Sebuah keluarga yang inginkan kehidupan yang lebih baik telah dilanda derita yang lebih dasyat apabila langkah yang diambil telah memakan diri sendiri.
Keluarga dari Indonesia itu telah berhijrah dari tanah air mereka ke Syria selepas seorang daripada mereka yang memujuk ahli keluarga yang lain untuk mengikuti rancangannya. Nurshardrina Khairadhania, atau Nur, telah terpedaya dengan janji palsu yang dibuat oleh ISIS kepadanya.
BESARKAN TEKS A- A+
Nur yang terbaca mengenai peluang hidup lebih baik ini melalui online yang dimuat naik oleh IS, kemudiannya meyakinkan ahli keluarganya, termasuklah ibu bapanya, adik perempuan, ibu dan bapa saudara serta sepupunya untuk berpindah ke Syria dan menyertai kumpulan ISIS. Sebagai ganjaran, mereka akan mendapat pendidikan percuma, penjagaan kesihatan bagi wanita, mampu membayar hutang bapa dan bapa saudaranya.
Dan sebagai bonus, mereka akan mendapat peluang untuk hidup dalam apa yang digambarkan sebuah masyarakat Islam yang ideal.
Menurut Nur, Islamic States adalah tempat yang sesuai dan sempurnya untuknya meneruskan impian mempelajari Islam dan menjadi seorang pengamal perubatan. Bagi merealisasikan impian mereka, keluarga ini telah menjual segala harta benda mereka termasuklah rumah, kereta serta barang kemas dan berjaya mendapat pulangan RM162,640 bagi menampung perjalanan mereka dari Jakarta ke Turki dan kemudiannya ke Syria.
Namun, harapan mereka itu tak bertahan lama dan hancur berkecai apabila kesemua janji-janji tersebut tidak ditunaikan. Apa yang lebih buruk adalah wanita yang bujang akan menjadi calon isteri kepada pejuang IS manakala lelaki yang sihat akan dijadikan barisan hadapat tentera IS.
Selepas tiba di Islamic States pada 2015, golongan lelaki diarahkan mengambil kelas agama, namun berakhir dengan dipenjara akibat mereka enggan menyertai latihan dan perkhidmatan tentera. Selepas dibebaskan, mereka hidup dalam persembunyian bagi mengelakkan direkrut secara paksa mahupun dipenjara semula.
Bagi wanita pula, mereka dihantar ke asrama wanita. Nama-nama mereka, termasuk Nur, kakaknya serta sepupunya yang merupakan seorang janda, disenaraikan sebagai pasangan untuk dikahwinkan dengan tentera IS.
Selepas beberapa bulan menderita akibat keputusan yang salah, mereka cuba untuk melarikan diri. Namun, ketika cubaan mereka ini, keluarga mereka terpisah yang mana telah mengorbankan neneknya dan nyawa bapa saudaranya melayang akibat serangan udara.
Menurut Nur, ISIS bukanlah seperti Islam yang diketahuinya. "IS hanya mahukan 3 perkara: Wanita, kuasa dan wang," kata Nur dan sepupunya, Rachmani. "Mereka bertindak seperti tuhan, mereka buat undang-undang sendiri. Apa yang mereka lakukan adalah sangat jauh daripada Islam," tambah Nur.
Kini Nur tinggal di dalam khemah yang tersangat panas di sebuah kem untuk pelarian, Ain Issa, bersama ibunya, dua saudara perempuan, 2 sepupu perempuan dan 3 daripada anak-anak lelaki mereka. Kem itu dikendalikan oleh tentera Kurdish yang cuba untuk mengusir IS keluar dari Raqqa. Bapa dan sepupu lelaki Nur berada di pusat tahanan di utara Raqqa dan disoalsiasat oleh tentera Kurdish berkenaan kaitan dengan IS.
Mereka kini berharap agar keluarga mereka bersatu semula dan pulang ke tanah air, Jakarta, Indonesia. Keluarga Nur adalah satu daripada beribu-ribu keluarga dari Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, dan juga Timur Tengah yang ingin mengejar impian hidup dalam masyarakat Islam yang diberitakan oleh propaganda IS dalam video, blog online dan media sosial yang lain.
Sumber : Seeking a dream, Indonesian family finds nightmare in Raqqa