Kredit foto: Instagram Ain Edruce
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, laman sosial Instagram (IG) menjadi ruang untuk kewujudan lebih banyak 'cabaran' baharu.
Antara yang menjadi 'trend' termasuk cabaran TikTok, #dontrushchallenge dan yang terkini, foto 'throwback' lama.
Rata-rata selebriti nampaknya bersikap 'sporting' dengan menyahut cabaran mempamerkan semula wajah 'throwback' mereka.
Antaranya termasuk pelakon Zizan Razak, Uyaina Arshad, Nabila Huda, Mark Adam dan Ain Edruce.
Foto-foto lama itu dikongsi menerusi posting terbaru di akaun Instagram masing-masing.
Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis juga agak lucu, lantas mencuri perhatian warganet yang turut sama mengusik selebriti kesayangan ramai ini.
Sehingga kini kiriman-kiriman berkenaan telah meraih lebih puluhan ribu hingga ratusan ribu tanda suka daripada para pengikut.
Iluminasi kongsikan lima selebriti yang dimaksudkan.
Mark Adam
Kredit foto: Instagram Mark Adam
"Tebal nya bibir!!! #untiltomorrow" - Mark Adam
Zizan Razak
Kredit foto: Instagram Zizan Razak
"Gambar sekolah challenge kata @uyainaarshad . Kalau tengok pada gambar kiri tu mcm sangkut je kalau urine tu, tapi hati baik. Gambar kanan tu MashAllah Imam masjid negara. #gambarsekolahchallenge #zizanrazak" - Zizan Razak
Ain Edruce
Kredit foto: Instagram Ain Edruce
"#untiltomorrow Ape yang berubah? HAHAHAH" - Ain Edruce
Nabila Huda
Kredit foto: Instagram Nabila Huda
"Saya di usia 13 dan 36 tahun" - Nabila Huda
Uyaina Arshad
Kredit foto: Instagram Uyaina Arshad
"12 tahun ➡️ 28 tahun #UyainaArshad #GambarSekolahChallenge" - Uyaina Arshad
Sumber berita: Sporting! 5 Selebriti Kongsi Foto 'Throwback' Ketika PKP