Kredit foto: Sinar Harian
Mengakui menjadi antara kenangan manis buat dirinya dan Siti Sarah, pelawak Shuib menyimpan hasrat untuk mengadakan majlis persandingan kedua enam tahun dari sekarang iaitu pada ulang tahun perkahwinannya yang ke 12.
Majlis persandingan itu satu perkara yang seronok. Kalau kami buat majlis tersebut pada hari perkahwinan sebenar enam tahun dulu, kami tak akan rasa kepuasan seperti ini. Jadi tak salah kalau saya dan Sarah untuk buat lagi nanti. Kalau ada rezeki, ulang tahun yang ke-12 nanti saya nak bersanding lagi.
Sumber: mstar
Shuib menyifatkan majlis tersebut sebagai platform untuk menghangatkan hubungan mereka suami isteri selain menjadi medan pertemuan keluarga dan sanak saudara.
Ini adalah cara saya untuk hangatkan hubungan cinta sebagai suami isteri. Tak salah rasanya untuk saya jemput saudara mara meraikannya dalam satu majlis seperti majlis perkahwinan. Sejujurnya apa yang saya lalui selepas bersanding adalah sangat menyeronokkan. Rasa macam baru mula bercinta dan berkahwin.
Sumber: mstar
Terdahulu, Shuib dan Siti Sarah meraikan ulang tahun ke-6 perkahwinan mereka dalam sebuah majlis persandingan gilang-gemilang yang diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya. Majlis tersebut dihadiri rakan selebriti, keluarga, kenalan dan saudara terdekat.
Sumber berita: Beautifulnara