Oleh pada 19 Mar 2017 kategori

Hari ni aku nak kongsi tempat-tempat menarik di Vienna atau Wien dalam bahasa Jerman. Kalau sesiapa pernah ke Vienna, mesti korang rasa best kan. Tak lengkap kalau korang melawat Europe tanpa tahu sebenarnya Vienna adalah tempat-mesti-pergi. Vienna adalah bandar yang penuh dengan bangunan-bangunan klasik serta moden yang mengagumkan dan dikenali juga sebagai salah satu kota muzik kerana banyak opera-opera dan persembahan muzik di Vienna. Pada pendapat aku, kota Vienna memang awesome dan best. Di kesempatan ini, aku nak share beberapa tempat yang menarik sekiranya korang merancang ke kota Vienna.

BESARKAN TEKS     A-  A+

vienna e22

p/s: dinasihatkan sekiranya mahu melawat Vienna selama beberapa hari, korang boleh beli tiket public transportation Vienna untuk 24 atau 72 jam atau selama mana korang nak tinggal di kaunter OBB di sekitar Wien. Dinasihatkan jangan naik public transport tanpa tiket, nanti kena fine. Anda juga boleh beli Vienna card yang berharga ‎€13.90 depend pada duration korang di Vienna. (Info boleh check di sini).

Tempat-tempat yang menarik (mengikut rating)

1) Schoonbrunn Palace

schoenbrunn panorama

schoenbrunn panorama 1

Tempat ni wajib pergi! Kalau setakat ke Vienna tapi tak singgah sini, memang tak payah datang Vienna lah. Sejarahnya pada masa dulu, istana ni jadi tempat tidur raja Austria pada waktu summer atau musim panas dan sekarang ini telah dijadikan muzium (reason; aku tak berapa pasti). Bangunan istana ini cukup besar dan di tambah pula dengan keluasan taman, istana ini memang tempat yang korang akan rasa tak puas nak berjalan dan yang penting, korang akan rasa penat. Korang tak dibenarkan mengambil gambar di dalam istana tu, kalau di luar istana, boleh lagi. Mungkin sebab dia nak preserve  tempat tu dari sebarang risiko. Nasihat aku, selepas keluar dari melawat istana tu, korang lepak atau duduk dulu di luar istana sebelum teroka taman di situ sebab tempat ini berbaloi untuk mata anda berehat!

schoonbrunn palace park

schoonbrunn palace park editor

backside of schoonbrunn palace

backside of schoonbrunn palace 1

Kalau korang nak ke tempat ni, korang boleh naek U-Bahn (U4) dan cari tempat nama Schonbrunn atau pun korang boleh naik city tour yang cover trip ke Schonbrunn, setiap hotel di Wien ada provide service ni.

2) Stephansplatz

stephanplatz

Tempat favourite aku kalau nak lepak-lepak minum kopi dan window shopping. Banyak kedai-kedai kopi dan butik-butik mewah seperti Hermes, Cartier, Crocodile dan etc. Nama Stephansplatz ini sebenarnya bersempena nama Cathedral di tengah-tengah jalan. Korang boleh naik ke atas Cathedral tapi confirm penat, sebab korang kena panjat 300++ anak tangga untuk sampai ke atas kalau tak silap. Sampai di atas tu, boleh tengok pemandangan seluruh Vienna. Di area Stephansplatz ni ada macam-macam yang anda boleh dapat antaranya handbag, perfume, clothing, food dan sebagainya. Bagi orang Muslim, kalau dah berjalan-jalan area sana, mestilah rasa lapar dan luckily ada kedai seafood, Nordsee dan juga kedai kebab. Memang Stephansplatz adalah tempat tumpuan orang ramai selepas Schonbrunn Palace.

center of stephanplatz

Korang boleh naik U-Bahn (U1 atau U3) dan cari nama Stephansplatz. Selain itu, selalunya city tour akan berhenti dkt Stephansplatz selepas melawat tempat-tempat lain sekiranya korang guna tour guide.

3) Prater

prater park

Salah satu taman terbesar di Vienna. Kalau nk rehat-rehat, jalan-jalan macam kat Manhattan park, tempatnya adalah Prater sebab taman ini memang terbaik. TAPI! Sebenarnya visitor tak akan ke sini sahaja sebab mereka juga selalu ke Wurstelprater Amusement Park atau lebih dikenali dengan nama Prater oleh local people. Tempat ni macam Disneyland. Ada macam-macam game boleh korang try main (kalau korang ada checklist hidup which is explore every country amusement park, korang memang berani dan adventurous). Dekat sini ada go-kart, madame Tussaud gallery, Ferris Wheel, Train, Rollercoaster, dan banyak lagi lah dan ada juga game yang macam dekat Sunway Lagoon tu, naik boat turun dari tempat tinggi yang ada air tu, macam-macam lah. Apa aku rasa bila lepak dalam tu? Aku lupa jalan keluar sebab dah excited sangat sebab tak notice langsung jalan keluar tapi lucky kawan aku dari Austria tu ada sekali. Yang paling tak bestnya, aku lupa tangkap gambar semua benda dalam tu... hahahaha. Gambar kat bawah ni aku cilok dari Internet. Sorry... :(

prater vienna

praterturm wien

Kalau korang nak datang sini, boleh naik U-Bahn(U3) atau S-Bahn. Cari U-Bahn atau S-Bahn yang ke Praterstern atau Wien Nord.

4) Vienna Oper House(Oper)

Bangunan ini adalah bangunan yang mempersembahkan opera setiap beberapa hari. Aku tak suka sangat opera-opera ni. kalau nak setakat tangkap gambar aku ok lagi, itu pun aku tak tangkap gambar bangunan ni sebab tujuan aku datang sini sebenarnya nak try kopi dan tengok kek famous dekat sini. Bangunan opera house ini memang bangunan lama sebab dari dulu lagi opera house ni ada show, kalau tak silap tahun 1800++. Kalau korang yang jenis artistic, boleh lah layan. Tempat yang selalu orang pergi area sini adalah Hotel Sache Torte iaitu di Café Sacher Vienna. Di cafe ini ada special klasik kek yang resipinya sejak dari zaman dulu lagi tetap sama rasa dan bentuk. Kat sini aku sempat pekena cappucino dia dan aku tak makan kek tu sebab walaupun sedap tapi masa aku pergi cafe ini, kek Original Sacher-Torte without rum sudah habis. Agak ramai jugak tourist pak arab datang sini makan, so aku sempat lah snap gambar aku minum cappucino saja sebab kek tu kawan aku dah habiskan semua.

hotel sacher torter cappucino

hotel sacher torte

Korang boleh ke sini dengan naik U-bahn (U1, U3 atau U4) dan cari nama Karlsplatz. Boleh juga nak naik city shuttle tapi tidak digalakkan. Sebab? Aku suggest naik U-bahn pun dah ok.

5)Mariahilfer Strasse

mariahilfer strasse

Jalan ni adalah untuk korang yang suka shopping. Sebab, banyak kedai yang brand-brand yang tak pernah dengar tapi korang akan puas hati dengan kualiti barang tu. sebab orang Austria ni, dorang prefer local product dibandingkan dengan produk luar, sebab tu dorang support Red Bull gila-gila. Korang mesti suka punya kalau jalan kat sini dari hujung ke hujung jalan ni, jarak aku tak berapa sure tapi korang akan lenguh kaki. Ada macam-macam butik contoh butik nike, adidas, zara, peek&cloppenburg, H&M, dan macam-macam lagi lah. Sayang sejuta kali sayang, aku tak tangkap gambar kat area jalan ini sebab aku sibuk masuk kedai, window shopping. Tapi tidak mengapa, gambar internet kan banyak.

mariahilfer strasse 3

mariahilfer strasse 2

Kalau korang nak ke sini, boleh ambil U-Bahn dan berhenti di Westbanhof (Ambil U3 atau U6) atau Museumsquartier (Ambil U2) sebab dua-dua tempat ni adalah penghujung jalan Mariahilfe Strasse. Korang boleh start dari mana-mana tapi aku suggest start dari Westbanhof ke Museumsquartier sebab nanti korang boleh ke Rathaus, Museum Wien dan sebagainya.

6) Pandorf

pandorf 7

Syurga kaki shopping. Kalau korang bawa duit banyak, Niat nak pakai brand dan nak murah dan niat memang nak shopping CK, AX, Gucci, Ted Baker, Burberry, Prada, Nike, Adidas, Bally, Zegna dan etc, boleh lah ke Pandorf. Pandorf ni adalah designer outlet. Macam mini-city yang ada deretan kedai, penuh dengan manusia. Pandorf hanya ditutup setiap hari ahad. Masa opening seperti di bawah:

  • Monday - Thursday: 9.30 am - 8.00 pm
  • Friday: 9.30 am - 9.00 pm
  • Saturday: 9.00 am - 6.00 pm
  • Closed on Sundays and Public Holidays

pandorf 1

pandorf 2

pandorf 3

pandorf 4

pandorf 5

pandorf 6

Kalau nak ke Pandorf, better ambil bas sebab nak ke sana guna kereta atau train agak leceh. Naik bas dekat depan Opera House. Tiket kena beli online kat link ni dan apa-apa maklumat, korang boleh ke website dorang kat sini.

Setakat itu sahaja untuk perkongsian kali ini sebab apa yang aku share ni agak panjang dan tempat ni baru sahaja cover kat bandar Vienna which is a small part of their capital city. Ada banyak lagi tempat menarik di Vienna yang korang kena explore. Hint: Rathaus, UN office, Herrengasse dan banyak lagi. Austria ada banyak tempat best lagi ni!

p/s: semua gambar yang tertera trademark "myariff" adalah hak milik penulis. yang lain diambil dari internet.




Hakcipta iluminasi.com (2017)