Ibu penyanyi Allahyarham Sandra Dianne, Nur Syakinah Abdullah, 46, mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku kepada anaknya ketika ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya, sebelum meninggal dunia, pagi semalam.
Menurut Nur Syakinah, dia melihat Sandra menggerakkan kedua-dua tangan seperti sedang cuba untuk bangkit daripada koma.
"Pada dua insiden iaitu Ahad dan Selasa lalu, Sandra dilihat menggerakkan kedua-dua tangan seolah-olah berusaha untuk sedar daripada koma.
"Namun, selepas dua kejadian ini, tidak ada maklum balas diberi Sandra," katanya kepada portal BH Online.
Menceritakan kisah sewaktu hari kemalangan berlaku, Nur Syakinah berkata, Sandra kelihatan bersemangat ketika melangkah keluar dari rumah bersama sepupunya, Jessica R James Majanah, 21, yang juga bertindak sebagai pembantunya di Big Stage 2020.
Malah Nur Syakinah sempat menerima ciuman terakhir daripada arwah anaknya itu.
Baca: Biodata Sandra Dianne
Baca: Cikgu Shafi Dedah Beberapa Peristiwa Seminggu Sebelum Sandra Dianne Kemalangan
Baca: Sebelum Kemalangan, Ini Permintaan Terakhir Sandra Dianne.. Petanda Bakal 'Pergi'?
Baca: Sandra Dianne Meninggal Akibat Kemalangan, Ada Sesuatu Ingin Diperkatakan Neeta Manisha
Baca: "Selepas Kemalangan, Sandra Dianne Sebenarnya Sudah Stabil, Tapi.."
Baca: Usop Dedah Kenangan Bersama Sandra Dianne Sebelum Kemalangan Yang Ramai Tak Tahu
"Selepas mandi dan bersiap, Sandra meluangkan masa bermain dengan adik tirinya.
"Setiap kali sebelum keluar dari rumah, Sandra mencium tangan saya. Namun, saya tidak sangka, itu adalah ciuman terakhir daripada anak saya," katanya.
Menyedari arwah kelihatan murung selepas kegagalan persembahan konsert lalu, Nur Syakinah bagaimanapun memberitahu, arwah dilimpahi kata-kata semangat daripada pihak keluarga termasuk rakan-rakannya.
"Sandra sepatutnya memakai baju panjang berwarna kelabu yang saya simpan sejak tahun lalu ketika mendendangkan lagu Nuri nyanyian Ella pada pertandingan itu," katanya.
Dalam pada itu, Nur Syakinah berharap agar telefon bimbit Sandra yang hilang dapat dikembalikan semula oleh mana-mana pihak yang menjumpainya.
Menurutnya, gajet itu terkandung banyak gambar kenangan untuk disimpan.
Pemilik nama penuh Alessandra Dianne Ampuria, 26, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, jam 5.45 petang tadi.
Terdahulu, arwah koma di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya, selama enam hari selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, sewaktu dalam perjalanan ke raptai penuh Konsert Minggu Keempat (Minggu 4) Big Stage 2020 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sumber berita: Tak sangka itu ciuman terakhir - ibu Sandra Dianne