Kredit foto: Instagram Mia Sara

Aktres remaja yang pernah popular menerusi filem Sekali Lagi, Mia Sara, 13, memuat naik beberapa keping fotonya sewaktu ditempatkan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, baru-baru ini.

Perkongsian momen yang menampakkan dirinya sedang terlantar sakit itu mencetuskan spekulasi terhadap keadaan kesihatan pelakon muda ini.

Mia atau nama lengkapnya, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, bagaimanapun tidak memaklumkan punca dia dirawat di wad berkenaan.

mia tak tahu nak jelaskan sakit mia sara jadi tanda tanya 2

Kredit foto: Instagram Mia Sara

"Doakan Mia cepat sembuh ya. Komen murni-murni saja ya," tulisnya di sebuah entri Instagram.

Perkongsian itu turut menimbulkan pertanyaan kepada rakan selebriti, Achey dan Lisa Surihani yang juga tidak tahu menahu sakit dihidapinya.

mia tak tahu nak jelaskan sakit mia sara jadi tanda tanya 3

Kredit foto: Astro Gempak

"Mama Lisa telefon papa ya. Mia tak tahu nak jelaskan," jawabnya bila disoal Lisa.

Sementara itu, pelawak Achey melayangkan kata-kata semangat meminta agar pelakon itu tabah menghadapi dugaan.

"Kuat Mia," pinta Achey.




Hakcipta iluminasi.com (2017)