Tahun Baru Lunar di negara-negara Asia Timur muncul pada awal tahun dan telah dirayakan dengan begitu meriah sekali.

Walaupun di negara yang menyambutnya termasuklah di Malaysia dilengkapi dengan letupan bungi api dan tarian naga, rakyat Korea Utara telah menemui alternatif yang mengejutkan dalam merayakannya.

Walaupun sebahagian besar negara serantau memperingati peristiwa itu dengan melakukan tradisi pertukaran hadiah, tradisi baru Korea Utara melibatkan dadah syabu atau methamphetamine telah mengejutkan ramai pihak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi sejarah negara ini dalam pengedaran dadah haram, penjagaan kesihatan yang kurang baik dan isu hak asasi manusia menunjukkan bahawa adat baru yang baru ini sebenarnya mungkin mempunyai asas yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan.

syabu

Menurut penulisan Sheena Chestnut Greiten dalam kajiannya pada tahun 2014 bertajuk "Illicit: North Korea’s Evolving Operations to Earn Hard Currency", pengeluaran dadah haram yang disokong oleh negara, terutamanya methamphetamine, nampaknya telah meningkat dengan ketara pada pertengahan 1990-an.

Ia merupakan satu trend yang boleh dikaitkan dengan gabungan kesan akhir Perang Dingin ke atas ekonomi Korea Utara, krisis pertanian yang mengakibatkan perarakan dahsyat dan peralihan kepimpinan yang susulan kematian Kim Il-sung pada tahun 1994.

Kajian ini menerangkan dengan terperinci bagaimana syabu sangat tertanam dalam budaya Korea Utara.

sekumpulan remaja di korea utara

Budaya dalam memberikan perangsang ini sebagai hadiah pada dasarnya hanya seperti menghisap rokok, dengan sesetengah rakyatnya menyuntik malah menyedut dadah ini menggunakan hidung.

Menurut Andrei Lankov, pakar Korea Utara di Universiti Kookmin, Seoul, syabu di Korea Utara dilihatkan sebagai dadah tenaga yang sangat berkuasa, seperti Red Bull bagi sesetengah negara.

Beliau juga berkata bahawa Korea Utara seolah-olah memandang rendah terhadap risiko kesihatan yang boleh disebabkan oleh dadah berbahaya ini.

Sejarah syabu di Korea Utara

poster kim il sung

Syabu pertama kali dibawa masuk ke negara ini semasa zaman kolonial Jepun pada awal tahun 1900-an dan kemudian menyaksikan kemunculan semula ketika tentera Korea Utara memberikan tentera mereka dadah ini selepas Perang Dunia II untuk membuatkan mereka sentiasa peka.

Tahun 1970-an melihatkan banyak diplomat Korea Utara ditangkap di luar negara kerana penyeludupan dadah.

Dalam usaha terdesak untuk memperkuat ekonomi dan mengekalkan kestabilan, kerajaan Korea Utara mula meningkatkan pengeluaran dadah ini pada tahun 1990-an dan biasanya dieksport ke China dan Jepun yang mana yakuza menjadi antara pelanggan utama. 

kim jong un 482

Kajian Sheena Chestnut Greiten juga menyatakan bahawa penghasilan syabu yang mana jelas dibiayai dan dikawal oleh kerajaan merosot dengan begitu teruk pada pertengahan tahun 2000, membuatkan kebanyakan pengeluar kehilangan pekerjaan.

Dengan sistem penjagaan kesihatan negara yang semakin tenat dan kerja buruh yang teruk menjadi sumber rezeki rakyat jelata, syabu dan candu menjadi rutin harian. 

Walaubagaimanapun, pemberian dadah ini sebagai hadiah Tahun Baru adalah fenomena yang baru sahaja berlaku. Menurut laporan, tradisi ini adalah sangat popular terutamanya dalam kalangan belia Korea Utara.

Syabu sebagai hadiah ulangtahun kelahiran

north korea ais syabu metamphetamine

Bukan itu sahaja, menurut Teodora Gyupchanova, penyelidik di Pusat Pangkalan Data untuk Hak Asasi Manusia Korea Utara di Seoul, syabu atau pingdu ini merupakan hadiah paling popular bagi perayaan yang lain termasuklah ulangtahun kelahiran dan juga graduasi.

Sementara itu, kerajaan Korea Utara menafikan tanggapan bahawa ia atau rakyatnya menghasilkan atau menggunakan dadah ini.

Kerajaan Korea Utara membuat satu dakwaan pada tahun 2013 mengatakan bahawa penggunaan, penyeludupan dan penghasilan dadah yang membuatkan manusia cacat akal tidak wujud di negara mereka.

Tetapi status haram dadah ini sebahagian besarnya tidak berkesan kerana pegawai kerajaan mengambil rasuah dan kerana negara ini secara tidak langsung mendapat manfaat daripadanya sehingga ke pimpinan tertinggi, menurut Justin Hastings, pakar Korea Utara dan saintis politik di Universiti Sydney.

syabu 2

Semakin lama, ia telah menghasilkan budaya di mana orang sanggup mengambil risiko untuk menghasilkan wang dan larangan negara secara rasmi tidak lagi memberikan apa-apa erti. 

Walaupun kerajaan Korea Utara telah secara rasminya menolak dakwaan bahawa ia akan melakukan apa sahaja untuk menjadikan rakyatnya menjadi "lumpuh mental," dan poster-poster propaganda anti-dadah di seluruh negara, namun pengarah eksekutif Jawatankuasa Hak Asasi Manusia di Korea Utara (pemikir Washington), Greg Scarlatoiu, menyeru semua orang untuk mempertimbangkan sumber dakwaan itu dan melihat pendirian kerajaan secara tidak langsung.

"Mereka secara dasarnya tidak berkata "Dadah membahayakan anda", tetapi mereka berkata "Dadah membahayakan negara," kata Greg Scarlatoiu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)