Kredit foto: Instagram Jep Sepahtu
Tindakan pelawak Jep Sepahtu memuat naik foto isterinya, Sari Yanti mengenakan tudung di laman Instagram telah menimbulkan tanda tanya ramai.
Bagaimanapun menerusi ruangan kapsyen, persoalan tersebut dileraikan.
Kredit foto: Instagram Jep Sepahtu
Alhamdulillah..Dengan izin dan gerakNya..Semoga terus istiqamah.. Syukur Ya Allah. Saya cintakan awak @sariyanti. Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak.
Ucapan Jep seterusnya menerima komen balas daripada Sari Yanti.
"Saya juga cintakan awak, sayang," ucap Sari Yanti penuh manja di ruangan komen.
Berita baik itu juga menerima reaksi positif daripada para pengikut Jep yang rata-ratanya mendoakan agar Sari Yanti akan kekal bertudung.
Kredit foto: Instagram Sari Yanti
Jep dan Sari Yanti mendirikan rumah tangga pada 25 Februari lalu. Perkahwinan tersebut juga merupakan perkahwinan kedua buat Sari Yanti selepas bercerai dengan bekas suaminya pada hujung tahun 2014.
Kredit foto: Instagram Sari Yanti