Oleh pada 01 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Hanis Zalikha

Mengikut perancangan awal, percutian pasangan pelakon Hanis Zalikha dan suaminya, Hairul Azreen di Maldives baru-baru ini hanyalah untuk mereka berdua tanpa melibatkan anak mereka, Yusuf Iskandar.

Hanis merancang sebuah percutian romantic getaway kerana teringin untuk bersama Hairul selepas sekian lama sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Apatah lagi ketika itu jadual Hairul sedang padat menjalani latihan persiapan bagi sebuah filem.

Mengimbas detik-detik awal perancangan itu dibuat, Hanis memberitahu, pada satu ketika dia sedang menunjukkan beberapa keping foto percutian kepada suaminya.

Difahamkan, Maldives tiada dalam senarai lokasi percutian yang dirancang, namun hala tuju mereka mula berubah apabila Hanis terjumpa carian mengenai penginapan yang mereka diami itu.

Hanya sehari sebelum bertolak, mereka memutuskan untuk membawa Yusuf sekali kerana tidak sanggup berjauhan, ditambah pula dengan minat putera kesayangan mereka itu kepada laut.

Sudahnya, percutian itu menjadi sebuah percutian terbaik hanya dengan beberapa perancangan saat akhir yang dibuat.

Kenyataan tersebut dibuat Hanis menerusi kiriman Instagramnya.

sepatutnya tak bawa yusuf iskandar ke maldives hanis zalikha 2

Kredit foto: Instagram Hanis Zalikha




Hakcipta iluminasi.com (2017)