Oleh pada 21 Dec 2018 kategori

Pernahkah anda merasai udang masak diraja? Rasanya enak dengan gabungan halia, lengkuas, serai dan cili kering ditambah pula dengan rasa lemak dengan perahan santan.

Udang masak diraja lazat jika dimakan dengan beras wangi atau pulut kuning.

Hidangan ini kelihatan seperti sambal udang tetapi mempunyai rasa seakan-akan rendang. Manakala warnanya pula sama seperti masak ungkep iaitu sejenis masakan cara orang Negeri Sembilan. 

Asal-usul namanya yang unik itu pula tidak dapat dipastikan. 

Udang Masak Diraja

Kredit foto: Maheran Nor Sabarina Salim & Sharinaz Redwan‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg udang segar (udang galah, udang kertas atau lain-lain)

Tips membeli udang yang segar:

➡ Pastikan udang tersebut berkilat.

➡ Tekan sedikit udang tersebut, pastikan ia keras dan kenyal.

Bahan-bahan dikisar:-

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia

   

  • 2 batang serai diketuk
  • 1 keping asam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan santan pekat

Cara penyediaan:

1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang.

2. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan serai ketuk.

4. Masukkan udang. Kacau dan sebatikan.

5. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit dan asam keping.

6. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto jika suka.

7. Jangan masak terlalu lama supaya rasa segar udang tidak hilang.

Resepi Bonus: Butter Cereal Prawn

butter cereal prawn

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Tepung jagung
  • Serbuk kunyit
  • Daun kari
  • Mentega
  • Nestum (Nestle)
  • Bawang putih
  • Cili padi (optional)
  • Gula
  • Garam
  • Susu tepung

Nota: Kesemua bahan diatas tidak mempunyai sukatan, agak-agak sahaja.

Cara penyediaan:

1. Campurkan tepung jagung, serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaulkan.

2. Panaskan minyak.

3. Gaulkan tepung dengan udang. Kemudian, goreng sehingga garing. Ketepikan.

4. Gaulkan Nestum, susu tepung, garam dan gula dalam bekas lain. Ketepikan.

5. Panaskan mentega dan sedikit minyak.

6. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.

7. Apabila sudah naik bau, masukkan Nestum tadi. Tutup api. Kacau sebentar.

8. Kemudian, masukkan udang.

Tips:

➡ Guna Nestum jenama Nestle sahaja, jenama lain tidak sedap.

➡ Apabila sudah masukkan Nestum, terus tutup api supaya tidak hangit.

Sumber:

1. Aryati Sarah [1, 2]

2. Lynn Azlin [1, 2]

3. Resepi Malaya Turun-Temurun (resepiyangindah.blogspot.com) [1, 2]

4. Tengku RosElyza Raja Muhammad [1, 2]

5. Miera Zaqrie [1, 2]

6. Zanur 'ainni Zainol [1, 2]

7. Solehah Hussain [1, 2]

8. Kamaliya Turiyat [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)