Oleh pada 16 Feb 2017 kategori

Dewasa kini, skim-skim bodoh MLM (multilevel marketing) dan skim 'money game' tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Yang pelik tu, dari zaman luxor dah banyak kita dengar ramai orang kena tipu dan tak jadi kaya pun. Namun masih ramai juga yang terpedaya. Salah satu punca utama penyebab ramai orang tertipu ni adalah kerana masing-masing nak cepat kaya. Kah kah kah. Tapi artikel ini bukan nak kondem sesiapa yang pernah jadi mangsa. Kita kongsi pernyataan bodoh puak-puak MLM ni agar bertambah kesedaran dikalangan masyarakat kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kau taknak ke hantar mak bapak kau pergi haji?

Kalau kau tak pernah dengar pernyataan ni memang tipu lah. Ni salah satu teknik psikologi puak-puak MLM ni nak tarik kau masuk skim mereka. Anak mithali mesti goyah dengar penyataan ni sebab teringin nak gembirakan hati ibu bapa yang disayangi. Ditambah lagi dengan gambaran probability nak masuk syurga bila jadi anak yang soleh kerana berjaya hantar ibu bapa menunaikan haji. Tapi sayang, sebenarnya probability kau nak ke neraka tu lebih tinggi. kah kah kah.

Sampai bila kau nak makan gaji?

Yang ni paling celaka sekali. Statement merendah-rendahkan pekerjaan orang lain. Kalau kau dengar ayat seperti ini, buat rilek saja. Tunggu sehingga bisnes mereka gulung tikar. Aku sendiri boleh temankan kau gelak beramai-ramai di hadapan mukanya. 

ahli mlm yang paling bodoh kantoi tipu hakmilik kereta firdaus dazit mymi1

Kau tengok sifulan tu buat bisnes ni boleh pakai kereta besar

Jangan terpedaya dulu. Puak-puak MLM ni memang suka jual beli nama orang lain. Tambah-tambah lagi kalau nama sifulan yang dipetik tu kawan rapat kau. Ini memang ada dalam strategi 'prospecting' geng haram jadah ni. Benda yang kau perlu tahu adalah, puak-puak MLM biasanya sewa atau sambung bayar je kereta mewah yang digunakan untuk menunjuk depan kau.

Aku buat benda ni lama dah. OK je tak ada masalah pun

Ini statement nak bagi kau rasa 'secure' sekiranya kau join skim bodoh mereka tu. Ini pun salah satu teknik psikologi puak-puak MLM. Diorang akan trigger kau punya insecurity, nerve, dan diorang akan bagi motibasi bakar semangat (hype) kau.

dato datuk fardino gwgfx bitkingdom berkat solat mlm abah kau

Kereta besar ni 'presentable'. Senang kau nak buat bisnes lain lagi lepas ni

Terkebelakang gila otak mereka ni. Zaman 80an boleh la kau impress orang pakai kereta besar. Zaman sekarang, kalau kau nak buat bisnes besar ke apa ke, orang tak pandang dah kereta besar kau tu. Orang nak tengok statistik, profit, peratusan, nombor-nombor yang boleh menguntungkan. Kalau cakap "aku pakai kereta besar sebab duit terlampau banyak tak tahu nak buat apa" adalah lebih baik.

Bersambung..

Bonus : Throwback video bangang puak-puak MLM




Hakcipta iluminasi.com (2017)