Pada awal abad ke-19, London adalah salah satu pelabuhan sungai paling sibuk di dunia dan jambatan batu berusia 600 tahun di atas sungai Thames sudah terlalu sesak untuk digunakan.

Walaupun lebar jambatan itu kira-kira 8 meter, hanya separuh daripadanya tersedia untuk lalu lintas. Jalan raya ini dikongsi oleh kereta lembu, gerabak, koc kereta api dan pejalan kaki yang datang dari kedua-dua arah. Pada waktu puncak, lintasan melalui jambatan ini boleh mengambil masa sehingga satu jam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adalah jelas bahawa lintasan lain diperlukan bagi mengatasi masalah kesesakan ini tetapi lintasan baru ini bukan untuk menjadi jambatan tetapi terowong di bawah Sungai Thames sendiri. Idea ini awalnya dianggap mustahil kerana tidak pernah dilakukan sebelum itu. 

Idea pembinaan terowong

marc brunel

Beberapa percubaan untuk membina terowong di bawah Sungai Thames telah dilakukan pada masa lalu. Pada tahun 1799, jurutera Ralph Dodd cuba membina terowong antara Gravesend dan Tilbury dan gagal.

Kemudian, pada tahun 1805, sekumpulan juruter dari Cornwall cuba menggali antara Rotherhithe dan Wapping, tetapi tanah liat disitu terlalu lembut terlalu banyak air dan jurutera perlombongan yang biasa bekerja dengan batu keras, tidak dapat menahan air daripada memasuki terowong.

Projek itu terbengkalai dan para jurutera terawal ini akhirnya mengisytiharkan bahawa terowong di bawah sungai tidak dapat dilaksanakan.

Tetapi Marc Brunel berpendapat sebaliknya. Beliau merupakan seorang jurutera Perancis yang cemerlang yang telah melarikan diri dari negaranya semasa revolusi Perancis dan mencipta nama untuk dirinya di Britain.

Brunel percaya bahawa terowong di bawah Thames adalah tidak mustahil untuk dibina. Beliaub sudah memikirkan proses pembinaannya sebelum itu apabila cuba memujuk Maharaja Alexander I dari Rusia untuk membina terowong di bawah sungai Neva di St Petersburg. Tetapi Maharaja menolak cadangannya dan sebaliknya membina jambatan.

Cabaran dan halangan pembinaan

tunneling shield

Brunel mengenal pasti masalah yang dihadapi jurutera dari Cornwall dan mencipta satu teknik baru dalam pembinaan terowong dimana teknik ini telah digunakan dalam satu bentuk atau yang lain dalam hampir setiap kerja terowong selama dua abad yang lalu. Teknik ini dikenali sebagai perisai terowong (tunneling shield)

Ia adalah struktur sementara yang ditekan pada muka terowong dan yang melindungi pekerja dan projek itu sendiri daripada bahan jatuh atau mendapan. Dikatakan bahawa Brunel telah mendapat ilham ini daripada kecekapan cacing "shipworm" menggali sekeping kayu terendam yang telah diambilnya semasa bekerja di limbungan kapal.

Perisai terowong Brunel terdiri daripada bingkai besi yang besar, segi empat tepat, dengan 36 ruang diagihkan kepada tiga peringkat. Setiap ruang terbuka ke belakang, tetapi ditutup di hadapan dengan papan boleh alih.

Setiap ruang terbuka ke belakang, tetapi ditutup di hadapan dengan papan boleh alih. Bahagian hadapan ditekan kuat pada muka terowong, dan pekerja akan mengeluarkan papan satu demi satu dan menggali di belakangnya ke kedalaman yang telah ditetapkan.

Kemudian papan akan ditolak ke dalam lubang dan diskrukan semula ke tempatnya sebelum yang seterusnya dikeluarkan. Seluruh proses diulang sehingga tanah di belakang semua papan digali. Kemudian keseluruhan rangka besi itu digerakkan dengan susah payah ke hadapan dan bahagian yang baru digali itu ditambat dengan batu bata dan mortar.

pembinaan terowong

Perisai terowong ini adalah satu konsep baru ketika itu tetapi progresnya begitu perlahan, berjalan hanya 8 hingga 12 kaki seminggu. Dan walaupun perisai berfungsi dengan baik dalam menghalang mendapan dan runtuhan tanah, ia tetap mempunyai masalah lain.

Air yang kotor dan sarat kumbahan dari Sungai Thames di atas menitis dari bumbung terowong dan meracuni ruang pengudaraan yang teruk. Ramai pelombong termasuk Brunel sendiri jatuh sakit akibat pelbagai jenis penyakit seperti cirit-birit, sakit kepala dan buta sementara.

Pam bekerja sepanjang masa untuk mengeluarkan air dari terowong dan apabila ia mengalami kegagalan, terowong itu akan banjir hingga kedalaman beberapa kaki. Pada tahun 1827, telah berlaku satu kemalangan yang menyebabkan kebocoran di terowong itu sehingga air memasukinya dengan begitu pantas.

Anak lelaki Brunel, Isambard Kingdom Brunel, terpaksa menyelam dari bot untuk membaiki lubang di dasar sungai, melemparkan beg berisi tanah liat untuk menyumbat lubang itu. Berikutan satu lagi pelanggaran besar dan kematian enam pekerja pada tahun 1828, Brunel kehabisan dana seterusnya menyebabkan projek pembinaan terowong ini sekali lagi diabaikan. 

Kemajuan teknologi kejuruteraan

terowong thames

Terowong Thames adalah kejayaan kejuruteraan awam tetapi mempunyai masalah daripada segi kewangan. Kos terowong ini lebih daripada setengah juta paun untuk dibina, jauh melebihi anggaran kos awalnya. Cadangan untuk membina pintu masuk untuk menempatkan kenderaan beroda juga gagal kerana kos.

Pada mulanya, ia hanya digunakan oleh pejalan kaki. Walau bagaimanapun, ia menjadi tarikan pelancong, menarik kira-kira dua juta orang setahun, masing-masing membayar satu sen untuk melaluinya. 

Pada tahun 1865, terowong ini dibeli oleh Syarikat Kereta Api London Timur dan ditukar untuk kegunaan kereta api. Ia kemudiannya menjadi sebahagian daripada laluan London Underground, dan digunakan sehingga 1962.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Smithsonian Magazine
  3. The Guardian
  4. Amusing Planet



Hakcipta iluminasi.com (2017)