Kredit foto: pinterest.com
Penyanyi Yuna memecah tradisi apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama dimuatkan dalam majalah antarabangsa, Vogue Arabia edisi Julai/ Ogos.
Berita tersebut dikongsikan Yuna menerusi akaun Instagramnya.
Menurut Yuna, dia tetap berbangga meskipun tidak terpilih sebagai penghias muka depan.
Yuna berada dalam ruangan ‘Hijabi Crush’ dan memperagakan busana berwarna kelabu hasil rekaan pereka fesyen tempatan, Hatta Dolmat.
Kredit foto: Instagram Yuna Zarai
Saya rasa saya perlu mengulangi sekali lagi yang ini bukanlah muka hadapan majalah Vogue Arabia, tetapi ini adalah muka hadapan untuk Lens section dalam majalah tersebut! Saya beritahu ini awal-awal sebelum semua orang jadi terlalu seronok, dapat maklumat yang salah dan mengeluarkan berita yang tidak betul. Saya terlalu gembira! Saya berada dalam isu Julai/Ogos untuk majalah Vogue Arabia bersama @jourdandunn di muka hadapan dan serba sedikit tentang saya di bahagian dalam bersama fotografi oleh @visionsthroughmyretina, pakaian daripada @hattadolmatofficial! Terima kasih @voguearabia ini sangat hebat. Ayuh jadikan saya sebagai penghias muka depan pada masa akan datang, anda tahu saya sentiasa berada di sini untuk anda. Kembali ke LA sekarang, masa untuk meraikannya dengan Iced Latte! Berkongsi rahmat ini dengan anda semua.
Sekalung tahniah kami ucapkan kepada Yuna dan semoga terus sukses.