Aku merokok, kau pula yang panas kenapa? Ya memang kami panas kerana bila anda merokok, anda merosakkan ekosistem bumi dan mencemarkan alam sekitar. Sudah tentu kami panas hati dengan kesan sebegitu.
Gambar sekadar hiasan
Pernahkah anda perasan terdapat banyak puntung rokok yang berada di sepanjang jalan yang kita lalui? Adakah bahan kimia yang berada dipuntung rokok itu selamat? Tahukah anda bahawa puntung rokok yang anda buang itu amat bahaya kerana ia merosakkan alam sekitar apabila ia masuk kedalam sungai, bahan kimia pada puntung rokok itu akan larut ke dalam air. Ia boleh menyebabkan ekosistem menjadi rencat.
BESARKAN TEKS A- A+
Menurut kajian terdapat 1 billion jumlah puntung rokok yang di buang setiap hari di bumi ini. Walaupon kajian itu tidak tepat namun anggaran bahawa 15% daripada 7.5 billion penduduk bumi sahaja yang merokok, daripada jumlah itu terdapat sekurang kurangnya 1.15 billion penduduk bumi yang merokok. Katakan purata mereka merokok 2 batang sehari, maka jumlah puntung rokok yang di buang adalah sebanyak 2 billion sehari. Adakah ni sesuatu budaya yang sihat?
Jumlah sisa buangan puntung rokok sahaja adalah 25 hingga 50% dari sisa buangan yang lain yang terdapat disekitar jalan raya. Ini merupakan satu jumlah yang amat besar dan langkah perlu diambil oleh semua pihak supaya alam sekitar kembali bersih untuk generasi kini dan masa hadapan.Puntung rokok mengandungi semua bahan kimia yang berbahaya termasuk karsinogenik,tar,racun perosak dan nikotin dari tembakau yang merupakan salah satu punca utama kematian yang boleh dicegah oleh para perokok.
Nikotin yang terperangkap dalam jumlah 200 puntung rokok berkemungkinan mampu untuk membunuh seorang kanak kanak. Bayangkan pula apabila puntung rokok tersebut berada didalam sungai yang menyebabkan hidupan akuatik dalam sungai dan laut menjadikan puntung rokok sebagai rantai makanan. Ini amat bahaya kepada kehidupan akuatik di sungai dan laut. Pembuangan sisa puntung rokok boleh menyebakan burung menggunakan ia untuk membuat sarang malahan ikan juga mengambil ia sebagai makanan. Air pula akan tercemar disebabkan bahan pada puntung itu terlarut yang boleh menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit.
Langkah-langkah pencegahan harus di ambil seperti menghukum para perokok yang membuang puntung merata rata serta mengenakan denda terhadap mereka. Jangan anggap perkara ini sesuatu yang remeh kerana bahan kimia tersebut boleh merosakkan seluruh alam sekitar. Adakah anda rasa tidak berdosa kepada tuhan jika anda membuat kerosakkan seperti membuang puntung rokok di bumi yang tuhan cipta ini? Marilah bersatu padu supaya negara kita Malaysia bebas daripada sisa puntung rokok sekaligus melahirkan generasi yang bersih dan baik.
Akhir kata, apa yang diperlukan sekarang adalah langkah pencengahan yang perlu diambil serta kawalan penggunaan tembakau dan juga aktivitis alam sekitar perlu untuk melakukan pencegahan supaya alam sekitar kita bebas dari toksik yang berbahaya yang datang dari puntung rokok dan bahan buangan yang lain. Cintailah alam sekitar kita.