Kredit foto: Youtube Mark Adam
Penyanyi Mark Adam akui sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung halamannya di Cebu City, Filipina.
Menurut Mark, kesibukan karier seni menjadi faktor utama kenapa dia tidak berpeluang untuk berjumpa dengan kaum keluarga.
Kredit foto: Instagram Mark Adam
Memang saya sudah tiga tahun tidak pulang dan memang rindu kepada keluarga terutamanya ibu saya. Dia pula memang takut menaiki kapal terbang jadi susah untuknya datang ke Kuala Lumpur melawat saya. Saya tak dapat pulang kerana terlalu sibuk dengan kerja namun saya tidak merungut kerana itu adalah rezeki.
Sumber: Mstar
Sudahpun menetap di Malaysia sejak 15 tahun yang lalu, Mark memberitahu kebiasaannya dia gemar pulang ke kampung pada bulan Januari.
Ini berikutan bulan tersebut merupakan waktu perhimpunan mereka sekeluarga di kampung untuk meraikan acara kebudayaan, Festival Sinulog.
Kredit foto: Instagram Mark Adam
Saya memang tidak akan balik ke Filipina pada bulan lain kerana kebiasaannya memang tidak ramai saudara atau rakan yang ada di Cebu City. Jika saya hendak bertemu dengan semua orang, Januari adalah masa terbaik untuk pulang.
Sumber: Mstar
Dedah Mark lagi, Hari Raya Aidilfitri hanya disambut bersama keluarga isterinya, Norazah di Malaysia. Dia tidak pernah meraikan bulan mulia itu di Filipina.
Suasana pada hari raya paling saya nantikan kerana ketika itu kita akan berkumpul dengan keluarga selain bermaaf-maafan. Saya juga bertuah kerana saya sangat rapat dengan bapa mertua dan kami kebiasaannya akan lebih banyak menghabiskan masa bersama.
Sumber: Mstar