Oleh pada 02 Sep 2017 kategori

Segitiga Bermuda mempunyai pelbagai kisah yang masih menjadi misteri sehingga kini. Tiada siapa mampu menjawab atau memberikan keterangan yang sahih mengenai lautan yang dikatakan mampu menyedut segala apa yang melalui ke dalam pusat lautan dan hilang secara mistik. 

Antara salah satu teori segitiga bermuda yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kita adalah kemunculan Dajjal adalah melalui Segitiga Bermuda. Teori ini bermula apabila terbitnya sebuah buku yang bertajuk "Dajjal Akan Muncul dari Segitiga Bermuda" penulisan Muhammad Isa Dawud yang menceritakan dan menjelaskan berkenaan perihal ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

dajjal 2

Namun, sejauh manakah kebenaran teori ini? Dan adakah ia ditulis menggunakan dalil-dalil yang benar-benar wujud, dan jika dalil-dalil itu wujud, adakah tepat kaedah pentafsirannya?

Kita sebagai umat Islam sememangnya mempercayai kewujudan dan bahawa Dajjal akan muncul satu hari nanti kerana ia telah dijelaskan dalam Al-Quran. Namun bila masanya dan di mana tempatnya, itu tidak dapat dipastikan dengan jelas kerana semua ini adalah perkara ghaib. 

Ramai yang mempercayai bulat-bulat teori ini kerana pemahaman yang tidak jelas mengenai peristiwa hari kiamat seperti mana yang dijelaskan di dalam hadis dan riwayat.

Dan ini adalah masalah akidah dan kita sebagai manusia tak mungkin layak untuk berhujah mengenai masalah ghaib, yang mana kita perlu kembali merujuk kepada Al-Quran dan hadis yakni wahyu daripada Allah.

Apa itu Segitiga Bermuda dan kaitan dengan jin?

segi tiga bermuda peta

Segitiga Bermuda atau nama jolokannya "Devil's Triangle" adalah sebuah kawasan lautan di Lautan Atlantik Utara dalam lingkungan 3 titik iaitu Florida, Puerto Rico dan Bermuda. Ia mempunyai keluasan antara 1.3 juta hingga 3.9 juta kilometer persegi. Sebanyak 26 kes kehilangan secara ghaib dilaporkan berlaku di sini bermula dari tahun 1800 melibatkan kapal laut dan pesawat.

Disebabkan ia tidak dapat dijelaskan oleh akal yang waras, ramai yang percaya ia merupakan kawasan yang ditadbir oleh kerajaan jin. Adakah benar jin berada di lautan? Ya, ia memang benar, seperti dalam sabda Rasulullah S.A.W :

إن إبليس يضع عرشه على الماء، ثم يبعث سراياه، فأدناهم منه منزلة أعظمهم فتنة، يجيء أحدهم فيقول: فعلت كذا وكذا، فيقول: ما صنعت شيئا، قال ثم يجيء أحدهم فيقول: ما تركته حتى فرقت بينه وبين امرأته، قال: فيدنيه منه ويقول: نعم أنت “

Sesungguhnya singgasana Iblis adalah di atas laut. Dia mengutuskan pasukannya. Syaitan yang paling tinggi kedudukannya adalah yang paling hebat godaannya. Di antara mereka ada yang melapor, ‘Saya telah melakukan godaan ini.’ Iblis kemudian berkata, ‘Kamu belum melakukan apa-apa.’ Datang yang pula syaita lain berkata, ‘Saya menggoda seseorang, sehingga ketika saya meninggalkannya, dia telah bepisah (talak) dengan isterinya.’ Kemudian iblis mengajaknya untuk duduk di dekatnya dan berkata, ‘Sebaik-baik syaitan adalah kamu.’” (HR. Muslim 2813).

iblis 182

Jelas bahawa syaitan itu tinggal di laut, namun tidak disebutkan dengan jelas di mana lautan tersebut, dan tidak boleh mendakwa sewenang-wenangnya serta memerlukan dalil yang lain. Dan jika tiada dalil yang menerangkan hal tersebut, sebaik-baiknya adalah dengan berdiam.

Dajjal Muncul dari Segitiga Bermuda?

dj

Syaitan dan Dajjal mempunyai satu misi yang sama iaitu untuk menggoda manusia ke jalan kehancuran, namun kaitan antara tujuan mereka tidak cukup kuat untuk membuktikan bahawa Dajjal akan keluar melalui kerajaan Iblis di laut, apatah lagi di Segitiga Bermuda. Disebabkan ia adalah perkara ghaib, hanya dalil yang sahih sahaja boleh membuktikannya.

Dalil mengenai kemunculan Dajjal

Perkara ini pernah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W sendiri beberapa kali mengenai kemunculan Dajjal. Terdapat beberapa hadis, termasuklah :

1. Dari Fatimah binti Qais, Rasulullah S.A.W bersabda:

أَلاَ إِنَّهُ فِى بَحْرِ الشَّامِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ما هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ ». وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ

“Tidaklah dia (Dajjal) di laut syam, atau laut Yaman, tidak. Tetapi dari arah Timur. Dia dari arah Timur, dia dari arah Timur..,” dan baginda berisyarat dengan tangannya ke arah Timur," [HR. Muslim no. 2942].

2. Dari Abu Bakar as-SiddiqRA, Rasulullah S.A.W bersabda:

الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا: خُرَاسَانُ

“Dajjal keluar dari daerah Timur, namanya Khurasan.” [HR. Tumudzi 2237 dan disahahihkan al-Albani dalam Sahih Jami’ ash-Shaghir].

Nota : Khurasan atau Khorasanadalah sebuah wilayah di timur laut Iran. Di zaman moden ini, kawasan yang berada dalam wilayah Khurasan adalah Nishapur (Iran), Herat (Afghanistan), Merv (Turkmenistan) serta beberapa negeri di selatan Sungai Jihun (Sungai Amu Darya). [Mu'jam al-Buldan, 2:350]

3. Dari Anas bin Malik RA, Rasulullah S.A.W bersabda:

يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ يَهُودِيَّةِ أَصْبَهَانَ، وَمَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا مِنَ الْيَهُودِ

“Dajjal akan keluar dari daerah Yahudiyah, Asbahan. Dia bersama 70 ribu orang Yahudi.” [HR. Ahmad]

Nota : Asbahan, Asfahan atau Isfahan, adalah sebuah wilayah di Iran yang terletak 450 kilometer dari selatan Tehran, Iran. Kerajaan Babilon yang diketuai Bukhtanasar telah menyerang Baitul Maqdis bersama orang Yahudi dan menawan penduduknya. Orang Yahudi tersebut kemudiannya di tempatkan di Asfahan dan nama tempat tersebut diberi nama kampung Yahudiyah, yang mana sekarang ini adalah ibu kota Asfahan. [Mu’jam al-Buldan, 1:208]

Bualan hangat mengenai kemunculan Dajjal bermula apabila ia dikatakan berada di kawasan antara Iraq dan Syam, iaitu dalam kawasan Syria, Palestin, Lbunan dan Jordan dalam dunia moden.

4. Dari Nawwas bin Sam’an RA, Rasulullah S.A.W bersabda: 

إنه خارج خلة بين الشأم والعراق، فعاث يمينا وعاث شمالا، يا عباد الله فاثبتوا

Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!” [HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah 4075].

5. Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan: 

فيكون بدء ظهوره من أصبهان من حارة منها يقال لها اليهودية وينصره من أهلها سبعون ألف يهودي 

“Kali pertama munculnya Dajjal di Asbahan (Isfahan, Iran), tepatnya di dataran berbatuan, yang dinamakan kampung Yahudiyah. Dajjal dibela oleh 10 ribu orang yahudi dari penduduk Asbahan.” [An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim, Hal. 59].

Jadi, Dajjal muncul di Isfahan atau Khorasan?

dajjal

Tiada di antara kiat yang betul-betul tahu di mana, namun jika dilihat antara Isfahan dan Khorasan, kedua-duanya terhimpit di timur laut Iran. Yang pastinya, Dajjal akan munchul di antara dua daerah ini buat kali pertama, dan mula menarik pengikut-pengikutnya (Yahudi).

Yahudi di Iran

yahudi di iran

Pada September 2006, Frances Harrison dari BBC News telah melaporkan bahawa terdapat lebih kurang 25 ribu orang Yahudi di Tehran, Iran. Iran kelihatan seperti melawan zionis namun ia juga menjadi penempatan yang selamat bagi orang Yahudi. Unees Hammami, pemimpin komuniti Yahudi di Iran berkata Imam Khomeini (Bapa Revolusi Iran) membezakan Yahudi dan zionis, dan Imam Khomeini menyokong mereka (Yahudi).

Konklusi

Jadi, dengan penerangan dan dalil-dalil yang diberi maka ia amat meyakinkan bahawa Dajjal akan muncul di tanah Iran yang ketika ini menjadi negara Syiah. Dan berbalik kepada tajuk asal, artikel ini sama sekali menyangkal teori kemunculan Dajjal melalui Segitiga Bermuda.

Rujukan :




Hakcipta iluminasi.com (2017)