Oleh pada 03 Feb 2025 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Auditorium MBSA bakal menjadi saksi pertempuran epik antara enam peserta yang bertarung di minggu akhir Gegar Vaganza (GV) 2024.

Pentas bakal membara di bawah tema ‘It’s Final’, di mana para peserta akan mempersembahkan tiga tugasan utama — solo, duet dan battle — dalam usaha merebut gelaran juara.

Musim ini melabuhkan tirainya dengan empat finalis berbakat – Liza Aziz, Ning Baizura, Sheila Abdull dan Zehra Zambri – yang sudah bersedia untuk memanaskan pentas dan mencuri tumpuan.

Indonesia turut memberikan saingan sengit melalui wakilnya, Dyrga Dadali, bersama kumpulan The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif.

Dalam segmen khas Ada Lagu Ada Lagi, senarai lagu yang bakal menjadi santapan telinga pada malam konsert telah diumumkan, seperti yang berikut.

        

gegar vaganza 24254

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Senarai Lagu Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 (GV11) Minggu 12

Solo

1. Dyrga Dadali - Kenangan Terindah (Samsons)

2. Liza Aziz - I Surrender (Celine Dion)

3. Ning Baizura - A Moment Like This (Kelly Clarkson)

4. Sheila Abdull - Listen (Beyoncé)

5. The Lima - Bila Rasaku Ini Rasamu (Kerispatih)

3. Zehra Zambri - Berpaut Di Dahan Cinta (Dayangku Intan)

       

Duet

1. Dyrga Dadali & Jamal Abdillah - Kekasih Awal Dan Akhir (Jamal Abdillah)

2. Liza Aziz & Krisdayanti - Cinta (Kris Dayanti & Melly Goeslaw)

2. Ning Baizura & Pasha Ungu -Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu)

3. Zehra Zambri & Jaclyn Victor - Beribu Sesalan (3 Suara)

4. The Lima & Dolla - Bye Bye Bye (NSYNC)

6. Sheila Abdull & Taufik Batisah - Aku Bersahaja (Rossa & Taufik Batisah)

        

Lagu Segmen Battle

1. Angkat (Mimi Fly)

2. Ala Canggung II (Too Phat)

        

Pembukaan - Sherry Alhadad & Nabil Ahmad - Poker Face (Lady Gaga)

        

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Separuh Akhir (Minggu 11) Gegar Vaganza 2024 (Musim 11)

Baca: Gegar Vaganza 2024 (GV Musim 11): Tiket, Hadiah Pemenang / Juara, Peserta, Juri, Format Penjurian Dan Segala Info

Baca: Cara Undi Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11

        

Panel juri musim ini diperkuatkan dengan kehadiran Datuk Ramli MS sebagai ketua, dibantu oleh Datuk Syafinaz Selamat yang pakar dalam vokal dan Hetty Koes Endang, seorang legenda dari Indonesia.

Kehadiran Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad sebagai pengacara menambah keceriaan, mengimbangi ketegangan dalam acara dengan senda gurau dan tawa.

Sejak 24 November 2024, setiap Ahad jam 9 malam, rancangan yang ke udara secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, di Astro Ria (saluran 104) ini juga tersedia di platform digital rasmi iaitu Astro Go, Sooka dan On Demand menerusi Astro Box, untuk menyesuaikan dengan gaya tontonan yang lebih fleksibel.

        

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2024 Live + Minggu 11

        

Tajuk program? Gegar Vaganza 11

Bila dan tayang hari apa? Mulai 24 November 2024, setiap hari Ahad

Pukul berapa? Jam 9 malam

Tonton di mana? Astro Ria (saluran 104) dan platform streaming online, aplikasi Astro Go serta Sooka

        

Ulangan konsert GV11 pada Isnin 1.30 petang dan Sabtu 12.30 tengahari di Astro Ria (saluran 104).

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)