Kredit foto:Mstar

Beberapa jam sebelum berlangsungnya Maharaja Lawak Mega (MLM) Minggu Kelapan, salah seorang anggota kumpulan Nice iaitu Tauke telah mendapat kecederaan di bahagian tangan. 

Menerusi kenyataan yang dibuat Tauke, kecederaan tersebut berlaku ketika beliau sedang berlatih dengan dua lagi anggota kumpulannya. 

Bagaimanapun difahamkan, Tauke masih belum mendapatkan rawatan doktor ketika kenyataan ini dibuat kerana enggan menganggu proses latihan dan persembahan di MLM Jumaat lalu. 

Malam tadi (Khamis), kami berlatih seperti biasa dan saya tiba-tiba tergelincir ke dalam kolam renang berhampiran. Bahagian jari dan pergelangan tangan saya terhentak pada bahagian lantai kolam renang dan sakitnya ketika itu, hanya tuhan sahaja yang tahu. Selepas itu Ropie dan Acong cepat-cepat balut tangan saya dan sehingga malam ini (Jumaat) saya belum sempat melakukan pemeriksaan lanjut. Saya sendiri tidak tahu tangan saya ini retak atau patah. Yang saya tahu ia sangat sakit dan membengkak. Bukan tidak mahu ke hospital, tetapi saya bimbang tidak dapat berlatih dan menunaikan tanggungjawab di MLM. Tak mengapalah, tahan sedikit sakit demi kawan-kawan dan peminat Nice.

Sumber: Astro Gempak 

Mengulas dakwaan yang mengatakan pengkritik tetap, Rosyam Nor bersifat berat sebelah kepada kumpulannya, Tauke bagaimanapun hanya mahu berfikiran positif terhadap setiap kritikan yang diterima. 

Kami (Nice) tidak pernah menganggap perkara tersebut (berat sebelah) berlaku. Setiap minggu kami positif dan mengambil komen dan juga HA yg diberi oleh beliau sebagai cabaran dan semangat walaupun sedikit terkilan.

Sumber: Astro Gempak 

Maharaja Lawak Mega Minggu Kelapan menyaksikan kumpulan yang dianggotai Tauke iaitu Nice tersingkir di hujung episod apabila mendapat markah tercorot iaitu sebanyak 47.37 peratus. 

tauke cedera sebelum maharaja lawak mega berlangsung 2

Kredit foto: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)