Kredit foto: filmiwiki.com

Selepas usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat, kini giliran pelakon Nadia Mustafar pula menjadi mangsa rompakan pembantu rumah sehingga kerugian hampir RM60,000.

Menerusi kenyataan yang dibuat Nadia, beliau hanya menyedari perkara tersebut selepas kembali daripada percutian rayanya bersama keluarga di Thailand.

selepas datuk aliff syukri kini giliran nadia mustafar terima musibah 2

Kredit foto: Instagram Nadia Mustafar

Pembantu rumah ini saya dapat melalui ejen, tetapi sekadar gantian sahaja. Ikutkan dia hanya seminggu bekerja dengan saya. Namun memandangkan kami sudah merancang percutian sepanjang hari raya, jadi dia terpaksa saya tinggalkan di rumah. Ikutkan hati memang tidak sedap, saya ambil juga langkah berjaga-jaga termasuk mengunci semua pintu bilik. Namun melihat keadaan rumah yang berselerak dan pintu yang diumpil, saya yakin dia tidak melakukannya seorang diri. 

Sumber: Utusan Online

Tambah Nadia, sebagai tindakan susulan beliau telahpun membuat laporan polis.

Ini merupakan kejadian rompakan kedua yang berlaku kepadanya yang melibatkan pembantu rumah.

selepas datuk aliff syukri kini giliran nadia mustafar terima musibah 3

Kredit foto: Instagram Nadia Mustafar

Saya memang banyak pengalaman dalam soal pembantu rumah ini. Ini juga merupakan kali kedua rumah saya dirompak mereka. Sebelum ini ada yang lari rumah. Soal fobia mengambil pembantu rumah memang ada, tetapi saya tidak nafikan masih memerlukan perkhidmatan mereka. Cuma selepas ini harapnya dapat yang lebih baik.

Sumber: Utusan Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)