Kredit foto: Facebook Mohd Zubaidi
Penyanyi rap ternama, Malique kembali mendapat perhatian apabila dua foto terkininya bersama keluarga menjadi tular di laman sosial sejak petang semalam (Selasa).
Foto yang memaparkan bintang rap yang cukup sinonim dengan gelaran 'Mr General' itu menyaksikan dirinya sedang bersama keluarga ketika berada di sebuah lapangan terbang.
Momen itu dimuat naik seorang pengguna akaun laman sosial Facebook (FB) atas nama @Mohd Zubaidi, hingga menjadi tular di kalangan warganet.
Sehingga kini, kiriman berkenaan meraih lebih 2,000 perkongsian dan 600 komen.
Rata-rata peminat bukan sahaja menzahirkan rasa teruja, malah masih mampu mengecam wajah Malique walaupun dirakam dari jarak jauh.
Bagaimanapun, @Mohd Zubaidi menjelaskan foto berkenaan bukanlah miliknya, sebaliknya diambil daripada perkongsian 'group' lain di Facebook.
Terdahulu, Malique atau nama sebenarnya, Cairel Adrin Ibrahim, 42, menjadi buah mulut di kalangan peminat walaupun sudah sekian lama menjauhkan diri daripada lensa kamera dan liputan media.
Misteri kehilangan 'otai' hip hop yang juga bekas ahli Too Phat itu menjadi tanda tanya selepas kumpulan dianggotainya berpecah pada 2005.
Walaupun tidak muncul di mana-mana acara hiburan, beliau kekal aktif di belakang tabir dengan menerbitkan beberapa lagu baharu.
Kredit foto: Facebook Mohd Zubaidi
Sumber berita: “Dapat Juga Tengok ‘Mr.General’…” – Foto Malique Tular, Netizen Lepas Rindu