Dalam masyarakat Barat, budaya "High Five" sudah sebati dengan mereka. Ianya merupakan salah satu cara meraikan kejayaan dengan rakan sepasukan ataupun cara tidak formal untuk bertegur sapa dengan orang sekeliling.

Malah, budaya High Five ini juga sudah dipraktikan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Bagi yang tidak tahu juga, tarikh 18 April merupakan Hari High Five Antarabangsa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tarikh ini dipilih kerana kepercayaan bahawa pada tarikh inilah "High Five" pertama kali dilihat di khalayak umum. Gambar di bawah ini yang diambil ketika perlawanan bola lisut pada tahun 1977 dipercayai merupakan pencetus kepada budaya ini.

Cara meraikan kejayaan

high pertama dunia

Terdapat beberapa teori dari mana asal-usulnya budaya High Five. Namun, kisah yang paling menarik dan diterima ramai adalah kisah perlawanan bola lisut antara pasukan Los Angeles Dodgers dan Houston Astros.

Perlawanan ini merupakan perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan dalam musim tersebut. Salah seorang pemain Los Angeles Dodgers, Dusty Baker ketika itu baru sahaja melakukan satu pukulan "Home Run". Ianya merupakan kali ke 30 dilakukannya  pada musim tersebut.

Kejayaan ini membolehkan pasukan Los Angeles Dodgers mencatatkan seajarah tersendiri apabil lebih daripada 4 orang pemainnya mencatatkan pukulan "Home Run" untuk musim itu sahaja.

Seorang rakan sepasukannya, Glenn Burke yang ketika itu menunggu di tepi padang tiba-tiba mengangkat tangannya apabila Dusty Baker datang ke arahnya. Beliau yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan, secara spontan mengangkat tangannya untuk menepuk tangan rakannya itu sebagai tanda kemenangan.

sejarah high five

Walaupun budaya menepuk tangan sebagai satu jenis berjabat tangan sudah diamalkan sejak sekurang-kurangnya pada tahun 1920-an, ada sesuatu yang berbeza mengenai cara Burke dan Baker melakukannya yang dengan serta-merta menarik perhatian orang ramai.

Gambar di atas dipercayai merupakan saat-saat indah Dusty Baker melakukan High Five bersama rakan sepasukannya itu. Ditambah dengan perasaan emosi ketika meraikan kejayaan pasukannya, membuatkan momen ini diingati ramai pihak sehingga dianggap sebagai pencetus budaya High Five ini.

Bermula dari saat ini, pasukan Los Angeles Dodgers telah menggunakan perbuatan High Five ini sebagai simbol kebanggaan pasukan dan melakukannya sebagai cara meraikan sesuatu kemenangan selama beberapa musim. Tindakan ini akhirnya telah menarik perhatian pihak media dan peminat yang kemudiannya melihat High Five sebagai sebuah budaya bagi meraikan kemenangan. 

High Five dan perkaitan dengan golongan Gay

pencipta high five 793

Glenn Burke yang didakwa sebagai pencetus budaya High Five sehingga menjadikannya sebagai simbol kebanggaan komuniti gay

Kontrak Glenn Burke dengan pasukannya tamat tidak lama selepas itu. Dalam kalangan rakan sepasukan, Glenn Burke dikenali sebagai seorang seorang gay. Pada tahun 1978, dia telah ditukarkan ke pasukan Oakland Athletics.

Segelintir rakan sepasukannya percaya dia disingkirkan daripada pasukan tersebut kerana telah membuat pengakuan mengenai orientasi seksualnya secara terbuka. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang boleh menyokong dakwaan ini.

sejarah high five lima gay

Di kawasan Bay Area, Glenn Burke telah diangkat sebagai ikon dalam dalam komunitti gay. DIa turut sama membawa budaya High Five ini ke dalam komuniti ini. Malah, di kawasan San Francisco, dikatakan bahawa High Five ini merupakan simbol kebanggaan komuniti gay di sana.

Di pasukan barunya, Glenn Burke dikatakan mendapat kurang masa bermain. Dia akhirnya tidak lagi bermain dalam perlawanan utama di liga utama kira-kra 5 tahun kemudian. Dia akhirnya meninggal dunia pada tahun 1995 ketika berusia 42 tahun akibat AIDS.

Berasal dari permainan bola keranjang

sejarah high 5

Selain kisah di atas, terdapat satu lagi kisah yang didakwa sebagai peristiwa yang membawa kepada kelahiran budaya High Five ini. Kisah ini berlaku pada tahun 1970-an di University of Louisville Cardinals ketika pasukan tersebut sedang melakukan latihan sebagai persiapan untuk perlawanan berikutnya.

Salah seorang pemain pasukan tersebut, Wiley Brown telah memberikan "Low Five" kepada rakan sepasukannya, Derek Smith. Berasa pelik dengan tindakan tersebut, Derek Smith membalas kembali dengan mengatakan "No. Up high".

Lalu, Wiley Brown menjawab kembali dengan mengatakan "Yeah, why are we staying down low? We jump so high". Maka, kedua-duanya pun mengangkat tangan menepuk tangan satu sama lain. Maka, lahirlah "High FIve".

Budaya High Five yang diamalkan oleh pasukan ini sepanjang musim 1978 dan 1979 turut menarik perhatian ramai pihak. Semasa siaran perlawanan pada tahun 1980, wartawan Al McGuire menjerit "Mr Brown datang untuk bermain! Dan mereka telah memberikan High Five".

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Business Insider
  3. Readerr's Digest



Hakcipta iluminasi.com (2017)