Kredit foto: Instagram Anugerah Planet Muzik
Anugerah Planet Muzik 2018 (APM2018) berlangsung dengan penuh meriah pada malam tadi bertempat di MES Theatre Mediacorp, Singapura.
Beberapa penyanyi tempatan diiktiraf menerusi trofi kategori yang dipertandingkan.
Antaranya, penyanyi Khai Bahar yang dinobatkan sebagai Ikon Media Sosial dan Artis Paling Popular APM.
Manakala, bintang muda Haqiem Rusli pula meraih trofi Lagu Paling Popular APM menerusi Tergantung Sepi.
Mata dendangan Ayda Jebat dianugerahkan Lagu Terbaik (Malaysia).
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza merangkul kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) menerusi Kisah Ku Inginkan yang dipopularkannya bersama penyanyi Indonesia, Judika.
Sementara itu, Judika mengungguli tiga trofi iaitu Artis Lelaki Terbaik (Lelaki), Lagu Terbaik (Indonesia) dan Lagu Terbaik APM (Jikalau Kau Cinta).
APM2018 dikemudikan tiga gabungan pengacara, Fiza O (Singapura), Daniel Mananta (Indonesia) dan Nabil Ahmad (Malaysia).
Berikut kami kongsikan senarai penuh para pemenang:
Kredit foto: Instagram Anugerah Planet Muzik
Artis Baru Terbaik (Lelaki) : Adrian Khalif
Artis Baru Terbaik (Wanita) : Fara Fajira
Kolaborasi Terbaik: Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Judika
Duo/Kumpulan Terbaik: Gamaliel Audrey Cantika
Band Terbaik: Sheila On 7
Lagu Paling Popular (Singapura) : Aku Sendiri-Sufi Rashid
Lagu Paling Popular (APM) : Tergantung Sepi-Haqiem Rusli
Ikon Media Sosial: Khai Bahar
Artis Paling Popular (Singapura) : Sufi Rashid
Artis Paling Popular (APM): Khai Bahar
Lagu Terbaik (Singapura): Racun-Farhan Shah
Lagu Terbaik (Indonesia) : Jikalau Kau Cinta-Judika
Lagu Terbaik (Malaysia) : Mata-Ayda Jebat
Lagu Terbaik APM : Jikalau Kau Cinta-Judika
Artis Terbaik (Lelaki): Judika
Artis Terbaik (Wanita): Isyana Saraswati-Lembaran Buku
Anugerah Khas Planet Muzik: Rossa