Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Tirai Gegar Vaganza (GV) musim 11 sudah pun berlabuh, namun medan perdebatan di media sosial baru sahaja bermula.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Netizen, seperti kebiasaan, pantas mengemukakan senarai nama penyanyi yang mereka harapkan bakal menghiasi pentas musim akan datang.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Nama-nama besar dari zaman kegemilangan muzik lalu menjadi harapan peminat untuk menghangatkan pentas GV musim 12, kerana mereka ingin menyaksikan transformasi dan ketahanan artis-artis ini dalam cabaran pertandingan realiti.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Dalam senarai panjang yang dikemukakan netizen, beberapa nama penyanyi lelaki yang mencuri perhatian sebagai calon GV ialah Fiq Mentor, Aris Ariwatan, Renggo Arrow, Poey Stings, Baggio Damasutra, Maman (Teacher’s Pet), Radhi OAG, Andy Flop Poppy, Tam Spider, Man Bai, Lah Ahmad, Shawn Baharin dan Casey.
Dalam kalangan penyanyi wanita, mereka meletakkan harapan tinggi agar bintang seperti Arni Nazira, Juliana Banos, Misha Omar, Alina Hassan, Azie, Jeslina Hashim, Raja Ema, Ruhil Amani, Anis Suraya, Krisya, Abot, Elda Susanti, Azura Aziz, Asha Malik, Eisya, Tushee dan Anessa menyerikan pentas GV.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Generasi penyanyi dari era 2000-an juga tidak dilupakan, dengan nama-nama seperti Aizat Amdan, Mawi, Taufik Batisah, Idayu AF, Shahir, Stacy, Asmidar, Najwa Mahiaddin, Nashrin dan Imran Ajmain masih diingati oleh peminat setia.
Senarai tidak lengkap tanpa menyebut nama-nama legenda seperti Ramlah Ram, Ziana Zain, Mas Idayu, Francisca Peter, Zaiton Sameon, Azlina Aziz, Rahim Maarof, Dayangku Intan, Sahara Yaacob dan Salamiah Hassan, justeru warganet berharap agar mereka diberi ruang untuk kembali menguasai pentas.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Kelompongan dalam kategori berkumpulan dirasakan ramai boleh diisi dengan kepulangan semula nama-nama yang pernah mencetus fenomena, antaranya KRU, Feminin, A To Z, 4U2C, Ruffedge, X Factor, Shades dan Kopratasa.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Tiada yang lebih mengujakan bagi penonton selain menyaksikan Gegar Vaganza (GV) kembali tahun demi tahun, menghadirkan semula nama-nama yang pernah bersinar ke pentas yang sentiasa mendapat perhatian ramai.
Bagaimanakah warna dan rentak baharu rancangan ini apabila barisan peserta seterusnya tampil di pentas? Jawapannya hanya akan terungkai apabila ia bersiaran kelak. Kita nantikannya!
Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 / 2025 (Musim 11) Minggu 12
Senarai Bekas Pemenang / Juara Gegar Vaganza (GV)
GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi
GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana
GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar
GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah
GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz
GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza
GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar
GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz
GV9 / Musim 9 (2022) - Jaclyn Victor
GV10 / Musim 10 (2023) / All Stars Gegar Vaganza - Jaclyn Victor
Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2024 Live + Final (Minggu 12)