Kredit foto: Instagram Yuna
Penyanyi Yuna Zarai menerusi kiriman terbaru Instagramnya berkongsi detik-detik awal pertemuan bersama tunangnya, Adam Sinclair.
Luahan Yuna itu bersempena dengan ulangtahun kelahiran Adam yang ke-32 iaitu pada 10 Ogos lalu.
Menurut Yuna, keinginannya untuk mengenali Adam ketika itu membuak-buak, namun dirinya dihimpit rasa malu.
Bagaimanapun segalanya menjadi begitu mudah selepas seorang ahli produksi menyeru nama Adam.
Ini luahan penuhnya.
Kredit foto: Instagram Yuna
Malam ini adalah hari lahir seseorang! Selamat hari lahir! Setiap hari awak membuatkan saya kagum dengan kebijaksanaan dan sifat humor awak. Mengimbau kembali hari pertemuan pertama kita, saya teringin nak kenal siapa awak ketika itu tapi terlalu malu untuk memulakan langkah dan akhirnya seorang lelaki daripada pihak produksi memanggil, "Oi Adam! Cepatlah!!" Dan keseluruhan selepas itu menjadi begitu mudah (untuk mendekati awak) dengan cara saya. Saya juga terjumpa foto ini di internet - daripada malam pertemuan pertama kita itu. #detektifyuna #10ogos