidmatan e-hailing. Sam, seorang usahawan atas talian yang menanggung hutang arwah bapanya, mencari kerja tambahan sebagai pemandu e-hailing dengan sokongan Jojo. Pertemuan mereka menyebabkan Adli mengupah Sam sebagai pemandu peribadi, membolehkan Sam mempelajari dunia perniagaan daripada Adli. Hubungan mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod My Lovely Driver
Iskandar Chempaka (Slot Lestary TV3)
Kredit foto: Instagram Harissa Adlynn Halim
Iskandar, jaguh olahraga dan pujaan ramai, bercinta dengan jirannya, Chempaka, sejak di bangku sekolah. Walaupun Chempaka mengalami 'inferiority complex', mereka akhirnya berkahwin. Namun, Chempaka terkejut apabila mendapati Iskandar seorang 'anak emak'. Kehidupan mereka dikongkong oleh ibu Iskandar, Naema, yang bersaing dengan Chempaka dan menghalang perpindahan mereka. Iskandar pula kehilangan pekerjaan dan bersikap acuh tak acuh terhadap tanggungjawab, menyebabkan Chempaka menanggung nafkah rumah dan berdepan keluarga mentua yang mengambil kesempatan.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Iskandar Chempaka
Puaka Cuti Semester (Slot Lestary TV3)
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Sekumpulan pelajar daripada pelbagai latar belakang, Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina, tinggal di kolej kediaman lama semasa cuti semester kerana kekangan kewangan, rasa malu dan motivasi akademik. Mereka kemudian diganggu pelbagai makhluk halus seperti hantu askar Jepun, pontianak dan toyol, setelah Fahmi membuka sebiji botol puaka. Gangguan ini menimbulkan kekecohan namun mengeratkan persahabatan mereka.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester
Lelaki Melayu Terakhir (Slot Akasia TV3)
Kredit foto: Instagram Fattah Amin
*Akan datang.. Sinopsis akan dikemaskini.
My Stolen First Love (Slot Lestary TV3)
Kredit foto: Instagram Sofia Dendroff
*Akan datang.. Sinopsis akan dikemaskini.
Anda turut berpeluang untuk menikmati drama-drama ini di Tonton, platform penstriman video tempatan yang diusahakan oleh Media Prima.
Untuk lebih senarai drama menarik TV3 pada tahun 2024, baca artikel: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 'Best', Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Drama Melayu Terkini 'Best', Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Drama Melayu Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!
Untuk lebih senarai drama Melayu TV3 terbitan tahun 2023 dan 2024, baca artikel: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 'Best' Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!
Jadual tayangan slot popular
Slot Akasia TV3 - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang
Slot Lestary TV3 - setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9 malam
Slot Samarinda TV3 - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam