Oleh pada 31 Mar 2019 kategori

Bua loi atau bua loy adalah sejenis pencuci mulut dari Thailand yang dibuat dengan tepung beras pulut (glutinous rice flour), santan dan gula. 

Bua loi telah menjadi hidangan Thailand sejak zaman purba. Secara umum, ia dibuat untuk pesta atau upacara keagamaan.

Bahan-bahannya cantik dan berwarna-warni untuk dimakan. Ia sangat popular dan boleh dibeli di mana-mana sahaja di Thailand.

 

Pumpkin Bua Loy

  

 

Bahan-bahan: 

  • Labu (1 1/2 cawan) - direbus dan dilecek
  • Tepung pulut (3 cawan)

Tips: Boleh campur sedikit tepung gandum daripadanya jika tidak mahu liat.

  • Pewarna oren dan hijau
  • Santan pekat (2 cawan)
  • Air (2 cawan)
  • Gula (1 cawan) atau ikut citarasa masing-masing
  • Teh garam (1/2 sudu)
  • Daun pandan (2 helai) - disimpul
  • Sagu (sedikit) - dimasak

 

Cara penyediaan:

1. Satukan labu dan tepung pulut. Gaul sehingga menjadi doh. Asingkan dalam 2 sudu besar dan campur dengan pewarna hijau untuk dijadikan tangkai labu. Doh selebihnya campur dengan pewarna oren.

2. Ambil sedikit doh oren dan gentel bulat. Tekan dan gariskan dari atas ke bawah dengan pencungkil gigi untuk membuat corak labu. Buat lubang di tengah-tengahnya. Kemudian, ambil doh hijau dan gentel panjang. Cucuk pada lubang tadi dan kemaskan. Buat sehingga habis adunan .

3. Dalam periuk, didihkan air dan masukkan bebola labu. Apabila ia telah timbul, angkat dan toskan. Masukkan ke dalam air sejuk supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.

4. Masak santan bersama air, gula, garam dan daun pandan. Apabila telah hampir mendidih, masukkan bebola labu dan sagu. Kacau rata.

pumpkin bua loy 1

 

Sumber:

1. Nor Al Fatihah [1, 2]

2. Wikipedia Bua Loi




Hakcipta iluminasi.com (2017)