Oleh pada 28 Apr 2017 kategori

Muzik merupakan salah satu cabang seni yang sangat luas yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dan persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Bagi masyarakat terdahulu, muzik dijadikan sebagai platform untuk menyampaikan nasihat dan sindiran kepada masyarakat agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dan permasalahan awam. Contohnya seperti lagu-lagu dari Allahyarham Tan Sri S.M. Salim, perhatikan bait-bait liriknya penuh dengan sindiran dan nasihat kepada masyarakat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penghibur Jalanan pula merupakan penggiat seni di bahu-bahu jalan yang tidak mengenakan sebarang bayaran sebagai upah akan tetapi hanya memerlukan sumbangan ikhlas dari penonton atau pendengar yang sudi hadir. Sumbangan atau wang yang diberi itu akan dijadikan sebagai imbuhan atas persembahan yang dipertontonkan, ianya juga merupakan cara orang ramai menghargai dan memberi semangat kepada sang penghibur agar terus berkarya dan tidak serik untuk menghiburkan umum yang lalu lalang.

Latar belakang Young Buskers AOR

Kumpulan Young Buskers AOR merupakan kumpulan yang terdiri daripada 5 orang adik beradik kandung dan dibimbing oleh tenaga pengajar peribadi dan diurus sepenuhnya oleh ibu mereka sendiri, Puan Maznah Ahmad,selaku Pengurus. Kumpulan ini ditubuhkan pada 20 November 2013. Mereka menetap di Alor Setar, Kedah. Selain bergerak di jalanan, mereka juga menerima sebarang jemputan dan persembahan. Mereka mengenakan bayaran mengikut tempat serta masa majlis. Mereka juga merupakan sebuah kumpulan penghibur jalanan yang berdaftar di bawah “Malaysian Buskers Club (MYBC)” yang diketuai oleh En Wady Bin Hamdan.

young buskers

Untuk pengetahuan anda maksud disebalik nama “Young Buskers AOR” ialah “Penghibur Jalanan Muda Alor Setar”. Antara tujuan penubuhan kumpulan ini adalah untuk :

  • Mencari wang sampingan harian.
  • Berkongsi serta meyerlahkan bakat.
  • Berminat dalam bidang seni muzik dan persembahan.
  • Mengisi masa lapang.
  • Mengeratkan lagi tali silaturrahim antara adik-beradik,keluarga dan masyarakat sekeliling .
  • Meningkatkan lagi tahap disiplin,kerjasama serta tanggungjawab apabila berada di dalam kumpulan.                                                 

Young Buskers AOR mempunyai misi mereka yang tersendiri iaitu untuk memupuk semangat kerjasama, bertanggungjawab serta menjadi insan yang cemerlang.

young buskers membuat persembahan di taman rekreasi

Jika anda berada di sekitar Alor Setar dan ingin melihat persembahan yang menarik dari Young Buskers AOr anda boleh datang ke

Tempat : Food Court Tesco Mergong, Alor Setar

Hari : Jumaat dan Sabtu

Jam : 5pm – 7pm (SET 1) 830pm – 1030pm (SET 2)

Tempat : Uptown Orang Muda, Menara Alor Setar

Hari : Setiap hujung minggu dan Cuti Am

Jam : 9pm – 12am

Tempat : Menara Alor Setar

Hari : Setiap hujung minggu dan Cuti Am.

Jam : 8pm – 12pm

 

pemuzik jalanan

Jika anda berminat untuk menempah mereka untuk memeriahkan majlis anda, sila kunjungi laman facebook mereka iaitu Young Buskers. Kalau anda tidak dapat melihat persembahan mereka secara live, jangan risau tim iluminasi akan upload sebuah video persembahan dari mereka. Semoga terhibur.




Hakcipta iluminasi.com (2017)