Kredit foto: Instagram Abby Abadi & Utusan Online
Abby Abadi mendedahkan perbualan mesej Whatsapp antara dirinya dan bekas suami, Norman Hakim di laman Instagram.
Awalnya bekas penyanyi kumpulan Elite ini terkejut dengan kiriman tidak semena-mena itu kerana ianya dihantar melalui nombor telefon bimbit anaknya, Danish.
Apa yang lebih mencurigakan mesej tersebut dihantar pada tengah malam iaitu ketika anak lelakinya itu sepatutnya sudah tidur dan berada di asrama.
Bagaimanapun, Abby akhirnya menyedari dia sedang disakat Norman.
Lebih menghiburkan apabila Norman menghantar foto yang menayangkan lubang hidung!
Berikut kata Abby di ruangan kapsyen.
"Buat hal memalam.
"Terkejut kita dapat Whatspp daripada telefon bimbit Danish.. Aaikkk tak pergi sekolah ke? Main telefon lagi.
"Sekali Oman la.. 'dajeiii' sungguh memalam ni HAHHAHAA.
"PS: Terima Kasih ya @normanhakim_786 hantar anak-anak balik sekolah lambat. Awakkan ada share dengan sekolah mereka. Tahniah! Lain kali buat lagi."
Menerusi ruangan komen, Norman yang terkesan apabila mesej perbualan itu ditayang kepada umum, berkata:
Kredit foto: Instagram Abby Abadi
Berikut merupakan paparan skrin Whatsapp tersebut.
Kredit foto: Instagram Abby Abadi