Jho Low. Nama yang kita sering dengar di kaca TV namun tidak mengetahui siapa sebenarnya individu ini. Dia dikatakan mempunyai kaitan dengan syarikat kontroversi 1MDB dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak.
Namun, sehingga kini tiada siapa tahu dengan terperinci siapa individu ini, di mana dia berada dan apakah peranannya dalam syarikat yang telah menjadi buah mulut seluruh dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
Biodata Jho Low
Lahir pada tahun 1982, nama penuhnya adalah Low Taek Jho, anak kelahiran Pulau Pinang. Membesar di Georgetown, Jho Low mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Chung Ling dan Sekolah Antarabangsa Pulau Pinang sebelum dihantar ke sekolah elit di England, Harrow School.
Jho merupakan cucu kepada Low Meng Tak, seorang ahli perniagaan berasal dari China, dan bapanya "Larry" Low Hock Peng merupakan eksekutif syarikat pelaburan MWE Holdings pada tahun 1990an.
Jho kemudiannya menyambungkan pelajara di Universiti Pennsylvania di mana dia meneruskan membina hubungan dengan rakyat Malaysia dan juga kepentingan orang Kuwait dan Jordan di situ.
Apa sebenarnya pekerjaan Jho Low?
Menurut Times, Jho Low berula dengan membantu kalangan rakan-rakannya yang kaya untuk menguruskan wang mereka ketika berada di kolej. Kumpulan tersebut termasuklah Riza Aziz, anak lelaki Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak dan juga anak-anak dari keluarga diraja Timur Tengah.
Kemudian, Jho Low menjadi broker untuk pelbagai pembelian hartanah di Amerika Syarikat yang mana setiap satunya bernilai berjuta-juta dolar Amerika dan mendakwa bertindak bagi pihak pelabur.
Dia juga kelihatan ketika syarikat produksi Riza Aziz, Red Granite Pictures masuk ke Hollywood, walaupun kemudiannya menafikan sebagai pembiaya syarikat.
Adakah Jho Low kaya secara peribadi?
Di media, Jho Low dilabelkan secara meluas sebagai seorang jutawan. Dahulunya Jho tidak menunjuk kekayaan sendiri, menggambarkan dirinya lebih kepada "penjaga" rakan-rakannya yang kaya.
Jho juga memberitahu Wall Street Journal bahawa datuknya mendapat keuntungan yang sangat banyak melalui pelaburan perlombongan dan minuman keras di Thailand.
Dia juga menjual hartanah kepada rakannya Riza Aziz dengan keuntungan yang besar. Pada tahun 2013, Wall Street Journal mengganggarkan nilai kekayaan keluarganya sebanyak RM6.96 bilion.
Menurut New York Times pada tahun 2007, Jho Low menubuhkan kumpulan pelaburan yang melibatkan seorang putera raja dari Malaysia, seorang sheikh Kuwait dan rakan dari Emiriah Arab Bersatu.
Jho juga merupakan ketua syarikat Jynwel Capital bersama abangnya, Szen Low.
Mengapa Jho Low mendapat perhatian New York Times?
Jho menjadi perhatian New York Times disebabkan oleh pembelian beberapa hartanah di Amerika Syarikat di bawah syarikat shelf (syarikat yang tak ada aktiviti). New York Times menyiasat individu yang membeli kondominium mewah di bandar itu menggunakan "wang tersembunyi".
Pembelian yang dibuat oleh Jho termasuklah kondominiu Time Warner Center yang sebelum itu dimiliki oleh Jay-Z dan Beyonce, dengan harga RM120 juta.
New York times juga mengetahui akan urusan perniagaan Jho Low dan hubungannya dengan ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Bagaimana Jho Low terlibat dengan 1MDB?
Menurut Jho Low, dia tidak mempunyai peranan rasmi dalam syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB. Namun, dia memberitahu menawarkan pendapat kepada lembaga pengarah syarikat ini dari semasa ke semasa. Namun, menurut New York Times, beberapa orang rakannya adalah ahli lembaga pengarah 1MDB.
Pada 28 Februari 2017, Sarawak Report telah menerbitkan beberapa siri laporan penyiasan yang mendakwa bahawa Jho Low menggunakan PetroSaudi sebagai cara untuk mengawal wang 1MDB. Laporan tersebut mendakwa sebahagian daripada wang ini digunakan untuk membeli UBG Bank dari Ketua Menteri Sarawak.
Jho Low juga terlibat dalam pelaburan seni kontemporari dan telah mengumpulkan koleksi yang sangat mengagumkan dengan kuasa pembeliannya. Dia juga mempunyai usaha menderma, terutamanya melalui Jynwel Foundation. Pada Oktober tahun lepas, Jynwel melancarkan tawara untuk membeli Reebok daripada Adidas AG dengan harga RM8.74 bilion.
Selepas kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato Seri Najib Razak tumbang di PRU 14 yang lalu, kini Jho Low yang dikatakan tidak dapat dikesan sebelum ini telah tampil membuat penjelasan.
Jho berkata dia tidak ada kena mengena dengan syarikat 1MDB dan digunakan sebagai kambing hitam oleh syarikat tersebut. Dalam temubual bersamanya, Jho memberitahu kemungkinan dia dipergunakan adalah kerana personalitinya yang mungkin mudah dimanipulasi oleh sesetengah pihak.'
Rujukan:
1. Poskod
2. NST
3. Quora