Kredit foto: Nurul Aziemah Abd Aziz & Siti Zanariah Khalit (Gambar pertama bukan menggunakan resepi dibawah)
Tauhu telur juga dikenali sebagai tauhu jepun atau tofu telur. Baunya seperti telur kerana tauhu jenis ini dibuat dari soya dan telur. Malah, rasanya juga seperti telur goreng.
Kebiasaannya, tauhu empat segi yang selalu dimasukkan dalam mee dan kuah lontong dibuat dari soya sahaja.
Tauhu telur banyak dijual di pasar dan pasar raya. Tauhu telur dibuat sama seperti tauhu yang lain, cuma ia ditambahkan telur. Teksturnya pula lebih lembut dari tauhu biasa.
Jom kita lihat cara membuat sup tauhu telur yang cepat, ringkas dan sedap.
Bahan-bahan:
- Tauhu telur (goreng dengan minyak yang betul-betul panas)
- Bawang putih (dicincang)
- Serbuk lada hitam
- Udang atau isi ayam
- Sos tiram (anggaran 2 sudu besar)
- Cendawan shimeji atau fresh shitake
- Lobak merah (dihiris halus memanjang)
- Daun sup (dihiris)
- Tepung ubi (dibancuh dengan sedikit air) - boleh juga diganti dengan tepung jagung
- 2 biji telur (dipukul dengan garfu)
- Garam
- Serbuk perasa (jika suka)
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang atau ayam dan serbuk lada hitam.
2. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.
3. Apabila telah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup, tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.
4. Masukkan tauhu yang sudah digoreng.
5. Perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran. Jangan tuang setempat.
6. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tersebut nampak seperti bertali.
7. Akhir sekali, tabur daun bawang dan kacau rata.
Tips penyediaan:
1. Cara keluarkan tauhu telur dari plastik
Belah dua ikut garisan hitam seperti dalam gambar di bawah. Keluarkan dan potong lagi.
Kredit foto: Fazlina Hamid
2. Cara goreng tauhu telur supaya tidak hancur
- Salut tauhu telur tersebut dengan tepung gandum. Kemudian, goreng.
- Goreng atau salut dengan telur.
3. Cara goreng tauhu telur supaya tidak meletup
- Salut dengan tepung jagung sebelum goreng. Hasilnya menarik, rangup diluar dan lembut di dalam.
- Jika tidak mahu letak tepung kerana tidak suka teksturnya apabila digoreng dengan tepung, lap menggunakan tisu supaya tidak berair.
- Minyak biar banyak dan tunggu betul-betul panas dahulu.
- Tabur garam halus dalam minyak sebelum goreng.
Resepi bonus: Tauhu Telur Berlado Petai
Menu ini memang mudah dan enak jika dimakan dengan nasi panas ketika waktu hujan
Bahan-bahan:
- Cili padi hijau (kuantiti ikut citarasa)
- Cili merah (untuk menjadikan warna menarik)
- Bawang holland atau bawang biasa
- Bawang putih (kuantiti ikut citarasa)
- Belacan (kuantiti ikut citarasa) - optional
Kisar semua bahan di atas.
- Tauhu telur
- Petai
- Udang (jika mahu letak)
- Garam
- Ajinomoto
Langkah penyediaan:
1. Gorengkan tauhu telur terlebih dahulu.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik minyak.
3. Letak garam, ajinomoto, petai dan udang.
4. Akhir sekali, masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kemudian, tutup api.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: