Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Rindu Kasih (Musim 1), sebuah drama berlangsung 15 episod, telah ditayangkan dalam slot Samarinda di TV3 dari 16 November 2022 hingga 12 Disember 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan boleh diakses di platform dalam talian, Disney+ Hotstar.
Sinopsis Penuh Rindu Kasih (Musim 1)
Drama ini mengisahkan tentang Khalid (Arash Mohd) selepas ditinggalkan oleh isterinya, Shida (Amyza Aznan), di mana kehidupannya menjadi tidak teratur kerana berusaha untuk menyara dan menjaga Salina (Ummi Nazeera), anak mereka yang masih bayi. Salina dibesarkan oleh Khalid seorang diri dan dia terpaksa merahsiakan kisah tragis tentang ibunya yang telah dipenjarakan atas kesalahan menjual dadah.
Salina membesar bersama Amir (Izzue Islam), anak kepada sahabat ayahnya, Zamani (Nik Ramly). Amir, walaupun berkelulusan tinggi, memilih untuk tinggal di kampung dan memenuhi permintaan terakhir arwah bapanya untuk berkahwin dengan Salina. Walau permintaan itu akhirnya diterima oleh ibu Amir, Halijah (Fazlina Ahmad Daud), namun perkahwinan mereka tidak mendapat restu daripadanya.
Halijah seringkali menyalahkan Salina dan membuatnya menderita secara mental, sehingga menimbulkan konflik dalam rumah tangga mereka. Halijah mendakwa Salina mempunyai hubungan dengan Hisham (Nafiz Muaz) dan menghasut Amir untuk menceraikan Salina. Sementara itu, Khalid ditemui mati lemas, meninggalkan Salina sendirian.
Setelah mengetahui kisah sebenar tentang ibunya, Salina berusaha mendapatkan kasih sayangnya. Dalam usaha untuk bertemu ibunya yang dipenjarakan, Salina dengan sengaja melakukan kesalahan dan ditangkap. Dia ingin membuktikan kepada Halijah bahawa walaupun sebagai banduan, dia masih dapat merasai kasih sayang seorang ibu.
Amir, setelah mengetahui kehamilan Salina di penjara, melakukan ujian DNA yang membuktikan anak itu adalah milik mereka berdua. Namun, Amir, terhasut oleh Halijah, ingin mengambil hak penjagaan anaknya. Halijah pula merancang perkahwinan Amir dengan Murni (Ezzaty Abdullah), dengan syarat pertunangan selama setahun.
Murni mengiyakan tawaran lamaran Amir dengan hati yang lapang. Dulu, Murni pernah menyimpan perasaan kepada Amir, dan sekarang dia menerima tawaran itu dengan ikhlas demi menjaga anak sahabatnya, Salina yang amat disayanginya.
Salina turut bersetuju dengan penuh reda atas hubungan antara Amir dan Murni, memahami keikhlasan dan kebaikan niat Murni.
Ending Rindu Kasih Musim 1
Akhirnya, segala helah Halijah dan Pak Hassan (orang suruhan Halijah) terbongkar, membuat Amir menyedari tipu daya dan permainan kotor yang telah dilakukan oleh ibunya sepanjang tempoh ini. Dalam ketika Halijah insaf, Amir cuba memperoleh kemaafan daripada Salina, tetapi Salina memutuskan untuk meminta cerai.
Keadaan kesihatan ibu Salina, Shida, makin merosot sebelum pulang ke rahmatullah.
Nasib perkahwinan Salina dan Amir masih samar, manakala masa depan pertunangan Murni dan Amir turut menjadi persoalan. Bagaimana kelangsungan kisah ini? Nantikan musim kedua yang akan mula bersiaran pada 13 Februari 2024.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rindu Kasih Musim 2
Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!
Rindu Kasih adalah sebuah drama yang bukan merupakan adaptasi dari novel. Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera
Senarai Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Salina
Izzue Islam sebagai Amir
Nafiz Muaz sebagai Hisham
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Arash Mohamad sebagai Khalid
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Amyza Aznan sebagai Shida
Shazia Rozaini sebagai Huda
Meor Mohd sebagai Iqbal
Dibantu oleh:-
Ayu Azlina sebagai Siti
Nik Ramly sebagai Zamani
Ikhwan Khairudin sebagai Khalid muda
Fariza Shafinaz sebagai Halijah muda
Naim Shamsol sebagai Hassan muda
Ku Mohd Firdaus Ku Hussain sebagai Zamani muda
Nur Laily Balqis sebagai Siti muda
Kayrishah Kemal sebagai Shida muda
Iskandar Shah sebagai Amin
Yamin Abu Bakar sebagai Supri
Atoi Tohet sebagai Zaiful
Elly Suhaili sebagai Sofia
Siti Rohani Dollah sebagai Tini
Hairi Ab Ghani sebagai Kamil
Azman Jemain sebagai Ayah Halijah
Norazlina Ismail sebagai Mak Halijah
Mohd Suhayle Muhd Yusof sebagai Sarip
Mohamad Nasrul Habil sebagai Lokman
Norasli Mon sebagai Pak Usop
Amirah Abd Hamid sebagai Isteri Zaiful
Rafique Maradona sebagai Seman
Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Drama ini dihasilkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd dan diketuai oleh pengarah terkenal, Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya). Penulisan skripnya pula merupakan hasil kolaborasi antara penulis K. Adlie dan Shaza Talib.
Kredit foto: Instagram Ezzaty Abdullah
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Seandainya
Penyanyi: Ariff Bahran
Komposer: Ariff Bahran, Ibnu Rinkarnaen
Penulis lirik: Ariff Bahran, Zack Merican, Ibnu Rinkarnaen
Kredit video: (OST Rindu Kasih) Ariff Bahran - Seandainya (Official Music Video)
Tajuk cerita? Rindu Kasih (Musim 1)
Berapa episod? 15 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis (Bermula 16 November 2022)
Bila tayang? Pukul 10 malam
Tonton di mana? TV3 dan platform online, Disney+ Hotstar
Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 - Apa Khalid Dah Balik Sini? | Rindu Kasih (2022)
Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 15 (Akhir) - Terima Kasih Murni Jaga Anak Aku Macam Anak Sendiri! | Rindu Kasih (2022)