Oleh pada 01 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Norman Hakim

   

Pelakon Norman Hakim akui pernah nyaris membunuh diri selepas bercerai dengan bekas isterinya, Abby Abadi, lapan tahun lalu.

Norman atau nama lengkapnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 43, berkata, pengaruh drama televisyen juga menjadi punca dia hilang pertimbangan.

“Saya pernah melalui fasa perceraian dan ketika itu saya tiba-tiba hilang keluarga dan anak-anak.

“Bila saya hilang keluarga, maknanya saya mati.

“Masa tu bila betul-betul keluarga hilang, rasa gelap dunia dan bernafas pun rasa tak guna.

“Tambahan pula ketika itu macam terpengaruh dengan drama juga, saya tak fikir panjang lalu menelan 10 papan Panadol pada jam 4 pagi," katanya.

Beliau membuat kenyataan sewaktu menghadiri segmen Pagi Di Sinar bersama Jep, Rahim dan Angah Raja Lawak.

Dalam pada itu, Norman memberitahu bagaimana peristiwa itu telah menjadi titik perubahan kepada dirinya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.

   

biodata norman hakim

Kredit foto: Instagram Norman Hakim

   

“Kemudian terus telefon mak dan ayah untuk minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas salah silap saya selama ini.

“Tidak lama selepas itu saya terus terlelap tak sedar diri dan hanya sedar kembali pada jam 9 pagi kemudian terus berkata ‘eh aku hidup balik?’

“Kemudian ia terus menjadi turning point dalam hidup saya kerana Allah telah bagi peluang untuk saya hidup dan bertaubat kepadanya,” katanya.

Terdahulu, Norman mendirikan rumah tangga dengan Abby pada tahun 2002 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Bagaimanapun pasangan itu memutuskan untuk bercerai pada 2008.

Manakala perkahwinan keduanya bersama Memey Suhaiza pada 2011 pula dianugerahkan tiga orang anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

   

Kredit video: Norman Hakim Sebak Bila Cerita Abby Dan Memey Berbaik Untuk Pertama Kali

   

Sumber berita: “Saya Pernah Telan 10 Papan Panadol Dan Telefon Mak Ayah Bagitahu…”- Norman Hakim, Cubaan Bunuh Diri

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)