Oleh pada 15 Sep 2020 kategori

     

Ibu Allahyarham Sandra Dianne, Nur Syakinah Abdullah meluahkan rasa terkilan terhadap komen yang diterima daripada seorang individu di laman Facebook.

Syakinah mengulas tuduhan seorang netizen yang mengatakan kononnya kematian anaknya berpunca daripada keputusannya untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan, sewaktu Sandra ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Syakinah bagaimanapun menepis dakwaan berkenaan dengan berkata, apa yang diperkatakan individu itu adalah satu fitnah besar yang telah memberi kesan kepada dirinya dan keluarga.

"Allahuakhbar... banyaknya fitnah yang bertebaran, kuatkan hati hambamu ini Ya Allah! Kepada Eina Outlet, kami tak tahu pula kalau kamu salah seorang daripada ahli keluarga kami yang tersesat nun di negeri Kedah.

"Sehinggakan komen kamu tentang kematian anak saya seolah-olah kamu ada di hospital ketika anak saya meregang (bertarung) nyawa. Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya fitnah besar yang harus saya pikul.

"Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari Jumaat untuk kematian anak saya," tulisnya dalam kiriman akaun Facebook pada Isnin.

    

Baca: Biodata Sandra Dianne

Baca: "Sebelum Meninggal Dunia.." - Ini Rupanya Berlaku Sebelum Sandra Dianne Hembuskan Nafas Terakhir Selepas 6 Hari Kemalangan

Baca: Ibu Sandra Dianne Dedah Apa Sebenarnya Berlaku Pada Anaknya Di ICU Selepas Kemalangan

Baca: Cikgu Shafi Dedah Beberapa Peristiwa Seminggu Sebelum Sandra Dianne Kemalangan

Baca: Sebelum Kemalangan, Ini Permintaan Terakhir Sandra Dianne.. Petanda Bakal 'Pergi'?

Baca: Sandra Dianne Meninggal Akibat Kemalangan, Ada Sesuatu Ingin Diperkatakan Neeta Manisha

Baca: Usop Dedah Kenangan Bersama Sandra Dianne Sebelum Kemalangan Yang Ramai Tak Tahu

   

ibu sandra dianne

    

Kiriman itu diselitkan dengan tangkap layar memaparkan komen netizen berkenaan yang membangkitkan tentang punca kematian bintang Big Stage 2020 itu.

Individu di sebalik nama akaun Facebook 'Eina Outlet' itu mendakwa kononnya kematian Sandra berlaku selepas keluarganya memutuskan untuk menghentikan bantuan alat pernafasan beliau.

Sementara itu, Syakinah berkata, keadaan anaknya sebenarnya telahpun stabil dan boleh bernafas sendiri selepas dibedah.

Namun situasi bertukar sebaliknya pada hari berikut apabila beliau kembali kritikal.

"Untuk pengetahuan kamu dan juga semua orang yang membaca luahan hati saya ni... selepas tiga hari kemalangan iaitu pada hari Selasa, anak saya dah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen.

"Pada hari Rabu dia menjalani pembedahan tube pernafasan untuk membantu dia bernafas sendiri tanpa bantuan mesin... sila rujuk gambar! Selepas pembedahan dia stabil pada siang hari Khamis tu, saya menjaganya di wad sepanjang hari sehingga ke malam, tak makan tak minum.

"Keadaannya menjadi tenat mulai pukul 11 malam sehinggalah membawa kepada kematiannya pada pukul 1 pagi Jumaat... ketika dia tenat, doktor bertungkus lumus untuk membantu dia," dedahnya.

Dalam pada itu, Syakinah menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang rentetan dakwaan yang telah dilemparkan.

"Dimana rasionalnya kamu menuduh kami ahli keluarganya sengaja menyuruh doktor mencabut mesin pernafasannya sedangkan dia sudah boleh bernafas sendiri?

"Ini fitnah dan saya akan saman kamu! Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan!” cetusnya.

Terdahulu, penyanyi lagu Hey Kau, Tulus dan Terkemuka itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada 5 September lalu, sewaktu dalam perjalanan menuju ke Pusat Convention Antarabangsa (PICC) Putrajaya untuk menghadiri raptai penuh Konsert Keempat (Minggu 4) Big Stage 2020.

Beliau terlantar koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya sebelum meninggal dunia pada 11 September.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada hari sama lingkungan jam 6 petang.

   

Sumber berita: Fitnah! Ibu Sandra Dianne berang didakwa sengaja cabut mesin hayat pada hari Jumaat - “Kamu seolah-olah tuduh saya bunuh anak sendiri!”

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)