Kredit foto: Instagram Fattah Amin
Pelakon Fattah Amin bercadang untuk menambah baik jenamanya dalam industri hiburan dengan memperbaiki aspek yang dirasakan lemah.
Menurut Fattah, dia ingin meningkatkan kemahiran dalam kualiti lakonan mahupun nyanyian sebagai persediaan menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Bagaimanapun aktor itu memohon diberi masa dan kesempatan untuk membuat persiapan.
Kredit foto: Instagram Fattah Amin
Ini adalah perancangan untuk 2018. Saya ingin perbaiki diri untuk berdepan dunia yang penuh mencabar. Bagaimanapun, saya tidak bermaksud mahu mengurangkan aktiviti seni. Sebaliknya, memberi lebih ruang untuk memperbaiki jenama 'Fattah Amin'.
Sumber: BH Online
Mengulas lanjut mengenai rancangan tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu akan mengikuti kelas untuk meningkatkan mutu persembahan kariernya.
Dalam pada itu, dia juga bercadang mempelajari ilmu perniagaan dengan lebih mendalam.
Kredit foto: Instagram Fattah Amin
Saya mahu mendalami skil dengan menyertai kelas lakonan dan memperbaiki mutu nyanyian bagi persembahan pentas. Saya juga mahu mengikuti kursus perniagaan.
Sumber: BH Online
Tegas Fattah, langkah yang diambil ini sebagai penghargaan kepada kritikan dan perhatian yang diberikan oleh peminat dan sesetengah pihak yang ingin melihat kerjayanya berkembang.
Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu tidak mengambil ringan setiap komen yang diterima, malah prihatin dan mempertimbangkan secara serius.
Sehubungan dengan itu, ketika mengikuti kelas nanti, dia merancang untuk menyesuaikan jadual tawaran yang diambil selari dengan tuntutan kursus yang berlangsung.
Saya sentiasa mengambil berat setiap kritikan dan komen semua pihak. Ini satu cara saya menghargai setiap perhatian dan sokongan diberi.