Kredit foto: Mstar
Meskipun isu penglibatan aktor Fattah Amin dalam drama bersiri Coffee Prince Versi Malaysia mendapat kecaman hebat netizen hingga sebuah petisyen diwujudkan, namun aktor tersebut tampil memberikan respon yang agak mengejutkan.
Menurut Fattah, dia sendiri tidak tahu-menahu akan kontroversi yang tersebar kerana ketika itu sedang sibuk menjalani sebuah penggambaran di kawasan luar liputan iaitu di Hutam Belum, Perak.
Malah, Fattah juga sebenarnya masih belum menerima pengesahan rasmi akan penglibatannya dalam drama berkenaan meskipun ada mendapat tawaran daripada sutradara Michael Ang untuk memegang watak utama.
Kredit foto: Instagram Fattah Amin
Saya tidak tahu hujung pangkal pun. Tiada liputan telefon di sana dan saya ‘terputus’ hubungan dengan dunia luar. Sebaik pulang dari Hutan Belum, saya dimaklumkan bahawa pemilihan saya sebagai hero drama versi Bahasa Malaysia arahan Michael Ang mendapat bantahan pengikut setia drama asalnya. Tidak sangka pula selepas membintangi beberapa drama arahan Michael, baru kali ini isu seperti ini berbangkit. Saya serahkan kepada pihak produser dan pengarah untuk membuat keputusan. Jika mereka merasakan saya layak memegang watak utama dan tidak hirau dengan bantahan serta kritikan peminat drama Coffee Prince, saya seperti biasa akan menggalas tugas yang diberikan sebaik mungkin.
Sumber: Harian Metro
Sungguhpun begitu, seorang sumber yang rapat dengan produksi drama berkenaan memberitahu bahawa Fattah sebenarnya telahpun terpilih untuk memegang watak utama dalam drama tersebut.